Aku tak pandai nak influence orang lain. So initially aku memang tak nampak pasal bernetwork bagai. Macam kebanyakan orang lain. Aku tak suka cari orang. So, aku nampak meniaga je la. Direct selling.
Dalam MLM ada dua sebab orang jadi ahli. Satu sebab nak berniaga, satu lagi sebab nak beli barang harga ahli. So aim aku adalah orang yang nak beli barang berkualiti dengan harga ahli. User la senang cakap.
Kemudian, member tunjuk income potential kalau aku jalankan business ni dengan serius.
Apa yang menarik bagi aku. Perniagaan yang aku join ni income bulanan ada yang takde banyak mana kalau banding dengan syarikat lain. Bukan yang level tinggi ok. Yang betul betul level tinggi memang telan air liur la. Maksud aku untuk pangkat peringkat awal-awal. Dalam 3-4ribu je. Yang aku nampak adalah pencen. 3-4ribu je. Tapi siapa nak bagi pencen 3-4ribu sebulan kan..
Ada pencen dan boleh diwariskan. Mana nak tau kan.. Aku boleh hidup lama mana. Aku tak kerja kerajaan yang dapat pencen. So dengan business yang buat part time macam ni boleh dapat pencen. Yang kalau aku mati tetiba, anak aku akan dapat. Memang ada insurans, tapi insurans tu sekali je la. Pencen ni berterusan. So far, dalam sejarah perniagaan ni yang aku tengok. Ada sorang chinese lady, da mati tahun 1993. Duit dari perniagaan dia dapat kat abang dia yang masih hidup sebab pompuan yang mati tu anak dara.
Macam mana boleh ada pencen?
Network adalah sejenis aset. Kalau kita bina rangkaian pengguna dan pembeli barangan. Sampai satu tahap, kita boleh nikmati hasilnya. Mungkin ada orang kata.. Ini orang bawah kerja keras. Orang atas yang dapat hasil. Tak. Siapa yang kerja keras. Dia akan dapat hasil.
Macam KFC. KFC ada rangkaian restoren kan. Francais. Owner KFC untung tak? Wajib la untung. Tapi yang bukak francais tu untung tak? Untung jugak. Buat francais kayakan owner juga. Tapi ianya adalah win-win situation. Tapi francais ni adalah model perniagaan yang lebih besar. Network marketing ni model kecik, tapi rangkaiannya boleh jadi besar. Dan modalnya cuma sedikit.
Contohnya.. Kita jual syampu kat A. A suka guna syampu yang kita jual. Bila da habis tentu dia beli lagi kan. Kalau kita da mati, A masih boleh guna syampu kita dengan beli barang di kedai (yang company sediakan). So, kalau kita bina rangkaian pelanggan macam A banyak banyak. Banyak la income kita boleh dapat. Dan barang yang boleh dijual bukan cuma syampu, tapi ada beratus ratus jenis barang.
Berbanding dengan jenis perniagaan yang biasa. Jangan kata kalau mati. Kalau kita demam. Kedai tutup pun takde income dah. Dah.. Siapa nak bukak kedai.
Dan risikonya pulak kecik. Sebab aku tak perlu simpan stok. Tak perlu bukak kedai. Kalau pelanggan tak suka dengan barang aku jual pun, company ada tawarkan jaminan pulangan wang 100%.
Eh macam mudah bunyinya MLM ni kan.. Tapi kenapa ramai tak berjaya?
Aha.. Rahsianya adalah delay gratification. Tak ramai orang sanggup sabar dan tekun usaha. Nak membina rangkaian perniagaan yang besar bukan mudah dan ambil masa yang singkat. Kita bukan bukak kedai makan. Buka kedai hari ni. Orang da nampak kedai kita tang tu. Kedai makan pun ambik masa jugak nak dapat pelanggan tetap. Meniaga MLM zaman sekarang bukan mudah. Jangan kata kawan-kawan. Ada masa keluarga sendiri pun cemuh. Sebab, ramai orang yang tak jujur dalam meniaga. Banyak cabarannya. Cabaran paling besar adalah diri sendiri. Macam aku, kerja da dapat duit. Kat opis sambil sambil blogging pun hujung bulan dapat duit. Kenapa nak susah payah ber MLM kan :D
Paling biasa adalah yang jenis melompat lompat dari satu MLM ke satu MLM. Mula mula ada kawan ajak join syarikat A dan kata..senang nak buat duit ni.. Buat buat tak jadi.. Buat buat tak kaya. Boring la. Berenti. Ada pulak kawan kata, ni syarikat B ni baru je masuk market Malaysia. Kalau join kita at the top of the pyramid. Kaya nanti. Join syarikat B pulak. Buat buat..eh tak kaya jugak. Join la C pulak.. Begitu lah seterusnya..Last sekali, bila ada kawan ajak join. Dia mungkin akan kata "alaa..aku da pernah join benda ni dulu..tipu lah..tak boleh buat duit pun.."
Sound familiar? :D
Moralnya.. MLM lebih kurang je macam perniagaan lain. Yang kena jual barang, kena gigih. Bezanya, kena gigih lebih lagi sebab ramai orang ada bad impression tentang MLM.
Ni baru sebab yang kesatu. Sambung len kali la. Err.. Ada ke yang nak baca topik gini? Boring kot kan..Nak kena bagitau gak ke aku join MLM mana? Hehehe.. Aku tak buat business online. Tak promote online. Ol skool gitu. Cuma kenalan yang da kenal kat luar blog je yang aku cerita. Tu pun ada ramai yang tak tau. Kawan-kawan ni biasa la. Kalau kita cita kita buat insurans ke MLM ke, jumpa pun da tak mau. Padahal bukan aku ada nak jual apa pun kat dia.
Kenapa aku nak cerita benda benda ni? Just untuk pengetahuan orang orang yang tak tau. Nak berniaga, tapi takde modal, ianya mungkin boleh jadi a good option.
Nota kaki : Jangan ada yang tetiba takut nak kawan ngan aku dah la.. Tapi taknak kawan pun aku nak boleh buat apa..Hak memasing. Hehehe..
No comments:
Post a Comment