5 SIKAP POSITIF YANG PERLU ADA....
1. Berhenti mengomplen.
Hentikan
  sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab  setiap kali  
Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif  bangkit. Emosi  
negatif seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda  melahirkan  
rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen,  hidupnya  
tak maju-maju. JIka Anda nak maju, hentikan sikap suka  ngomplen.
2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.
Elak
  untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda lebih bagus,  
lebih  pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih  
berjaya.  Ini akan menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, 
Anda  tak ada  dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat 
kemajuan  orang lain.  Anda tak ada dorongan nak berusaha, sebab Anda 
sakit hati.
3. Banyak berfikir memperbaguskan diri
Sebaik-baik
  kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk  menjaga tepi  
kain orang lain. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan  membantu  
menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan pencapaian  mereka.
  Dari Anda sibuk memikir hal orang, lebih baik sibuk berfikir  
kelemahan  diri lalu berusaha memperbaikinya.
4. Hormati, kagumi, sanjungi.
Hormati
  sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali  dan yang
  Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi   
pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan   
membuat Anda bermotivasi. Jangan pandang orang berdasarkan   
jawatan,kerja,pangkat, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja,walau   
siapapun dia. Ini menjadikan Anda sentiasa bermotivasi lantas menjadikan
   apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya sebab  
kesenangan  hati orang yang selesa bergaul dengan Anda akan menjadi doa 
 kejayaan  Anda. Kebencian orang pada Anda akan menjadi doa juga, iaitu 
 doa untuk  menjatuhkan Anda. Buat baik di balas baik, buat jahat di  
balas jahat.
5. Doakan orang lain supaya jadi berjaya.
Anda
  bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda   
lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Bantu orang lain
   untuk berjaya, pandanglah dia sebagai orang ada potensi untuk 
berjaya.   Doakan kejayaan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali 
Anda   bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi 
positif   yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang 
akan   membuat Anda bersemangat sentiasa.


 
No comments:
Post a Comment