Ramai yang tidak
sedar bahawa lemah jantung (congestive heart failure) sebenarnya lebih
teruk daripada barah payudara. Apatah lagi penyakit itu bukan diagnosis
sebaliknya komplikasi jantung. Pakar Perunding Kardiologi, Pusat
Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Haizal Haron Kamar, berkata lemah
jantung merujuk pada kegagalan jantung untuk mengepam darah secukupnya
mengikut keperluan tubuh.
“Apa saja masalah jantung boleh membawa
kepada lemah jantung. Apabila jantung gagal mengepam darah mengikut
keperluan, darah tidak diagihkan dengan baik dan bertindak menekan salur
darah. Ini menyebabkan cecair terkeluar daripada salur darah dan masuk
ke tisu badan,” katanya.
Disini saya ingin mengambil kesempatan
untuk menceritakan sedikit mengenai situasi saya sewaktu diserang
penyakit jantung. Setelah tamat pengajian saya di Politeknik Kuching
Sarawak, saya mula berkerja sebagai seorang Juruteknik Elektrik di salah
sebuah syarikat yang berada di Kuching. Saya berkerja selama enam bulan
dan berhenti pada bulan Mei 2008 kerana mengalami masalah pada
kesihatan.
Dulu saya
seorang perokok dan sering minum minuman beralkohol. Saya langsung tidak
menghiraukan apa-apa kesan disebaliknya kerana bagi saya kepuasan
adalah lebih penting daripada kesan. Saya mula menyedari ada perubahan
pada diri saya pada bulan Mei 2008, dimana saya merasakan bahawa diri
saya semakin gemuk.
Pada mulanya saya berasa gembira dengan
perubahan ini kerana sebelum ini badan saya agak kurus. Sejak daripada
perubahan tersebut saya merasakan bahawa diri saya semakin cepat lelah
dan sering sesak nafas. Naluri saya mengatakan bahawa berkemungkinan
besar saya diserang asma ataupun kerana badan terasa terlalu penat. Saya
ketepikan semua andaian yang bermain difikiran dan terus berkerja.
Sejak daripada perubahan tersebut, badan
saya sering berasa panas dan saya terpaksa menggunakan dua buah kipas
semasa tidur walaupun ketika hari hujan. Pernah juga terlintas difikiran
saya untuk membuat pemeriksaan di hospital tetapi saya amat takut
dengan keputusan yang bakal saya perolehi selepas pemeriksaan tersebut.
Oleh kerana tidak sanggup menerima keputusan yang bakal diberikan oleh
doktor jadi saya mengambil keputusan untuk tidak pergi ke hospital.
Minggu dari minggu dilalui, semakin hari
saya merasakan badan saya semakin lemah dan degupan jantung semakin
laju daripada biasa. Nafas terasa sesak sewaktu saya baring dan saya
langsung tidak dapat melelapkan mata.
Oleh kerana tidak dapat lagi menahan
kesakitan yang dirasai, jadi pada malam 29 Mei 2008 saya mengambil
keputusan untuk pergi ke hospital. Ketika itu saya menggunakan
motorsikal untuk pergi ke hospital. Semasa dalam perjalanan menuju ke
hospital yang memakan masa selama 20 minit dari Matang Jaya Kuching ke
Hospital Umum Sarawak, badan saya terasa amat sakit ketika melalui jalan
raya yang tidak rata tetapi terpaksa saya tertahan untuk sampai ke
hospital. Syukur kepada Tuhan kerana saya selamat sampai ke hospital.
Sesampainya di hospital saya terus ke bahagian kecemasan. Disebabkan
doktor yang bertugas pada masa itu hanya tiga orang jadi saya terpaksa
menunggu selama 2 jam 30 minit untuk diperiksa.
Setelah sekian lama menunggu untuk
diperiksa, akhirnya saya dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan.
Pemeriksaan mengambil masa lebih kurang 15 minit dan setelah diperiksa,
pegawai pemeriksa mengesahkan bahawa saya diserang gastrik. Jadi setelah
diberikan ubat saya pun kembali semula ke rumah.
Pada keesokan harinya iaitu 30 Mei 2008,
oleh kerana syarikat memberikan kami cuti bagi meraikan hari gawai,
jadi saya mengambil keputusan untuk balik ke Sri Aman. Perjalanan dari
Kuching ke Sri Aman mengambil masa lebih kurang 3 jam dan saya terpaksa
bertahan selama 3 jam untuk sampai ke Sri Aman. Sekali lagi saya rasa
bersyukur kepada Tuhan kerana saya selamat sampai ke Sri Aman. Oleh
kerana telah melalui perjalanan yang agak panjang jadi perut saya pun
berasa lapar, jadi saya pun makan. Oleh kerana badan terlalu penat jadi
setelah selesai menjamu selera saya pun mengambil keputusan untuk
berehat dan tidur. Sewaktu saya tidur nafas saya mulai sesak dan badan
saya terasa panas walaupun menggunakan penghawa dingin tetapi saya masih
lagi berpeluh.
Melihat keadaan saya yang sedemikian
rupa saya terus dikejarkan ke hospital Sri Aman pada malam 30 Mei 2008.
Setibanya di hospital saya terus diperiksa dan setelah itu pegawai
pemeriksa pun memberitahu bahawa saya menghidap kencing manis. Oleh
kerana keluarga saya tidak berpuas hati dengan keputusan yang
dikeluarkan oleh pihak hospital jadi keputusan yang seterusnya diambil
oleh keluarga saya ialah kaedah perubatan tradisional.
Sejak daripada itu badan saya terasa
amat lemah dan langsung tidak dapat melelapkan mata walaupun sesaat
kerana saya sering batuk. Yang menjadi persoalannya disini ialah badan
saya berasa elok pada siang hari dan apabila menjelang malam ia seakan
air pasang yang menghempas ke tebing kerana ketika itulah nafas saya
mulai sesak dan saya langsung tidak baring. Setiap kali saya baring dada
saya seakan dipenuhi air. Semasa berada dalam keadaan yang tenat, saya
merasakan diri saya langsung tidak berguna dan saya juga pernah
melakukan perbuatan yang bodoh iaitu cuba untuk membunuh diri dengan
menghantukkan kepala ke dinding. Saya juga telah pergi ke hampir seluruh
Sarawak dan telah berjumpa dengan pelbagai bomoh dan dukun bagi
mendapatkan rawatan yang lebih berkesan.
Bulan demi bulan dilalui, dan setelah
selesai perubatan tradisional barulah saya dibawa ke hospital pakar
iaitu Kuching Specialist yang terletak di Jalan Tabuan Kuching. Selama 3
hari 2 malam di hospital berkenaan dan diperiksa dari hujung rambut
sehingga hujung kaki akhirnya doktor pakar mengesahkan bahawa saya
menghidap penyakit lemah injap jantung. Semasa berada di hospital
berkenaan berat badan saya turut diambil dan pada hari pertama semasa
masuk ke hospital berkenaan berat saya ialah 59kg dan setelah 3 hari
berada disana, sekali lagi saya ditimbang dan berat saya menurun
sebanyak 10kg iaitu 49kg.
Doktor juga turut menerangkan kepada
saya apabila injap jantung lemah berat badan akan bertambah diikuti
masalah sembab air. Bengkak air (edema) adalah tanda kegagalan jantung
sebelah kanan. Oleh kerana itu, saya dinasihatkan agar tidak meminum air
yang banyak dimana air yang boleh saya minum dalam sehari ialah tidak
melebihi 250ml dan saya terpaksa menggunakan gelas atau cawan yang
mempunyai sukatan. Mengikut keterangan yang diberikan oleh doktor, saya
terpaksa menjalani pembedahan untuk memperbaiki injap yang rosak. Kos
pembedahan untuk jantung bagi hospital swasta ialah dalam lingkungan
RM30,000.00. Oleh kerana kos yang begitu besar dan keadaan saya tidaklah
sebegitu tenat maka saya disyorkan oleh doktor pakar tersebut untuk
merujuk kepada hospital kerajaan.
Setelah keluar daripada hospital
tersebut dan diberikan ubat, saya pun kembali ke rumah. Sewaktu menunggu
masa untuk membuat pemeriksaan di hospital kerajaan, saya turut
mengambil kaedah lain supaya cepat sembuh dengan mengambil makanan
tambahan iaitu minum Gamogen. Gamogen ialah sejenis ubat yang diperbuat
daripada gamat. Saya terpaksa berhenti minum Gamogen kerana kandungan
air dalam badan saya kembali meningkat dan badan saya kembali membesar
kerana saya akan berasa kehausan setelah meminum produk tersebut.
Keluarga saya terus berusaha mencari produk yang terbaik untuk saya bagi
memulihkan injap jantung tersebut supaya tidak perlu menjalani
pembedahan.
Demi untuk mencari produk yang terbaik,
ayah saya telah menemui seorang daripada rakan karibnya yang
mengesyorkan supaya saya mengambil produk daripada Amway. Setelah
daripada itu, ayah saya pun pergi membeli produk tersebut. Saya memakan
sebanyak 7 jenis makanan tambahan daripada Amway dimana setiap satu ia
memerlukan sebanyak RM550 untuk kesemua tujuh produk tersebut bagi
setiap bulan. Setelah seminggu mengambil produk tersebut banyak
perubahan telah berlaku kepada saya dimana badan saya semakin cergas
berbanding dua bulan yang lepas sehingglah sekarang.
Setelah sekian lama menunggu temujanji
dengan hospital kerajaan, jadi pada 30 Julai 2008 saya pun pergi ke
hospital kerajaan. Setibanya di hospital berkenaan saya pun diperiksa
dan setelah diperiksa doktor mengarahkan supaya saya kembali ke hospital
pada 14 Oktober 2008 untuk menjalani pembedahan. Saya juga telah
diterangkan apa yang perlu dibawa dan dibeli untuk pembedahan tersebut.
Tetapi terpaksa saya tangguhkan pembedahan pertama saya kerana terpaksa
menghadiri temuduga pada 13 Oktober 2008 untuk kerja yang saya pegang
sekarang. Setelah selesai menghadiri temuduga, saya pun pergi ke
hospital untuk diperiksa dan membuat temujanji yang seterusnya. Semasa
pemeriksaan dilakukan, doktor berasa agak hairan kerana terdapat
perubahan pada injap jantung saya. Jadi pembedahan saya yang seterusnya
ialah 15
Disember 2008.
Oleh kerana temuduga yang saya hadiri
lulus, jadi saya terpaksa tangguhkan semula pembedahan saya yang kedua
kerana saya diarahkan untuk melaporkan diri ke Putrajaya pada 24
Februari 2009 dan pembedahan saya yang seterusnya ialah pada bulan Jun.
Setelah melaporkan diri di Putrajaya dan mendapat penempatan di Jabatan
Peguam Negara Sarawak, pada awal bulan Mac 2009 saya pun pergi ke
hospital untuk membuat pemeriksaan dan temujanji yang seterusnya. Sekali
lagi doktor yang memeriksa berasa hairan kerana injap jantung saya
semakin kuat berbanding dulu, jadi pembedahan saya yang seterusnya ialah
pada bulan 14 Disember 2009.
Setelah berkerja selama beberapa bulan
jadi tibalah masa untuk saya menjalani pembedahan. Saya mendaftar diri
di hospital pada 13 Disember 2008. Semasa berada di hospital, saya pun
diperiksa dan setelah diperiksa jururawat pun mencukur segala bulu yang
ada dibadan kerana badan perlulah bersih dari sebarang bulu. Pembedahan
saya akan bermula pada pukul 8 pagi keesokan harinya. Jadi pada malam
itu saya telahpun diberi taklimat mengenai apa yang perlu dibedah.
Apabila menjelang subuh, saya agak terkejut apabila dikejutkan oleh
jururawat dan jururawat tersbut menyuruh saya daftar keluar kerana
pembedahan saya terpaksa ditangguhkan ke 27 Jun 2010. Saya berasa heran
dan persoalan itu masih belum terjawab sehingga hari ini.
FAKTA: Simptom lemah jantung
- Letih dan lemah
- Nafas pendek apabila baring
- Batuk yang kerap
- Bengkak (edema) di kaki, buku lali dan jari kaki
- Bengkak pada perut (kembung)
- Berat badan bertambah kerana sembab air (fluid retention)
- Kurang selera makan dan loya
- Denyut nadi yang pantas atau tidak sama
Faktor Lemah Jantung
Masalah injap jantung – Empat injap
jantung memastikan darah mengalir pada arah yang betul melalui jantung.
Injap yang rosak memaksa jantung bekerja lebih keras bagi memastikan
darah mengikut arah aliran yang betul. Lama kelamaan, kerja ‘lebih
keras’ ini melemahkan jantung .
Faktor Lain Yang Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung ialah:
- Merokok
- Arak
- Kurang zat makanan
- Sikap Panas baran
- Stress
Langkah Pencegahan
Perubahan gaya hidup dan ubat ubatan. Ia
memperlahankan proses lemah jantung dan membaiki kualiti hidup.
Antaranya berhenti merokok, kawal masalah tekanan darah tinggi dan
kolesterol, bersenam dan mengamalkan diet yang sihat. Ambil ubat-ubatan
jika disarankan doktor.
Pengajaran Daripada Pengalaman Yang Saya Lalui
Tujuan saya menceritakan sedikit
mengenai pengalaman saya ketika berhadapan dengan penyakit jantung
adalah untuk memberi kesedaran kepada tuan/puan supaya sedar dan
haruslah sentiasa menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin. Kerana
setelah kita jatuh sakit/diserang sesuatu penyakit, peratus untuk pulih
semula seperti sedia kala adalah amat tipis. Jadikanlah cerita saya ini
sebagai satu iktibar untuk kita semua menjaga kesihatan kerana kesihatan
yang baik amat penting untuk kita menjalankan tugasan seharian.
Cadangan makanan tambahan yang diambil ialah ~
Calsium dan Magnesium 180 Tablet
Kebaikanya ialah :-
Double X
Kebaikanya:~
Membekalkan tenaga sepanjang hari
Bio C Plus
Kebaikannya :~
Kebaikannya :~
Selepas pembayaran dibuat, maklumkan kembali dan sertakan maklumat di bawah untuk tujuan penghantaran:-
-->nama
-->alamat
-->nombor telefon
-->Maybank-->No transaksi
Kos pos adalah bergantung pada berat sesuatu barang tersebut.
Hari Pengeposan adalah pada SETIAP HARI BEKERJA sahaja.
Terima Kasih kerana sudi berurusan.
Cadangan makanan tambahan yang diambil ialah ~
Calsium dan Magnesium 180 Tablet
425100 | |
DP | RM 45.00 |
RP | RM 56.00 |
Kebaikanya ialah :-
- Baik untuk tidur yang lena
- Sistem Saraf
- Baik untuk denyutan jantung
- Menguatkan tulang, gigi dan gusi
- Baik untuk mengawal kekejangan
- Baik untuk menghindarkan migrain, gastrik nafas berbau
- Osteoprosis (Kerapuhan tulang)
Double X
102884 | |
DP | RM 125.00 |
RP | RM 156.00 |
Membekalkan tenaga sepanjang hari
- Baik untuk JANTUNG
- Dapat mengawal gula dalam darah (Kencing Manis)
- Melancarkan perjalanan darah
- Menyingkir toksid dalam darah
- Mengandungi 12 vitamin, 9 mineral dan 17 pekatan tumbuhan
- Kandungan mengandungi 62 tablet multivitamin, 62 tablet multimineral dan 62 pekaran tumbuhan (186 tablet)
- Berfungsi sebagai anti oksida dalam badan.
Bio C Plus
109746 | |
DP | RM 107.00 |
RP | RM 134.00 |
- Dihasilkan dari ceri aserola dan lemon
- baik untuk perokok
- Baik untuk kulit,(Jerawat) sembuhkan luka (Kencing Manis), Anti Oksida
- Baik untu bibir pecah/merekah
- Mengawal KANSER
- Dapat menghindar SAKIT JANTUNG
- Membantu Pertumbuhan Rambut
- Memaiki daya penglihatan
- Elok untuk demam, selsema, asma dan batuk
- Melambatkan proses penuaan
- Pembersih toksid dalam Badan
NUTRILITE Concentrated Fruits & Vegetables (60 tab) Kod - 102992
Kebaikannya :~
NUTRILITE Lecithin-E |
103209 | |
DP: | RM 111.00 |
RP: | RM 139.00 |
Kebaikannya :~
- Mengandungi lecitin an Vitamin E
- Antioksida
- Dapat memecah lemak dalam badan (baik untuk menguruskan badan)
- Menghindarkan keguguran rambut
- Menyembuhkan kesan terbakar
- Elok untuk masalah buang pinggang, mata, KENCING MANIS, DARAH BEKU (dpd pembedahan Jantung) dan BATU KARANG
- Menjadikan awet muda (rambut dan kulit)
Untuk Memesan
Sila masukan ke Akaun 5120 5350 0943 - Maybank kemudian
Msg atau WhatApss/Wechat/Line/Tanggo ke 016-3499 733 dan
sertakan salinan resit ke email ke putrasriway@gmail.com
Selepas pembayaran dibuat, maklumkan kembali dan sertakan maklumat di bawah untuk tujuan penghantaran:-
-->nama
-->alamat
-->nombor telefon
-->Maybank-->No transaksi
Kos pos adalah bergantung pada berat sesuatu barang tersebut.
Hari Pengeposan adalah pada SETIAP HARI BEKERJA sahaja.
Terima Kasih kerana sudi berurusan.
Rujukan
- http://www.moh.gov.my/MohPortal/newsFull.jsp?action=load&id=213
- http://fifapg9.blogspot.com/2009/09/nafas-sesak.html
No comments:
Post a Comment