Harian Metro
Khamis,
13
Jun
2013
DENGAN kos sara hidup yang terus meningkat, kenaikan kadar inflasi
yang sukar dielakkan, golongan miskin bandar semakin ramai, keadaan ini
menuntut ramai suri rumah mencari apa jua cara yang boleh menjimatkan
perbelanjaan harian keluarga.
“Ramai yang beranggapan produk Amway mahal, tetapi lebih ramai yang memperakui produk Amway berkesan dan berkualiti,” menurut pasangan suami isteri, Mohd Ramly Abu Bakar, 67, dan Nortini Yaacob,65, yang menjadi pengedar Amway hampir 30 tahun.
Menurut Nortini, ini kerana produk Amway dihasilkan daripada
penyelidikan dan pembangunan yang tinggi, tetapi ramai yang tidak tahu
produk penjagaan rumahnya pekat dan sangat menjimatkan.
“Boleh dikatakan ia cinta pandang pertama dengan produk Amway, sekali gus menceburi jualan langsung ini buat kali pertama pada Mac 1982,” kata Nortini ketika ditemui di Ibu Pejabat Amway, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dia akui banyak kebaikan apabila menggunakan produk Amway kerana ia merangkumi semua aspek keperluan harian keluarga. Produk pertama jualannya ialah Pencuci Pelbagai Guna Liquid Organic Cleaner atau LOC yang dapat membantu menjimatkan perbelanjaan dapur harian.
“Rumusan pekat produk berkenaan membolehkan ia mencuci lebih berkesan berbanding penggunaan bahan lain.
“Kepekatan cecairnya membolehkan pengguna menggunakannya lebih sedikit dengan bantuan campuran air tapi masih mengekalkan cucian lebih berkesan,” katanya.
Tidak dinafikan masih ramai belum mengetahui nilai ringgit barangan terbabit kerana beranggapan ia mahal tetapi ia membantu keluarga melakukan penjimatan jangka panjang.
“Formulanya lebih pekat bagi membolehkan pengguna menggunakannya secara bijak.
Contohnya untuk produk LOC, penggunaan satu penutup penuh bersamaan 20 mililiter cecair perlu dicampur ke dalam empat liter air yang boleh digunakan sehingga 50 kali cucian.
“Produk LOC ini juga boleh mencuci pelbagai jenis permukaan, antaranya permukaan dapur, bilik air, ketuhar, peti sejuk, lantai, cermin dan tingkap.
Pengguna tidak perlu membeli pencuci yang lain, LOC boleh mencuci semua. Beli sekali, tahan lama” katanya.
Menurut Nortini, Amway ada banyak lagi rangkaian produk penjagaan rumah yang pekat, berkesan dan menjimatkan.
Bagi pencuci pinggan Dish Drops, satu liter Dish Drops boleh dicairkan sehingga menjadi enam botol satu liter sabun pencuci pinggan.
“Satu botol boleh tahan sampai enam hingga lapan bulan penggunaannya. Ini juga boleh mengurangkan pembelian barangan yang tidak diperlukan seperti yang biasa berlaku jika berada di pasar raya,” katanya.
Pelanggan juga tidak lagi perlu bersusah ke kedai kerana ia boleh dilakukan secara dalam talian menerusi amway2u.com. Pesanan anda akan dihantar terus ke rumah.
Mohd Ramly juga berkongsi bagaimana produk pencuci kereta Amway sangat menjimatkan.
“Lazimnya kita mencuci kereta seminggu sekali, di bandar, sekali cuci kereta, kita bayar RM10. Jika menggunakan pencuci kereta Amway, setiap botol satu liter sangat pekat, kita hanya perlu mencampurkan suku penutup atau empat mililiter ke dalam empat liter air.
“Satu botol ini boleh digunakan sehingga 200 cucian. Sekali cuci kereta, kita bayar sepuluh ringgit, 200 kali bermakna kita berbelanja RM2,000, berbanding harga pelanggan sebotol pencuci kereta Amway hanya RM28,” katanya.
Dia yang sebelum ini bekerja sebagai pembaca berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1969 serta meminjamkan suaranya bagi slot iklan, kini turut menjalankan jualan langsung Amway sepenuh masa bersama isterinya.
Pada peringkat awal, dia tidak dapat melihat faedah yang boleh diperoleh untuk jangka masa panjang kerana kurang pendedahan mengenainya.
“Saya menganggap apa yang dilakukan sebagai amanah dalam membantu mendidik masyarakat mengenai aspek penjimatan. Jika berbelanja, jangan tamak dan rambang mata hingga menyebabkan berlakunya pembaziran,” katanya.
Katanya, generasi muda kini bernasib baik kerana mereka berada pada zaman teknologi maklumat yang menyediakan pelbagai maklumat berguna hanya di hujung jari.
“Kami sebelum ini mengetahuinya melalui sebaran mulut ke mulut. Generasi kini perlu memahami tanggungjawab sedia ada juga bertambah kerana keadaan ekonomi serta persekitaran tidak seperti dulu, justeru mereka perlu tahu apa yang perlu menjadi keutamaan,” katanya.
Dia dan isterinya kini bergelar Pengedar Terus Intan Eksekutif Amway.
“Latih diri untuk membeli barangan perlu saja dan elakkan daripada berbelanja barangan yang tidak perlu, sayangi setiap ringgit yang diperoleh kerana ia tentu sangat berharga dalam keadaan kecemasan suatu hari nanti,” katanya.

No comments:
Post a Comment