Sikap 
memainkan peranan yang amat penting untuk berjaya. Berdasarkan  hasil 
kajian terhadap golongan yang berjaya, 85% kejayaan yang dimiliki  oleh 
individu yang berjaya adalah dipengaruhi oleh sikap, manakala baki  15% 
lagi adalah dari segi kepakaran atau teknikal.Jadi sikap yang  positif 
benar-benar memainkan peranan yang positif untuk berjaya.
Orang
 yang  berjaya di luar sana sebenarnya bukanlah 100 kali lebih bijak 
atau 1000  kali lebih bernasib baik daripada kita, tetapi mereka 
mempunyai 1 sahaja  kelebihan iaitu bersikap positif. Bercakap 
soal positif ini,  kita selalu ingat bahawa untuk berjaya mesti 
berfikiran positif.  Maka  dengan itu kita cuba memikirkan semua urusan 
secara positif.  Malangnya,  semakin difikir secara positif semakin 
banyak unsur negatif yang hadir.   Di manakah silapnya?  Menurut kata 
pakar motivasi sebut perkataan yang  positif setiap hari, ulangi 
kata-kata positif setiap waktu, lakukan  pekerjaan dengan cara yang 
positif.  Namun ianya tidaklah semudah yang  diucap.  Bagaimana 
sebenarnya untuk mendapatkan sikap positif ini?   
1. Berfikiran Positif Bukan Lakonan.
Berfikiran
 positif,  bersikap positif berlagak positif bukan boleh dilakonkan.  Ia
 perlu  lahir daripada pemahaman yang betul terhadap keupayaan dan 
kehebatan  minda.  Tiada gunanya berfikir secara positif tetapi 
jauh di  sudut hati masih ada rasa takut, tidak percaya, tidak yakin, 
buntu,  malas, risau, gelisah, gundah, kecewa dan sebagainya. Sekiranya
  perasaan ini masih timbul jauh di sudut hati, walaubagaimana kita 
paksa  sekali pun, pemikiran positif itu tidak mampu hadir.  Mungkin 
kita  boleh rasakan tetapi begitu sekejap ia datang dan selebihnya kita 
masih  diselimuti rasa negatif.
2. Kepentingan Sikap Yakin Diri.

Para
 pembaca budiman,  untuk berjaya, kita harus memiliki sikap untuk 
berjaya.  Kita mesti  yakin dengan diri kita.  Kita mesti percaya dengan
 diri kita.  Bayangkan andainya kita sendiri tidak mempercayai diri kita, nah, bagaimana kita hendak mendapatkan kepercayaan orang lain.
   Pelik bukan.  Tuan punya diri tidak percaya pada dirinya, tetapi  
mengharapkan agar orang lain memberi kepercayaan kepada dia.  Jadi  
percaya diri adalah sikap yang paling utama harus dipupuk agar kita  
mampu menadapatkan kepercayaan orang lain. Ia penting dalam perniagaan. 
 Seterusnya sikap yang kita perlu ada atau pupuk adalah sikap tidak 
putus  asa.
3. Istiqamah dan Tidak Putus Asa
Setelah
 kita  mempercayai diri kita, kita perlu teruskan usaha tanpa ada rasa 
kecewa  atau putus asa.  Untuk berjaya, istiqamah amat penting.  Sayang 
seribu  kali sayang, ramai diantara kita yang terlalu rakus dalam 
mengejar  kekayaan.  Kekayaan tidak datang dalam sekelip mata dan ia 
tidak akan  hadir tanpa usaha.  Kekayaan segera hanyalah bersifat 
sementara waktu.   Pembaca mungkin tidak berapa setuju dengan kenyataan 
yang saya buat ini.   Tetapi percayalah kajian membuktikan kekayaan yang
 hadir dalam sekelip  mata akan musnah dalam sekelip mata juga.
Usaha
 yang berterusan  akan mempastikan kejayaan yang berkekalan.  Percayalah
 kejayaan seperti  ini akan melahirkan rasa kepuasan dan keberkatan yang
 lebih kepada kita.   Fokus pada kerja dan seterusnya lakukan 
yang terbaik tanpa  alasan.  Tingkatkan mutu kerja hari demi hari 
sehingga pada suatu ketika  nanti apabila kita sedari kita telah pun 
berada di puncak kejayaan dan  kekayaan. Ketika ini rasa kepuasan dan kesyukuran yang tiada terhingga sahaja yang mampu kita panjatkan pada Illahi.
4. Suka Beralasan
Selain
 daripada itu,  sikap suka memberi alasan juga bakal menutup potensi 
diri kita.  Untuk  berjaya kita sepatutnya tidak boleh memberi apa-apa 
alasan kecuali  berusaha.  Percayalah sekiranya alasan yang kita bina 
itu lebih kuat  daripada kehendak untuk berjaya, maka kejayaan masih 
jauh daripada kita.   Hari ini pelbagai cara manusia boleh mencipta 
kekayaan.  Kiosk yang  menjual selipar yang kita lihat di gedung 
pasaraya di sekitar kita itu  mampu memberi pulangan yang lumayan 
setimpal dengan gaji seorang ‘senior manager’  kepada 
pemiliknya.  Apa yang pemiliknya perlu buat hanyalah berusaha  dengan 
memastikan bahawa kedainya sentiasa terbuka.  Begitu juga dengan  
pendapatan seorang peniaga burger tepi jalan yang saya kenali, mampu  
membawa pulang pendapatan bersih antara RM5,000 hingga RM12,000 sebulan.
   Kunci kejayaannya juga adalah memastikan perniagaan burgernya 
sentiasa  dibuka.
5. Suka Pada Kerja
Satu
 lagi sikap yang  tidak kurang penting bagi memastikan kejayaan adalah 
sikap suka pada  kerja.  Ramai diantara kita yang mempunyai pemahaman 
bila mereka bosan  untuk bekerja makan gaji mereka mengambil keputusan 
untuk berniaga.   Tahukah anda untuk berjaya sebenarnya anda mesti suka 
kepada bekerja.   Bila kita ceburkan diri dalam bidang perniagaan budaya
 kerja yang  cemerlang itu kita hanya perlu pindahkan kepada perusahaan 
kita.   Barulah kita akan dapat mecetuskan momentum dan seterusnya 
menghasilkan  produktiviti untuk syarikat kita.  Jangan salah faham, 
dengan ideologi, “kami menceburi bidang perniagaan kerana dah bosan kerja, jadi kami ingin berniaga”.  Walaupun kita bekerja sendiri tetapi kita perlu fokus dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan perniagaan kita.
Lihatlah
 senario yang  saya kongsikan di atas, untuk berjaya seseorang itu hanya
 perlu mengubah  sikapnya terlebih dahulu.  Aduhai, adakalanya senak 
jiwa saya bila  memikirkan sikap bangsa yang terlalu banyak memberi 
alasan dan terlalu  banyak bercakap perkara yang tiada mendatangkan 
faedah.  Pada mereka  hanya pendapat mereka sahajalah yang betul, semua 
orang lain salah.   Namun apa yang mereka buat untuk kemajuan diri?  
Kehidupan mereka  semakin terhimpit dan kesalahan masih terletak dibahu 
orang lain.   Manusia begini hanya akan kecewa dengan kehidupan mereka 
ketika tiba  hari tua.
Hari
 ini untuk menjadi  kaya bukanlah satu mimpi indah di siang hari lagi, 
tetapi ianya sudah  mampu di miliki oleh sesiapa sahaja.  Anak muda yang
 mempunyai kesedaran  mampu memandu BMW 5 series dalam usia 28 tahun, 
dengan berpendapatan  RM30,000.00 sebulan.  Surirumah juga hari ini 
mampu meraih pendapatan  RM7,000–8,000.00 sebulan.  Peniaga burger mampu
 memiliki pendapatan  RM12,000.00 sebulan, dan kita hanya melihat sambil
 berkata, “ish ish ish, bilalah aku nak dapat pendapatan macam tu”,
  tanpa mahu menukar sikap kita.  Kini sudah tiba masanya untuk kita  
bangun dan menjadi bangsa yang berjaya.  Ubahlah pemikiran kita dengan  
mengubah sikap kita, kerana Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan.
Mutiara Kata dari Khalifah Ali Bin Abi Talib:
“Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.”
“Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.”






 
No comments:
Post a Comment