Friday 1 November 2013




Pentingnya kalsium - Calcium


  425100



 RP: RM 56.00

  • Dibuat daripada bentuk-bentuk semula jadi kalsium karbonat danmagnesium oksida
  • Tablet sehari memberi 600 mg kalsium dan 400 mg magnesium, serta Pekatan Alfalfa NUTRILITE yang eksklusif.
  • Kalsium adalah komponen utama tulang dan gigi.
  • Magnesium penting untuk sel yang sihat, pengeluaran protein dan fungsi tubuh badan yang normal.
  • Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium.
  • Orang daripada semua peringkat umur perlu mengganti kalsium yang secara berterusan dikumuh terutama kanak-kanak, remaja, wanita hamil dan yang menyusukan bayi.
  • Keperluan tubuh terhadap kalsium tidak berkurangan dengan umur dan pada usia lanjut mungkin agak sukar untuk menggantikan kalsium tulang.
  • Jaminan pemakanan yang baik ialah untuk mempastikan diet harian ditambah dengan kalsium.
  • Penggunaan yang Disyorkan : Satu tablet harus diambil tiga kali setiap hari.
  • 180 tablet.

"kalsium x di hasil semulajadi dlm badan..so ambil susu or suplement utk kuatkan tulang n gigi anda,sblm ia hilang sblm waktunye..hehe"
Ya, saya setuju! Sila baca dibawah!!
Sumber kalsium tubuh kita dpt melalui 2 cara..
1- dari makanan yang kita makan
2- dari dalam tubuh kita sendiri apabila kita tidak fulfill cara 1
ramai yg pandang enteng ttg kekurangan calcium dari pengambilan makanan harian, akibatnya badan akan mengambil kalsium yg disimpan di tulang dan gigi utk kegunaan badan..
disebabkan itu, ramai ibu2 yg BF mengadu..mengalami kerosakkan gigi..rasa sakit pinggang..sendi..lenguh2.. BEWARE..anda mungkin sedang menggunakan kalsium simpanan hari tua anda ;(
Dipetik dari Harvard Health Publication

NOTE 1:
Jika anda sedang mencari supplement calcium, pastikan ia mengandungi magnesium! Kenapa?

  • Magnesium ada mineral yg sukar utk disimpan didalam tubuh
  • Magnesium bantu menyerap calcium dan mengekalkannya di dalam tubuh
  • Magnesium bertindak dengan baik bersama calcium utk membina matrix tulang anda yg kuat dan kukuh (utk mengelakkan kerapuhan)
  • Magnesium dan calcium bergabung memberikan kesihatan yg lebih baik pada sistem cardiovascular anda
  • Magnesium dan calcium bergambung membantu mengatasi
  • masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena
  • Baik untuk denyutan jantung
  • Kekuatan tulang, gigi dan gusi
  • Kekejangan kaki atau krem ketika mengandung terutamanya
  • Mempunyai Darah Beku
  • Migrain
  • Permasaalahan Bernafas
  • Ibu Yang menyusu anak
  • Haid yang tidak lancar
  • Mengalamai kuku pecah
  • Mengalami gastrik
  • Osteoprosis
Tiga Tablet mengandungi 600mg Kalsium dan 400mg Magnesium


NOTE 2:
Jangan lupa, lengkapilah calcium anda dengan vit D! Kenapa?

  • Vit D memaksimakan penyerapan calcium didalam tubuh
  • Vit D juga membantu regulate calsium didalam peredaran darah

  427200


 RP: RM 141.00


  • Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik).
  • Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif.
  • Salutan NUTRILOCK mengekalkan kesegaran dan menjadikan ia lebih mudah ditelan.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang cenderung mengalami systemic lupus erythematosus harus mendapat nasihat daripada doktor mereka sebelum mengambil produk ini.
K.K.L.I.U: 1634/2012/I



KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat.

Bagaimana pula dengan magnesium? Adakah magnesium dikenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah di antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib yang saling menyokong di antara satu sama lain?

Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Sebahagian besar daripada kalsium dalam badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf, pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot.

Kalsium perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis.

Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet, jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.

Bagi golongan dewasa, keperluan harian adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan brokoli.

Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik.

Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam tisu lembut dan cecair badan.

Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan.

Paras magnesium dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu, pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan.

Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan. Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan.

Kalsium, dalam bentuk kalsium sitrat, terbukti mempunyai kadar penyerapan yang lebih baik berbanding bentuk kalsium yang lain. Kalsium sitrat juga larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko mendapat masalah batu karang.

Berhajat dan perlu maklumat lanjut sila hubungi whatsapp 010 715 8422


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/06/kalsium-magnesium-penting-untuk-tubuh.html#ixzz2jO9P8nJI

No comments:

Post a Comment