Tuesday 28 May 2013

Mengapa NUTRILITE

TERBAIK DARI ALAM TERBAIK DARI SAINS

 NUTRILITE ialah jenama vitamin, mineral dan suplemen dietari yang menyediakan rangkaian suplemen lengkap untuk pelbagai keperluan termasuk pemakanan am, kesihatan jantung, pengurusan berat badan dan pemakanan kanak-kanak.

NUTRILITE mendapatkan pekatan tumbuhan organik semula jadi yang kebanyakannya ditanam di ladang kami sendiri dan vitamin dan mineral yang sangat tulen dari seluruh dunia untuk memenuhi standard kualiti kami yang ketat.

Semua bahan yang digunakan dalam produk NUTRILITE telah dikaji, diuji dan dirumus dengan terperinci untuk menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pemakanan masyarakat ke arah mencapai kesihatan optimum. NUTRILITE ialah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tanaman di ladang kami sendiri yang disahkan organik. Semua ladang kami iaitu lebih 2590 hektar (6400 ekar) di California, Washington State, Mexico dan Brazil mengembalikan semula kesuburan tanah dan mengelakkan racun perosak, racun rumpai dan baja sintetik. Mereka juga adalah jiran global yang baik serta berdedikasi untuk berbakti kepada masyarakat.


alt text 10.60.6.1

Ladang Penyelidikan Pertanian - California, AS

Ladang Penyelidikan Pertanian kami yang disahkan organik di Lakeview, California merangkumi 45 hektar (111 ekar) di dasar tasik prasejarah mengandungi timbunan enapan yang kaya dengan nutrien dan menyumbang kepada tanah atas yang subur. Ia adalah lokasi utama tempat penyelidik kami mengkaji bahan tumbuhan dari seluruh dunia untuk memberikan nilai pemakanan tertinggi kepada produk kami dan sumber amalan perladangan organik yang baharu dan dipertingkatkan yang digunakan di semua ladang Nutrilite.   Dengan membuat kompos dan menggunakan amalan perladangan yang diuji dengan teliti, NUTRILITE mencipta struktur tanah yang lebih baik seterusnya membekalkan tanaman dengan rangkaian nutrien yang luas. Tanaman utama: alfalfa, lobak merah, buah delima dan banyak tanaman penyelidikan. Ladang NUTRILITE: Jiran Global yang Baik Di Ladang Penyelidikan Pertanian kami di Lakeview, komuniti tempatan membantu menanam sayur-sayuran organik untuk kegunaan sendiri secara sukarela. Ladang Penyelidikan Pertanian Nutrilite menganjurkan program dengan sekolah tempatan, membawa pelajar setempat ke ladang untuk menanam tanaman sebagai projek sekolah setiap tahun.


LADANG TROUT LAKE - WASHINGTON STATE, AS

Ladang Trout Lake seluas 283 hektar (700 ekar) dan terletak di kaki gunung Cascade Mountain adalah ladang herba disahkan organik yang terbesar di Amerika Utara. Pengairan dibekalkan oleh Sungai White Salmon dengan glasier dari pergunungan. Lembah Trout Lake, tempat ladang itu terletak adalah organik sepenuhnya, tiada perladangan konvensional di lembah itu dan pergunungan di sekitarnya membantu mencegah pencemaran. Tanaman utama: beri biru, Echinacea purpurea, Echinacea angustifolia, oregano, pudina, netel, valerian, kacang white kidney, dandelion, balm lemon, black cohosh. Ladang NUTRILITE: Jiran Global yang Baik Ladang Trout Lake komited untuk menyumbang kepada komuniti tempatan dan aktif menyokong bandar Trout Lake dengan sumbangan tahunan yang besar kepada Dana Biasiswa Trout Lake dan menderma kepada program komuniti.

No comments:

Post a Comment