Tuesday 6 May 2014

Nasi Ayam Original


Masak guna Pressure Cooker memang hebat, makanan sedap dan menyelerakan kerana 
wap tidak keluar.. kerana ia adalah pressuru cooker..
terima kasih sekali lagi kepda azie kitchen kerana resepi yang sedap ..






Malam ni, hubby ada meeting, tinggal saya dan anak anak di rumah. Jadi saya plan nak memasak nasi ayam original untuk makan malam. Bukan apa, bila masak nasi ayam, tak perlu nak sediakan banyak banyak lauk seperti nasi putih. Dalam perjalanan balik dari pejabat, singgah kedai runcit, beli ayam dan sedikit sayur sayuran. Saya mengambil resepi ini dari internet dan membuat sedikit perubahan yang mana perlu untuk disesuaikan dengan citarasa sendiri.  Sengaja mencuba resepi ini untuk mempelbagaikan resepi nasi ayam koleksi saya. 


Memang sedap nasi ayam ini sehingga Aween makan sebanyak 2 kali.  Katanya nasi ayam ini lebih sedap dari nasi ayam yang pernah saya buat sebelum ini.  Pada saya, semua nasi ayam yang pernah saya masak, semuanya sedap tapi sedap secara tersendiri.  Yang berbeza adalah cara ayamnya diperap dan dimasak sahaja. Tapi saya hanya makan sedikit sahaja kerana ingin mengurangkan makan nasi terutama di waktu malam memandang saya sedang berdiet.  


Jom layan resepinya ...

Nasi Ayam Original

Bahan untuk Nasi 
2 cawan beras 
1 inci kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
2 kuntum buah pelaga 
2 ulas bawang putih dicincang
3 sb mentega 
1 helai daun pandan
Garam (secukup rasa)

Bahan untuk Ayam dan Sup 
500 g Ayam 
2 sb kicap pekat 
1 sb sos cili 
1 sk minyak bijan
1 sb sos tiram 
20 g lobak jeruk 
1 inci halia dihiris memanjang 
1 ulas bawang putih dihiris memanjang 
Garam (secukup rasa)

Bahan untuk Sos Cili 
6 biji cili merah 
3 ulas bawang putih
1 inci halia 
1/2 cawan air rebusan ayam 
1 sk minyak bijan 
1 sk cuka 
2 sk gula 
Garam (secukup rasa)


Bahan untuk Kicap
Cili padi
Kicap manis cap kipas udang
Gula
Air rebusan ayam

Rebus ayam bersama sedikit garam, halia dan bawang putih hingga ayam masak dan empuk.




Keluarkan ayam dan ambil 2 cawan air rebusan untuk memasak nasi.

Air rebusan selebihnya direnih lagi bersama lobak jeruk, hirisan halia, dan bawang putih untuk dihidang sebagai sup. Taburkan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Seterusnya, campurkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan minyak bijan. Curah ke atas ayam dan gaul sebati.





Goreng ayam tanpa minyak hingga kering bersama sos. (Boleh juga jika mahu digoreng dengan minyak seperti biasa, tapi goreng sekejap sahaja secara touch n go)





Untuk nasinya, cairkan mentega dan tumis bawang putih, bunga lawang,  buah pelaga, kulit kayu manis dan daun pandan hingga wangi.




Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga rata.  Tuang 2 cawan air rebusan ayam, garam dan sedikit pewarna kuning, jika suka.






Untuk sos cili, kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam dan air rebusan ayam.





Untuk kicap, tumbuk cili padi. Masukkan kicap, gula dan air rebusan ayam. Kacau sebati.


Hidangkan nasi bersama ayam, sos cili dan juga kicap.





Bahan Perap utk Ayam Madu (option):
3 sb madu
3 sb kicap
3 sb sos tiram


Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment