Monday 28 October 2013

CILI MINYAK GANTI CILI BOH.. pasti lagi sedap masakan kita..

Terima kasih kepada homekreation.. untuk simpanan sendiri, kot2 nak cuba buat satu hari nanti..



Along buat ni sebab beli sekilo cili merah harga cuma RM4. Rumah ni ramai yg suka makan pes cili goreng ni dgn mi, sup, bubur & sebagai nya. Boleh juga di gunakan untuk masakan dan amat jimatkan waktu sebab cili nya dah cukup garing so tak payah nak tumis lama2 & tak perlukan minyak yang banyak.


BAHAN2:
1 kg Cili Merah - blend
1 mangkuk Minyak
1 sb Garam
1 sb Gula

CARA2:
1. Panaskan minyak di dlm periuk tidak melekat.
Masukkan cili blend, garam & gula.
Kacau selalu sehingga cili kering & rangup. 
(Kali ni Along sengaja buat basah2 sikit)
Tip: Selepas api di padamkan, minyak yg panas tu akan terus menggaringkan cili. Jadi padamkan api sebelum terlalu garing.
Sejukkan & tapiskan minyak selebih nya.
Untuk hayat yg lebih lama, simpan cili dgn minyak nya sekali.

2. Bilas botol kaca dgn air panas & keringkan.
Simpan Cili Oil di dlm botol bertutup kedap udara.

No comments:

Post a Comment