Penuhkan Keperluan Harian Anda dengan Kebaikan dari Alam
Protein terdapat dalam setiap sel dalam tubuh. Blok binaan yang penting untuk tulang, otot, tulang rawan, kulit dan darah, protein berkualiti tinggi membekalkan kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh dewasa yang sihat dan kanak-kanak yang sedang membesar. Mereka yang tidak mendapat cukup nutrien makro penting ini akan kurang tenaga, juga otot serta sistem imun mereka lemah.
  Untuk membantu  memenuhi keperluan protein harian ini, syarikat jualan langsung terkemuka Amway  memperkenalkan NUTRILITE™
 All Plant Protein Powder yang  membantu menyediakan  keperluan harian  
anda dengan memberikan lebih kebaikan daripada alam. Tiga campuran soya,
 gandum  dan kacang pis yang unik ini membekalkan kombinasi protein dan 
asid amino yang  betul untuk membuat andarasa sihat lagi bertenaga, 
tanpa kesan sampingan  produk haiwan atau tenusu.

“Sebagai salah  satu asas nutrien makro diet seimbang,
 protein perlu dimakan setiap hari bagi  mengekalkan kesihatan,” kata 
Gene Maly, Saintis Kanan Penyelidikan NUTRILITE. “Kebanyakan  orang 
menghadapi kesulitan memakan jumlah protein yang disyorkan dalam diet  
mereka, dan kerana itu menambah sumber protein berkualiti tinggi, 
seperti NUTRILITE  All Plant Protein Powder, membantu memberikan bahan 
bakar untuk menjana  sel-sel, memberikan tenaga kepada tubuh mereka, 
selain itu juga dapat  mengurangkan kolesterol dengan amaun protein yang
 disyorkan iaitu sebanyak 25  gram sehari.”
  Tetapi kebanyakan  orang mengaitkan protein dengan 
daging, ayam-itik, telur dan tenusu. Dalam  dunia hari ini, bukan itu 
yang orang ingin dengar. Ramai orang ingin  menggabungkan sebanyak 
mungkin pilihan berasaskan tumbuhan dalam diet mereka.
Suatu pemerhatian
Kebanyakan asid  amino penting yang terdapat dalam 
Serbuk Protein NUTRILITE yang terdahulu  datang daripada tenusu, 
terutama lembu.
  Dalam sejarah NUTRILITE,  pemerhatian ke atas diet 
lembu membawa saat kesedaran bagi pengasasnya, Carl  Rehnborg. 
Sekembalinnya dari China pada awal 1900an, beliau melihat bagaimana 
lembu  paling sihat memakan diet yang terdiri daripada alfalfa dan air –
 kulitnya  lebih berkilat, menghasilkan susu paling banyak, dan 
pertambahan berat badan  paling tinggi. Beliau menyedari bahawa lembu 
yang hidup sihat memerlukan  nutrien penting yang terdapat dalam 
tumbuhan seperti alfalfa.
  Hari ini, saintis  NUTRILITE telah membawa 
pemerhatian Carl Rehnborg selangkah ke hadapan dengan  kembali kepada 
sumber semula jadi, mencipta serbuk protein berasaskan tumbuhan untuk  
membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan dalam diet manusia 
bagi  mengekalkan kesihatan selular di seluruh tubuh. Idea yang mudah 
ini telah  menghasilkan NUTRILITE All Plant Protein Powder.
  Protein menjadikan  kita rasa sihat, bertindak 
sebagai nutrien pembaikan sel, memberikan tenaga  dengan menghasilkan 
hemoglobin – sel darah merah yang membawa oksigen ke  seluruh tubuh, 
membina otot tanpa lemak, dan menyokong sistem imun dengan  menghasilkan
 antibodi iaitu bahan yang menentang penyakit.

  Tetapi protein perlu  diganti setiap hari. Keperluan
 ini menyebabkan ramai individu kurang bekalan  dalam tubuh mereka. 
Tanpa protein yang cukup, tubuh tidak akan berfungsi sebaik  yang 
dimampuinya. Menambah dengan NUTRILITE All Plant Protein Powder adalah 
cara  munasabah untuk mengisi ruang protein yang kosong dalam diet anda.
 
Tidak makan secukupnya
Diet yang kaya  nutrien penting harus menjadi pilihan 
pertama untuk memberikan tubuh anda  khasiat yang diperlukannya. Tetapi 
penyelidikan menunjukkan bahawa ramai orang  tidak makan jumlah 
buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan, ini menghalang  tubuh 
mereka memperolehi  blok binaan  yang penting untuk kesihatan. Tubuh 
manusia tidak menghasilkan 9 daripada asid  amino penting yang terdapat 
dalam protein, oleh itu ia perlu diganti setiap  hari. Jika tubuh anda 
memerlukan lebih protein berbanding yang anda dapat  daripada diet 
semata-mata, suplementasi memainkan peranan penting bagi membantu  
mengisi ruang dietari dengan memenuhi keperluan harian anda.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=/special/advertorial/Nutrilite/Nutrilite1/Nutrilite1.html#ixzz2XanbtZDS
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
No comments:
Post a Comment