Tuesday 11 June 2013

8 Sebab untuk memilih eSpring ~ Pilih Kehidupan. Pilih Sistem Rawatan Air eSpring. Kehidupan bermula daripada eSpring! eSpring bukan sahaja membekalkan air yang kelihatan lebih bagus, rasa lebih baik, ia menunaikan janji untuk membekalkan air bersih bagi orang yang inginkan yang terbaik dalam kehidupan.






Sistem Rawatan Air eSpring

  100188


RM 3,200.00
 RP: RM 4,000.00


Pilih Kehidupan. Pilih Sistem Rawatan Air eSpring.
Kehidupan bermula daripada eSpring! eSpring bukan sahaja membekalkan air yang kelihatan lebih bagus, rasa lebih baik, ia menunaikan janji untuk membekalkan air bersih bagi orang yang inginkan yang terbaik dalam kehidupan.
8 Sebab untuk memilih eSpring:
1.AIR LEBIH BERSIH, LEBIH JERNIH, TERASA LEBIH ENAK
Faedah Sistem Rawatan Air eSpring yang paling ketara ialah peningkatan lebih baik dari segi rasa, bau dan kejernihan air. Inilah yang pelanggan akan perasan, fahami, dan hargai dengan serta-merta.
2.AIR YANG LEBIH SIHAT, LEBIH BERKUALITI
Banyak sistem yang mempertingkatkan keadaan dan rasa air. Tetapi sangat sedikit yang dapat mengurangkan bahan cemar berpotensi mendatangkan bahaya, malah terlalu sedikit pula yang mampu menyingkirkan bakteria dan virus bawaan air secara berkesan. Sistem Rawatan Air eSpring melakukan kedua-duanya. Ia menyingkirkan secara berkesan lebih daripada 140 bahan cemar yang berbeza – dan memusnahkan lebih daripada 99.99% bakteria dan virus bawaan air.
3.DIUJI DAN DISAHKAN OLEH NSF
NSF International adalah sebuah organisasi yang bukan mengaut keuntungan yang diiktiraf di seluruh dunia sebagai pihak berkuasa bebas terkemuka yang menjalankan ujian dan pensijilan ke atas sistem rawatan air. NSF International telah menguji dan mengesahkan Sistem Rawatan Air eSpring dapat mengurangkan lebih banyak bahan cemar yang menjejaskan kesihatan berbanding mana-mana sistem berasaskan karbon /UU lain yang pernah disahkannya.
4.TEKNOLOGI YANG UNIK, MAJU DAN TERKEMUKA
Sistem Rawatan Air eSpring adalah sistem pertama yangmenggabungkan teknologi rawatan air terbaik yang sedia ada: penuras blok karbon, cahaya UU, dan pemantauan elektronik. Kartrij Karbon-UU mengurangkan partikel dan lebih 140 bahan cemar; cahaya UU memusnahkan lebih daripada 99.99% mikroorganisme bawaan air, dan sistem pemantauan elektronik membolehkan pengguna mengetahui bila masanya untuk mengganti. Kombinasi teknologi-teknologi inilah yang menjadikan eSpring begitu unik.
5.DISOKONG OLEH PENYELIDIKAN LEBIH 20 TAHUN DENGAN LEBIH 338 PATEN YANG DIBERI ATAU SEDANG MENANTI KELULUSAN DAN DITERIMA BAIK DI 36 NEGARA
Sistem Rawatan Air eSpring adalah hasil penyelidikan lebih 20 tahun dalam teknologi rawatan air. Ia telah direka dan dibangunkan oleh jurutera dan saintis eSpring. Sistem Rawatan Air eSpring mempunyai lebih daripada 338 paten rawatan air di serata dunia, yang telah diberi atau sedang menanti kelulusan. Sejak pelancaran eSpring, sistem itu telah diterima baik di lebih 36 negara di serata dunia.
6.MESRA PENGGUNA DAN MUDAH DIPASANG
Tidak seperti air yang dibotolkan atau penuras jenis jag, Sistem Rawatan Air eSpring boleh membekalkan semua keperluan air minum dan memasak bagi sebuah keluarga sederhana – bila-bila sahaja ia dikehendaki, secara terus dari paip. Rekaan eSpring yang lebih kompak dan kontemporari juga tidak banyak mengambil ruang agar lebih mudah dan lebih fleksibel. Dan, tiada peralatan khas yang diperlukan untuk memasang eSpring.
7.PENYENGGARAAN MUDAH DAN LEBIH KETENANGAN
Sesetengah penuras dan sistem rawatan memerlukan penggantian penuras setiap bulan, jika tidak lebih kerap lagi. Namun, Sistem Rawatan Air eSpring boleh membekalkan 5,000 liter air atau bekalan satu tahun mana-mana yang terdahulu – sebelum Kartrij Karbon-UU perlu diganti.
8.KUALITI DAN NILAI HEBAT UNTUK WANG
Walaupun Sistem Rawatan Air eSpring memberikan prestasi dan kemudahan hebat, kos rawatan sebenarnya adalah kurang berbanding mana-mana sistem lain.


Perkhidmatan Di Rumah Amway
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menambah nilai kepada perkhidmatan sokongan pelanggan kami, Amway menyediakan Perkhidmatan Di Rumah di kawasan-kawasan berikut:
  • Kuala Lumpur dan Selangor sahaja
  • Pulau Pinang dan Seberang Perai
Cuma telefon kami bila-bila Pengedar Amway atau pelanggan memerlukan khidmat servis dan baikpulih untuk produk-produk berikut:
  • Sistem Rawatan Air AMWAY II
  • Sistem Rawatan Air eSpring
  • Sistem Rawatan Udara AMWAY
  • Penulen Udara ATMOSPHERE
Amway akan menghantar juruteknik terlatih ke rumah anda dalam masa 48 jam selepas panggilan dibuat. Yuran perkhidmatan RM60.00 akan dikenakan bagi setiap lawatan (tidak termasuk alat ganti).


AMWAY dipilih sebagai Syarikat Penurasan Air Terbaik Tahun 2011 oleh Frost & Sullivan
Kami berbangga mengumumkan bahawa AMWAY telah dianugerahkan Anugerah Amalan Terbaik untuk Syarikat Penurasan Air Asia Pasifik Tahun 2011 oleh Frost & Sullivan. Anugerah ini mengesahkan komitmen berterusan AMWAY, untuk tahun kedua berturut-turut.
Kemenangan ini menegaskan kredibiliti AMWAY yang teguh di kalangan pengguna di peringkat tempatan dan di Asia Pasifik kerana komitmennya yang berterusan dan peranan utamanya dalam memperkenalkan produk rawatan air yang mampan. Ia juga mengiktiraf pendekatan holistik AMWAY dalam strategi perniagaan, perlaksanaan, penembusan pasaran, inovasi produk dan teknologi termaju dan khidmat selepas jualan.
Anugerah ini telah disampaikan kepada AMWAY pada Oktober 2011 di Singapura. Anda boleh mendapatkan butiran lanjut tentang anugerah dari pautan di SINI


No comments:

Post a Comment