Thursday 21 November 2013

INGIN MENURUNKAN TAHAP GULA DALAM DARAH (PENGHIDAP KENCING MANIS)... SUPPLEMENT YANG PERLU DIAMBIL BAGI MEMBANTU MENGURANGKAN PARAS GULA


Bagaimana penyakit ini dikesan?

Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan.

Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.Dalam perkataan lain, ujian saringan glukosa juga dikenali sebagai ujian minum air gula. 
Saya pernah terpaksa lalui saat 'manis'  minum segelas air gula yang sangat 'sedap'. Cukuplah sekali seumur hidup. (^-^)v Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?
 
- Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah.

- Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan 
bayi akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika proses kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean. 

- Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah.

- Bayi juga 
mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).

Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar. 
Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?
 
GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.

Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.

Bagaimana rawatan terhadap GDM?
  1. Kawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet.
  2. Senaman sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa.
  3. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.

Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.

Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:
  • Elakkan gula dan makanan yang tinggi kandungan gulanya (kek, aiskrim, minuman ringan, buah-buahan di dalam tin, jem, coklat dan lain-lain).
  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng.
Source : Info Sihat


Sebagai permulaan, saya mencadangkan at least Nutrilite Double X dan CB Plus untuk anda dan beberapa produk tambahan yang menjaga jantung, buah pinggang, mata dan tulang..
Double X

Ia merupakan multivitamin yang mengandungi 12 multivitamin, 9 mineral dan 17 pekatan tumbuhan. Mengapa ia terbaik?

12 multivitamin 

yang terdapat di dalam Double X memberikan tenaga yang optimum kepada kesihatan anda. Anda akan merasakan sesuatu yang berbeza apabila anda persistent memakannya. Anda akan nampak perubahan yang ketara dalam tempoh 10 hari setelah anda memakannya. Memang terbaik!! Saya memberikan jaminan yang anda akan berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Double X.

9 mineral 

yang terdapat di dalam Double X pula memberikan perlindungan kepada sistem ketahanan tubuh badan kita ataupun lebih senang dikatakan sebagai perlindungan sistem antibodi dalam badan kita. Yang bagusnya di antara mineral yang terbaik di dalam Double X ialah kromium dan selenium. Kromium berfungsi untuk mengurangkan paras gula di dalam badan di mana bagi orang yang mempunyai penyakit kencing manis, Double X mampu membantu mengawal paras gula. Manakala Selenium pula berfungsi sebagai sistem pertahanan antioksidan, perlindungan sitem imun dan memperbaiki struktur sel dan interselular.

17 pekatan tumbuhan pula berfungsi 

sebagai perlindungan radikal bebas yang mana kita tahu radikal bebas ini boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung dan kanser. Hampir 200 pekatan tumbuhan yang terbaik telah diuji oleh Nutrilite dan hanya 17 pekatan yang terbaik di antara terbaik diambil untuk digunakan dalam Double X.

Sebagai contoh, antara 17 pekatan tumbuhan yang terdapat ialah alfafa, ekstrak asparagus, ekstrak kranberi dan ekstrak buah delima yang mana pekatan tumbuhan ini bertindak sebagai perlindungan radikal bebas. Ia juga bertindak sebagai penyokong tindak balas semula jadi tubuh terhadap kerosakan selular. pekatan tumbuhan ini juga berfungsi sebagai enzim perlindungan dalam tubuh badan kita.

Oleh itu, Double X merupakan satu-satunya multivitamin yang lengkap terdapat di dalam pasaran. Dengan hanya mendapatkan Double X, anda akan mendapat perlindungan optmum terhadap kesihatan. Anda patut mencuba dan anda berhak untuk mendapatkan terbaik.

Fungsi Double X

*Memulihkan sel-sel badan yang rosak
*Merawat dan memulihkan peraliran darah dalam badan
*Mengembalikan tenaga yang hilang
*Membina semula daya tahan badan
*Merawat semula saraf-saraf yang rosak



Siapa yang perlukan Double X???

*Orang yang terlalu kuat bekerja
*Orang yang selalu dalam kepenatan
*Orang yang berpenyakit seperti:
    -Darah tinggi 
    -Kencing Manis
    -Sakit-sakit lutut
    -Buah pinggang
    -Tiada upaya berjalan
    -Badan yang terasa lemah
    -Jantung
    -Sakit-sakit badan
    -Awet muda
    -Strok (lumpuh)

Panduan Kegunaan.

.Ambil 3 tablet (berlainan jenis setiap 1) sehari sekali makan. Ambil waktu pagi atau malam selepas sajian, sebaiknya diambil waktu pagi kerana waktu siang anda banyak menggunakan tenaga. Kesemuanya 186 tablet, sehari makan 3 tablet untuk habis dalam masa 62 hari (2 bulan).Ambil tablet Double X menggunakan sudu yang disediakan.

Simpan tablet di tempat yang sejuk dan kering di bawah suhu 30°C. Jauhkan produk tersebut daripada haba dan kawasan yang lembab.

Simpan tablet-tablet dalam bekas yang lebih kecil untuk penggunaan harian. Cara ini, anda tidak perlu mendedahkan selalu tablet yang selebihnya kepada lembapan.




Fiber

  104402
 RP: RM 118.00


Tambah kandungan serat di dalam badan, elak sembelit, serap kolesterol, lebihan gula (buat pesakit diabetes) dan asid urik (bagi pesakit gout).

Info tambahan : Adalah lebih baik untuk ambil Fiber Plan Unflavored berbanding Fiber Plan Tablets, kerana yang serbuk lebih mudah diserap ke dalam badan.

→ Bancuh 1/2 sudu teh dengan sejug air atau jus kegemaran sekali sehari.
CB PLUS


  103050   RP: RM 141.00


Tukar makanan kepada tenaga. Kandungan Biotin nya akan metabolisme kan lemak di dalam badan! Sebenarnya, CB PLUS sangat-sangat membantu dalam Weight Reduction, kalau betul caranya. Ini kerana, B-Kompleks akan membakar makanan untuk keperluan badan. Negatifnya, anda akan berasa cepat lapar! Jadi, waktu nie perlu berhati-hati lah, jika tak kawal nafsu lapar sebaik-baiknya, anda akan mudah terjurus untuk makan lebih banyak, di mana menyebabkan berat badan anda naik. Saya cadangkan anda makan healthy snack seperti buah-buahan & kekacang apabila sentiasa rasa lapar tue.

→ Di ambil sebiji  sebelum makan nasi atau kabohidrat  sehari sebelum makan.

ALL PLANT PROETIN



  110415    RP: RM 117.00


  • Protein terdapat dalam setiap sel dalam tubuh. Blok binaan yang penting untuk tulang, otot, tulang rawan, kulit dan darah, protein berkualiti tinggi membekalkan kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh dewasa yang sihat dan kanak-kanak yang sedang membesar. Mereka yang tidak mendapat cukup nutrien makro penting ini akan kurang tenaga, juga otot serta sistem imun mereka lemah.
  • Tetapi protein perlu diganti setiap hari. Keperluan ini menyebabkan ramai individu kurang bekalan dalam tubuh mereka. Tanpa protein yang cukup, tubuh tidak akan berfungsi sebaik yang dimampuinya. Menambah dengan NUTRILITE All Plant Protein Powder adalah cara munasabah untuk mengisi ruang protein yang kosong dalam diet anda. 
  • 1 skup rata (23.5g) memberi 8 protein berkualiti tinggi, 18 asid amino perlu memenuhi standard antarabangsa (WHO) dengan Skor Asid Amino yang Diperbetulkan Dalam Kebolehcernaan Protein sebanyak 1.00. Rumusan lazat yang memberi keperluan protein kepada anda setiap hari. Protein ini akan bercampur dengan mudah dalam air sejuk. Nutrilite menggunakan teknologi soya terkini untuk memberi minuman campuran segera kepada anda dan tidak mempunyai rasa berpasir yang selalu dikaitkan denga kebanyakan minuman soya hari ini.

  • Berdasarkan bukti saintifik daripada 50 kajian bebas, telah menyimpulkan bahawa 25g protein soya yang dimasukkan ke dalam diet rendah lemak tepu dan kolesterol setiap hari mampu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

  • Diperkukuhkan dengan 250mg kalsium setiap sajian.kalsium adalah nutrien yang perlu untuk membentuk tulang dan gigi.

  • Diperkukuhkan dengan 30mg vitamin C setiap sajian. Vitamin C adalah nutrien yang menyokong kulit yang sihat dan membran mukus juga nutrien yang antipengoksidaan.

  • Mengandungi Pekatan Buahan Tropika Nutrilite. Memberi kelebihan fitonutrien nutrilite yang hebat.

  • Kacang soya mengandungi sebatian unik dinamakan isoflavon yang merupakan fitoestrogen iaitu bahan tumbuhan yang serupa dengan hormon wanita iaitu estrogen. Terdapat tiga jenis isoflavon iaitu genistein, daidzein dan glisitien.  Asingan protein soya  ini adalah sumber isoflavon yang baik.  Satu cawan susu soya  biasa mempunyai 20 miligram manakala 1 1/2 cawan tahu memunyai 40 miligram.

Tidak mengandungi sebarang pewarna, perisa tiruan atau bahan pengawet

Kebaikan

1. Membantu membuat Sel-sel baru dan membaiki Sel-sel rosak
2. Membantu kesihatan Kulit menjadi lebih cantik, khusus wanita
3. Perokok
4. Masalah Kanser
5. Penyakit kencing
6. Penyakit Buah Pinggang
7. Masalah Jantung


Panduan Kegunaan


Arahan: Buka lapisan penutup aluminium dan buangkan supaya setiap kali mengambil serbuk protein tidak tumpah terkena lapisan aluminium. Hanya tutup dengan penutup plastik yang disediakan.

Ambil 1 skup sehari. Skup disediakan didalamnya. Tuangkan air terlebih dahulu kedalam botol cawan shaker kemudian tuangkan 1 skup rata kedalam botol cawan shaker tersebut. Tutup dan gongcangkan sehingga sebati . Boleh diambil sebelum sajian atau selepas sajian. Boleh menggunakan air sejuk selain air suam. Seeloknya guna air mineral.

Simpan Protein di tempat yang sejuk dan kering di bawah suhu 30°C. Jauhkan produk tersebut daripada haba dan kawasan yang lembab. Pastikan tutup selepas setiap kali mengambil dan letakkan semula ke dalam peti sejuk.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


  425300    RP: RM 85.00

Nutrilite Lecithin E

Vitamin E adalah penting untuk melindungi daripada kerosakan sel yang disebabkan oleh pengoksidaan dan menyimpan bekalan oksigen dalam tubuh. Namun, keterlarutan vitamin E mungkin adalah faktor yang merumitkan. Oleh kerana vitamin E boleh larut lemak, ia boleh diangkut dari satu bahagian tubuh ke bahagian lain oleh bahan yang mengandungi lemak

Nutrilite Lecithin E boleh membantu tubuh anda menyerap vitamin E dan melindungi tubuh anda daripada radikal bebas yang berbahaya. Pada masa yang sama, ia merupakan kombinasi cemerlang vitamin E dan lecitin yang diperolehi secara semula jadi daripada tumbuhan.

Setiap tablet memberi 20.6mg (25 I.U.) Vitamin E dan 50mg lecitin. Vitamin E membantu melindungi tubuh daripada pembentukan radikal bebas (bertindak sebagai antioksidan) dan keterlarutannya sangat bergantung pada bahan yang mengandungi lemak. Lesitin, fosfolipid, dikenali untuk membantu mengangkut vitamin E. Lecitin juga bertindak sebagai pengemulsi yang menguraikan lemak menjadi unit-unit kecil dan boleh diurus untuk pencernaan.

Tablet-tablet boleh dikunyah diperolehi secara semula jadi daripada sayur-sayuran dan minyak kaang soya. Kombinasi vitamin E yang diperolehi secara semula jadi (d-alpha tocopheryl succinate) daripada minyak sayuran dan lesitin daripada minyak kacang soya. Tablet yang dikunyah menghasilkan penyerapan yang lebih cepat.

Diberi perisa madu, molas, karob semula jadi dan walnat mapel. Cara yang enak untuk memperkukuhkan diet. Ambil 2-4 tablet sehari. Ambil setiap hari untuk membantu meningkatkan perlindungan antioksidan.

KEBAIKAN.

1.Lecithin bertindak sebagai Pengemulsi yang menguraikan lemak menjadi unit-unit kecil terus ke Pencernaan.
2.Membantu menyerap Kolesterol dalam Darah keluar, khusus bagi mereka yang mementingkan bentuk badan yang cantik dan yang mengalami kegemukan.
3. Membantu Menguatkan tubuh dari pembentukan Radikal Bebas.
4. Kadar Antioksidan yang Tinggi.
5. Pesakit Diabetes (kencing manis)
6. Gout
7. Masalah Jantung
8. Membantu melindungi Hati
9. Osteoporosis dan lain-lain

Panduan Kegunaan
Ambil dan tuangkan tablet Lecithin E ke penutupnya sebelum meletakkan kuantiti yang betul ke atas tapak tangan. Jangan ambil dari dalam botol. Pastikan tangan tidak kena tablet dalam botol. Simpan tablet di tempat yang sejuk dan kering di bawah suhu 30°C. Jauhkan produk tersebut daripada haba dan kawasan yang lembab. Pastikan penutupnya ditutup dengan ketat selepas setiap kali memakannya dan letakkan semula ke dalam peti sejuk.

Sehari ambil 4 tablet, ambil 2 tablet pagi dan 2 tablet. Ambil selepas sajian.
============================================================




  109746  RP: RM 134.00

Nutrilite Bio C Plus

Jika anda tidak makan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan secukupnya yang diperlukan tubuh, kerap minum minuman yang bergula atau tinggal di persekitaran yang tercemar, keperluan vitamin C anda adalah lebih tinggi. Nutrilite Bio C Plus yang dirumus dengan Pekatan Nutrilite yang ekslusif adalah cara ringkas dan mudah untuk menambah vitamin C yang mungkin hilang daripada diet anda.

Satu biji tablet membekalkan 250mg vitamin C (termasuk 30mg vitamin C semula jadi daripada pekatan Ceri Aserola Nutrilite yang ekslusif). Vitamin C membantu membentuk dan mengekalkan sel, menolong tubuh menyerap zat besi, dan bertindak sebagai antioksidan untuk mengekalkan tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ceri Aserola adalah satu daripada sumber vitamin C terkaya yang memberi faedah pemakanan tambahan kepada kesihatan anda.

Serta 35mg Kompleks Multiflavonoid Sitrus (ekstrak kulit dan isi sitrus). Meningkatkan keberkesanan vitamin C dan bertindak sebagai antioksidan.

Kebaikan.

1. Membantu merawat Kecantikan kulit khusus wanita - akibat dari radikal bebas yang menyerang tisu dan menyebabkan kerosakan teruk terhadap struktur sel.
2. Mengeluarkan toksid dalam darah.
3. Perokok.
4. Membantuk menghilangkan kesan parut
5. Penyakit kencing Manis
6. Penyakit Buah Pinggang
7. Masalah Jantung
8. Melindungi DNA dari kerosakan

Panduan Kegunaan
Ambil & tuangkan tablet Bio C ke penutupnya sebelum meletakkan kuantiti yang betul ke atas tapak tangan. Jangan ambil dari dalam botol. Pastikan tangan tidak kena tablet dalam botol. Simpan tablet di tempat yang sejuk dan kering di bawah suhu 30°C. Jauhkan produk tersebut daripada haba dan kawasan yang lembab. Pastikan penutupnya ditutup dengan ketat selepas setiap kali memakannya dan letakkan semula ke dalam peti sejuk.

Sehari ambil 4 tablet, ambil 2 tablet pagi dan 2 tablet. Ambil selepas sajian





Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Whatsapp 010 715 8422


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Makan kacang setiap hari boleh membantu mengawal kencing manis jenis 2 dan mencegah komplikasi 

Makan kacang setiap hari dapat membantu mengawal kencing manis jenis 2 dan mengelakkan komplikasi, menurut penyelidikan terbaru daripada Hospital St Michael dan Universiti Toronto (UT).

Dalam kajian yang diterbitkan dalam talian oleh jurnal 
Diabetes Care, satu pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr David Jenkins (Jabatan Sains Pemakanan Universiti Toronto, Pusat Pengubahsuaian Faktor Risiko Hospital St. Michael) melaporkan bahawa dengan mengambil dua auns kacang sehari sebagai pengganti karbohidrat terbukti berkesan dalam mengawal glisemik dan serum lipid bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis jenis 2. Artikel tersebut bertajuk "Nuts as a Replacement for Carbohydrates in the Diabetic Diet," boleh didapati DI SINI.

"Campuran kacang tanpa garam, mentah atau dipanggang kering mempunyai faedah bagi kedua-dua kawalan glukosa darah dan lipid darah dan boleh digunakan sebagai sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan kawalan penyakit kencing manis tanpa pertambahan berat badan," kata Dr. Jenkins, yang juga merupakan ahli jawatankuasa Bahagian Endokrinologi dan Metabolisme Hospital St Michael dan Jabatan Perubatan UT. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Penyelidikan dalam Pemakanan dan Metabolisme Kanada.

Jenkins dan rakan-rakannya menyediakan tiga jenis makanan tambahan yang berlainan untuk peserta yang mempunyai penyakit kencing manis jenis 2. Satu kumpulan telah diberikan muffins, satu kumpulan diberi campuran kacang termasuk badam mentah, pistachios, walnut, pecans, hazelnuts, kacang tanah, cashews, dan makadamia, dan satu kumpulan lagi telah diberikan campuran mufin dan kacang.

Peserta yang hanya menerima kacang sebagai makanan tambahan melaporkan peningkatan terbesar dalam kawalan glukosa darah menggunakan ujian terglikosilat hemoglobin (HbA1c). Peserta dengan diet kacang juga mengalami pengurangan kolesterol lipoprotein kepadatan rendah (dikenali sebagai LDL, atau "kolesterol jahat"). Peserta yang mengambil muffin atau campuran muffin-dan-kacang tidak mengalami peningkatan yang ketara dalam kawalan glisemik tetapi mereka yang menerima campuran muffin-kacang juga ketara menurunkan tahap LDL serum mereka.

"Mereka yang menerima dos penuh kacang mengurangkan HbA1c mereka [penanda jangka panjang kawalan glisemik] sebanyak dua pertiga daripada yang diiktiraf oleh US Food and Drug Administration sebagai bermakna secara klinikal sebagai agen terapeutik. Tambahan pula, tidak ada dalam kajian semasa atau dalam laporan sebelumnya tentang penggunaan kacang yang dikaitkan dengan pertambahan berat badan. Jika tidak, kacang kelihatan amat sesuai sebagai sebahagian daripada diet untuk mengurangkan berat badan, "kata Dr. Jenkins.

"Kajian ini menunjukkan bahawa kacang boleh menjadi pilihan makanan yang khusus untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis jenis 2 yang ingin mengurangkan pengambilan karbohidrat mereka."

Sumber: 
The St Michael Hospital news release

#########################################################################################
Makanan yang perlu dielakkan sama sekali:
  • Gula – semua jenis
  • semua jenis manisan dan coklat (kecuali coklat masakan yang mengandungi minima 70% coklat asli dalam kuantiti yang rendah)
  • semua jenis makanan yang mengandungi gula derivatif yang mempunyai akhiran -ose seperti glucose, sucrose, lactose, maltose dan banyak lagi.
  • Makanan berkanji seperti pulut, beras (terutama beras siam), gandum, jenis-jenis ubi seperti ubi kentang dan ubi kayu
  • Susu rendah lemak atau susu skim, dan susu pekat manis (Susu cair atau susu segar penuh krim dibolehkan dalam kuantiti yang sedikit)
  • Yoghurt rendah lemak dan yoghurt berperisa (termasuk susu berperisa)
  • Sos cili, sos tomato dan kicap (kecuali kicap jenama Kikkoman kerana jenama ini tidak mengandungi gula)
  • Semua jenis minuman dalam botol/tin, sirap dan skuasy
  • Buahan dalam tin dan jus buah-buahan (buahan dalam bentuk jus mempunyai kandungan gula lebih tinggi dari buahan segar) kecuali jus yang dicairkan – satu bahagian dicampurkan 4 bahagian air.

Makanan yang sesuai dimakan:
  • Semua jenis daging – kambing, lembu
  • jenis burung – ayam, itik, turkey, puyuh, merpati dsbnya
  • Hati, limpa, paru, buah pinggang (mengandungi khasiat vitamin dan mineral yang sesuai untuk tubuh)
  • Sosej dan nuget (bagaimanapun awasi senarai bahan dalam produk di pasaran kerana kebanyakan terdapat bahan tambahan yang perlu dielakkan seperti gula dan bijirin)
  • Semua jenis lemak binatang – tiada had seperti butter dan minyak sapi. Jangan buang lemak daging dalam masakan.
  • Ikan dan makanan laut termasuk yang dikeringkan
  • Telur – tiada had termasuk telur asin (kecuali telur “Omega-3″ kerana telur jenis ini telah dihasilkan dari makanan tiruan yang mengandungi hormon tambahan)
  • Minyak kelapa, santan, kerisek, butter, minyak sapi, krim dan yoghurt penuh lemak
  • Keju kecuali cottage cheese. Pastikan anda dapatkan keju yang vegetarian kerana keju yang tidak dilabel vegetarian adalah tidak halal.
  • Herba dan rempah ratus
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan segar bergantung kandungan karbohidrat
  • Tauhu, tempeh dan produk dari soya

Sayur-sayuran yang sesuai
  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Leek
  • Labu air
  • Labu panjang
  • Labu kuning
  • Asparagus
  • Taugeh (termasuk taugeh kacang hitam, taugeh kacang soya, taugeh kacang hijau)
  • Kacang panjang
  • Semua jenis Kobis
  • Bunga kobis
  • Broccoli
  • kacang buncis
  • Kacang tolo
  • Tomato (segar atau dalam tin)
  • semua jenis cili
  • Lada benggala
  • Bayam
  • Kangkung
  • Kailan
  • Semua jenis Sawi
  • Semua jenis cendawan
  • Dedaun salad
  • Dedaun hijau seperti pucuk ubi, pucuk ranti, pucuk labu, pucuk manis
  • Semua jenis ulam herba
  • Bebawang (seperti bawang besar, bawang putih, bawang merah, daun bawang)
  • Kucai
  • Petula
  • Bendi
  • Timun
  • Terung
  • Kelapa termasuk kelapa parut
  • Bangkuang atau sengkuang
  • water chestnut
  • Celery
  • Brussel sprout

Buah-buahan segar yang sesuai
  • Epal
  • Mangga (tidak lebih dari satu)
  • Nanas
  • Jambu batu
  • Betik
  • Peach
  • Strawberry
  • Blueberry
  • limau bali
  • limau nipis
  • limau kasturi
  • Tembikai dan jenis-jenis melon
  • Belimbing
  • Blackberry
  • Raspberry
  • Kiwi
  • Oren
  • Limau mandarin
  • Pear dan buah lai
  • Laichi
  • Avocado
  • Durian (tidak lebih dari 2 ulas)
  • Rambutan (tidak lebih dari 2 biji)

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Pengenalan Tentang Penyakit Kencing Manis 
Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi. Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. 

Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis. Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah. 


Apakah Insulin ? 
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets ( kepulauan kecil ). Insulin bertugas untuk menceranakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel. 

Jenis-jenis Kencing Manis (Diabetes mellitus) 
Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu : 
1. Diabetes bersandar insulin 
2. Diabetes bebas insulin 
3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes) 
4. Diabetes bentuk lain 


Diabetes bersandar insulin 
Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja. Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Penguraian sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat. Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik dan alam sekeliling. 

Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak. Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat. Bagaimanapun peningkatan kes diabetes dikalangan masyarakat Asia mungkin sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kesedaran mengenai penyakit diabetes dikalangan umum. Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan rawatan di hospital. 

Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes. 

Bagaimanapun sekiranya terlalu kerap dan banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebaliknya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula. 


Diabetes bebas insulin - jenis kedua 
Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia 


Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes) 
Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal. 


Diabetes bentuk lain 
Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti. 

No comments:

Post a Comment