Ramai
yang menjadi ahli perniagaan bungkus ditengah jalan. Mengapa jadi
begitu? Jawapannya mudah sahaja. Mereka gagal kerana tiada perancangan
dari awal dan tidak meletakkan sasaran ataupun gol untuk dicapai.
Perancangan adalah penting kerana jika tiada perancangan apa yang dilakukan sering tersasar dari kejayaan.Ingat "fail to plan is plan to fail".
Kata-kata hikmat ini sering menjadi sebutan kepada para usahawan yang
berjaya. Orang yang berjaya tahu bagaimana untuk meletakkan gol mereka
dan tahu juga cara untuk mendapatkannya. Dan bagi orang yang gagal
adalah sebaliknya.
Kegagalan dalam
meletakkan sasaran bukan terletak pada ahli perniagaan sahaja malah
ramai orang yang begitu.Sebab itulah ramai yang tidak mencapai apa-apa
kejayaan dalam kehidupan mereka.Terdapat lima sebab mengapa seseorang
itu tidak mempunyai sasaran untuk dicapai.
1.Tidak serius
untuk
mencapai kejayaan perlulah ada sikap bersungguh-sungguh.Jika tidak
kita hanya akan berada ditakuk lama sampai bila-bila.Cubalah pergi
bertanya kepada taukeh-taukeh yang sudah berjaya, adakah mereka membuat
sesuatu kerja sambil lewa sahaja?
2.Tidak tahu apa pentingnya sasaran
Ramai
yang tidak faham mengapa pentingnya meletakkan sasaran. Selalu kita
jumpa orang muda yang mempunyai sasaran untuk dicapai datangnya
daripada keluarga yang tahu mengapa pentingnya meletakkan sasaran dalam
hidup.
3.Tidak tahu bagaimana?
Tidak
tahu bagaimana untuk meletakkan sasaran adalah juga satu faktor yang
tidak dapat dinafikan.Ramai yang masih lagi terkial-kial apabila
disuruh menetapkan satu sasaran untuk dicapai samaada bagi jangka waktu
pendek mahupun pada jangka waktu yang panjang. Ini adalah kerana
mereka tidak pernah diajar untuk melakukannya sejak dibangku sekolah.
4.Takut diperlekehkan
Takut
diperlekehkan adalah juga benteng kepada sesuatu kejayaan.Pengalaman
sejak kecil apabila selalu diperlekeh oleh orang sekeliling apabila
ingin membuat sesuatu diluar jangkauan akal mereka menjadikan
seseorang itu tidak berani memasang sebarang sasaran didalam diari
hidup mereka.Orang sekeliling memainkan peranan yang besar terhadap
perlakuan setiap individu.
5.Takut pada kegagalan
Mungkin
ini adalah sebab yang paling penting antara semua.Seseorang tidak
meletakkan sasaran mereka kerana mereka takut akan kegagalan. Takut
pada kegagalan adalah halangan terbesar kepada setiap individu yang
melata di muka bumi ini untuk mencapai kejayaan.
Di antara sebab yang menyebabkan takut gagal itu wujud adalah mereka tidak faham apakah peranan sebuah kegagalan demi mencapai sesuatu kejayaan.Jika dikaji sejarah usahawan yang terbilang kebanyakan mereka melalui episod kegagalan dahulu sebelum mengecapi kejayaan.Hakikatnya ialah tiada kejayaan sebelum kegagalan,dan seolah-olah mustahil mencapai kejayaan tanpa kegagalan.Kegagalan demi kegagalan bukanlah bermaksud kita takkan berjaya.Seseorang yang mempunyai semangat yang kental akan bangkit dari kegagalan kerana mereka telah mempelajari sesuatu daripadanya.Kegagalan sebenar adalah mereka yang berputus asa.Ingat !!Allah tidak suka makhluknya berputus asa.Kerana rezeki adalah ditangan Allah dan kita ditugas untuk terus berusaha selagi masih beraka



No comments:
Post a Comment