Bismillahirrahmanirrahim…
Setiap
 pekerjaan menjadi sebahagian daripada amal ibadat jika  dilakukan 
mengikut syaratnya. Islam memandang mulia semua jenis  pekerjaan sama 
ada bekerja sendiri atau makan gaji dan memandang hina  sesiapa yang 
malas kerja serta mengharapkan belas ihsan orang lain.  Galakan bekerja 
dituju kepada golongan lelaki yang bertanggungjawab  memberi nafkah 
kepada keluarganya.
ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 'PRINSIP TIDAK MEMUDARATKAN' ATAU 'NO INJURY PRINCIPLE'
Dalam 
menggariskan etika perniagaan, Islam  menjadikan 'Prinsip Tidak 
Memudaratkan' atau 'No Injury Principle'  sebagai asas penting. Prinsip 
ini merujuk kepada peraturan yang  meggerakkan tindakan dan gelagat 
pimpinan serta pihak bawahan dalam  hubungan sesama mereka dan yang 
memberi kesan di luar organisasi.  Hubungan yang berasaskan prinsip 
'tidak memudaratkan' ini menghalang  atau mengurangkan sifat atau 
tindakan negatif terhadap orang lain,  dengki mendengki, mementingkan 
diri sendiri atau tindakan yang boleh  menyebabkan berlakunya 
ketidakadilan terhadap seseorang. Ia juga merujuk  kepada kesan produk 
atau perkhidmatan terhadap pengguna dan alam  sekitar. 
Prinsip
 ini bersifat universal dan boleh  dipraktikkan dalam semua aspek dan 
dimensi kehidupan manusia. Ia bukan  sahaja melarang tindakan atau sikap
 yang memudaratkan orang lain tetapi  juga memudaratkan diri sendiri. Apabila
 seseorang atau satu organisasi  itu berusaha untuk tidak memudaratkan 
diri sendiri atau orang lain,  kehidupan dan kegiatannya menjadi 
seimbang, keberkatan Illahi dan  kecemerlangan dalam pencapaian matlamat
 perniagaan dapat di perolehi.
Dalam
 konteks pengeluaran dan perkhidmatan  pengamatan prinsip 'tidak 
memudaratkan' ini akan memastikan bahawa  sesebuah oraganisasi 
perniagaan atau syarikat itu tidak terlibat dalam  perkara-perkara yang 
memudaratkan perkembangan mental, emosi, spiritual  dan fizikal 
masyarakat dan individu. Aspek pemeliharaan alam sekitar  juga akan 
diberi penekanan yang sewajarnya. Pengguna akan dapat kualiti  produk 
dan perkhidmatan yang dikehendaki.
Rasulullah s.a.w bersabda:
 
"Tidak mudarat dan tidak memudaratkan"
Ini 
bersesuaian  dengan tujuan Syariat Islam  diturunkan untuk memelihara 
lima perkara asas iaitu agama, nyawa, akal,  keturunan dan harta. Segala
 perkara yang memelihara mana-mana perkara  asas ini digalakkan 
(masa'lih) dan segala yang boleh memberi kesan  negatif kepada salah 
satu daripada kelima-lima ini dilarang (mafa'sid).
Oleh
 itu Islam menekankan aspek kualiti dalam  bentuknya yang menyeluruh. 
Prinsip 'tidak memudaratkan' akan  meningkatkan kualiti produk dan 
perkhidmatan.
Dalam
 aspek pengurusan organisasi korporat prinsip  ini sekiranya diserapkan 
di semua peringkat organisasi akan menjadi  faktor motivasi yang 
mendorong anggota-anggotanya untuk terlibat secara  bersungguh-sungguh 
dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti. 
Peter  Drucker dalam buku beliau 'Managemant: Tasks, Responsibilities, Practices' telah menekankan bahawa profesionalisme dalam perniagaan menuntut supaya dipraktikkan 'Principle of nonmaleficence' atau 'do no harm'.
  Atas prinsip ini beliau membuat kesimpulan bahawa terdapat ramai  
eksekutif yang tidak bertindak secara profesional dalam kegiatan  
perniagaan mereka.
Pembentukan budaya korporat yang sihat akan terjejas sekiranya prinsip 'tidak memudaratkan' atau 'do no harm' tidak diamalkan.
Dalam
 menjalankan kegiatan perniagaan seseorang  usahawan muslim itu 
seharusnya memastikan bahawa peraturan-peraturan  berikut dipatuhi 
sesuai dengan prinsip tidak memudaratkan:
1. Niat Yang Betul
 
Seseorang
 usahawan muslim harus memastikan bahawa  niatnya hanyalah untuk 
mencapai tujuan yang telah disebut  di atas dan  agar dia mendapat 
keredhaan Allah s.w.t. dalam segala aspek  kehidupannya.
Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah yang bermaksud:
`sesungguhnya amal itu bermula dengan niat'
Al-Adl Wal Ihsan
Salah satu daripada etika penting dalam perniagaan ialah melaksanakan `Al-Adl Wal Ihsan' atau keadilan dan ihsan.
Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Qur'an:
`sesungguhnya
 Allah menyuruh melakukan keadilan  dan berbuat kebajikan serta memberi 
karib kerabat, dan melarang berbuat  yang keji dan yang mungkar dan 
kezaliman. Dia mengajarkan kepadamu agar  kamu mendapat 
peringatan'(surah an-nahl, ayat 90).
Ada beberapa etika penting yang dapat kita perolehi daripada ayat diatas:
1. Kita disuruh melakukan keadilan
2. Kita disuruh melakukan kebajikan
3. Kita disuruh memberi sadaqah
4. Kita dilarang membuat perkara yang keji dan mungkar
5. Kita dilarang membuat kezaliman
Oleh
 itu dalam kegiatan perniagaan kita harus  melaksanakan keadilan, 
kebajikan, memberi sadaqah, serta tidak melakukan  yang keji, mungkar 
atau menzalimi diri kita atau orang lain.
Keadilan Dalam Perniagaan
 
Keadilan
 bererti meletakkan sesuatu ditempatnya  yang betul. Dalam konteks ini 
implikasinya ialah membuat tindakan atau  keputusan sebagaimana yang 
dikehendaki oleh syari'at Islam. 
Oleh itu keadilan dalam konteks perniagaan memberi implikasi berikut:
|  | 
1.   Amanah Dan Benar Dalam Urusan Perniagaan
Tindakan
 dan keputusan yang berdasarkan sifat amanah  dan kebenaran adalah perlu
 bagi memastikan urusan perniagaan itu adil  dan setiap orang samada 
pembeli atau pengusaha mendapat haknya. Penipuan  dan perpecahan akan 
dapat dielakkan sekiranya semua pihak bersifat  amanah dan benar.
Dengan sifat ini usahawan akan mendapat 
untung yang  sewajarnya dan pembeli akan mendapat barangan atau 
perkhidmatan yang  sepadan dengan harga yang dibayar.
Rasulullah telah bersabda:
`penipuan membawa kepada neraka'
Oleh
 itu sebarang bentuk penipuan adalah haram. Jangan suka menipu apabila 
berniaga. Penipuan bukan sahaja dalam bentuk barangan, wang ringgit 
malah ada pelbagai bentuk penipuan yang berlaku sekarang ini hanya 
semata-mata untuk menarik pelanggan datang ke kedainya dan membeli 
barangannya.
Pada suatu hari Rasulullah telah berjumpa 
dengan  seorang penjual gandum. Baginda telah memasukkan tangannya ke 
dalam dan  mendapati gandum di bawah basah. Baginda telah menegur 
penjual itu kerana  tidak meletakkan gandum yang basah itu  di atas 
supaya pembeli dapat  melihatnya.
Baginda kemudiannya telah bersabda:
`barangsiapa yang menipu tidak termasuk dalam golongannya'
Baginda juga telah bersabda:
`Pedagang yang benar akan dibangkitkan pada hari akhirat beserta orang-orang yang benar dan para syuhada'
(Surah Al-Mutaffifin)
Amatlah
 jelas sekali pandangan Islam terhadap etika  perniagaan apabila kita 
mengkaji ayat-ayat alquran yang di turunkan  sebagai pertunjuk kepada 
manusia. Selain daripada banyak ayat-ayat dalam Al Quran yang 
menggariskan prinsip-prinsip dan etika perniagaan terdapat  satu surah 
dalam  Al Quran yang di beri nama `AlMutaffifin' yang  memerlukan satu 
penelitian yang mendalam. 
Almutaffifin Bermakna Orang Yang Curang.  
`Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang(curang dalam menakar dan menimbang')
Iaitu orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta di penuhi
Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangi
Tidakkah orang-orang itu yakin bahawa sesungguhnya mereka akan di bangkitkan
Pada suatu hari yang besar
Sekali-kali jangan curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam sijjin
Dalam ayat 1-7 surah al mutaffifin, terdapat beberapa pengajaran:
- Allah menghina orang yang menipu atau menzalimi orang lain dalam perniagaan
- Definasi orang yang menipu dalam surah ini ialah orang yang apabila melibatkan haknya dia meminta semuanya mengikut tempoh yang di tetapkan tanpa tangguh, tetapi apabila ia berkaitan dengan hak orang lain dia memberi kurang daripada sepatutnya
- Allah mengaitkan perniagaan ini dengan akauntabiliti dan tanggungjawab kepada Allah swt di hari akhirat nanti
- Orang yang yakin pada hari akhirat dan pembalasan tidak AKAN MENIPU dan berlaku zalim dalam perniagaan
- Orang yang menipu dan zalim dalam perniagaan akan menerima siksaan yang berat daripada Allah swt di akhirat nanti.



 
No comments:
Post a Comment