Tuesday 6 May 2014

Meet Ball

Bahan-bahan :

250-300gm Daging Cincang



Bawang putih – (umi tak letak)

Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus

Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya

1/3 cawan tepung gandum

2 biji telur – di pukul sedikit

1 sudu kecil serbuk lada hitam

Sedikit lada sulah

¼ cawan susu segar

Secubit allspice – (umi tak letak)

Sedikit minyak untuk mengguli

Garam secukup rasa



Cara-caranya:

Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)

Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.

Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.

Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.





Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.

2 sudu butter

1 1/2 sudu tepung gandum

sebiji tomato besar- di potong dadu

1 1/2 cawan air sejuk, *

100ml susu segar/susu cair *

3 sudu sos tomato *

3 sudu sos tiram *

2 sudu kicap manis *

2 sudu lada hitam *

1 cube ayam/ daging* - umi letak kiub ayam sbb tu je yg ado hehehehe



Cara-caranya:

Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.

Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.

Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur



yeayyyy senang je kan nak dapatkan bahan-bahannya....leh dapat kat mana-mana kedai kan....

ok ni pic meatball ngan gravy yg umi dah siap masak....utk meatball tu, umi kukus then goreng.....kalu ikutkan resepi kena grill kan...tapi umi suka yg garing-garing so umi goreng lah hehehehe 

ni dah siap senduk bok dalam pinggan

tunggu masa utk makan je

ooooo so yummeyyyy ok

Nasi Lemak Dengan Ayam Goreng Berempah



Nasi Lemak

Tumis bahan tumbuk, serai dan daun pandan dengan minyak dan butter.



Tuang santan dan garam dan masak sehingga mendidih.  Bila mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Pindahkan periuk ke rice cooker dan masaklah seperti biasa.




Ayam Goreng Berempah



Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci kunyit hidup**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering

1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Garam
Minyak untuk menggoreng.

Cara cara:

Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap. Perap selama 30 minit.



Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.
(blh letak jintan manis dan jintan putih)


Boleh dihidangkan.





Ayam Goreng Berempah Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil
1-2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau cili kisar (opsyenal)
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun limau purut - diracik halus
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar Halus:
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan Kisar Kasar:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit)
2 batang serai

Cara penyediaan:
Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.

Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar. 

Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best. Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra.






Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Dan bila garing, dibalik balikan supaya ianya masak rata.






Angkat dan toskan. Angkat sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali semasa menggoreng. Rempah ini yang sangat sedap. Kalau tak angkat terus nanti rempah-rempah tu hangit dan pahit. Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas







Bolehlah dihidangkan ketika panas-panas.

Nasi Ayam Original


Masak guna Pressure Cooker memang hebat, makanan sedap dan menyelerakan kerana 
wap tidak keluar.. kerana ia adalah pressuru cooker..
terima kasih sekali lagi kepda azie kitchen kerana resepi yang sedap ..






Malam ni, hubby ada meeting, tinggal saya dan anak anak di rumah. Jadi saya plan nak memasak nasi ayam original untuk makan malam. Bukan apa, bila masak nasi ayam, tak perlu nak sediakan banyak banyak lauk seperti nasi putih. Dalam perjalanan balik dari pejabat, singgah kedai runcit, beli ayam dan sedikit sayur sayuran. Saya mengambil resepi ini dari internet dan membuat sedikit perubahan yang mana perlu untuk disesuaikan dengan citarasa sendiri.  Sengaja mencuba resepi ini untuk mempelbagaikan resepi nasi ayam koleksi saya. 


Memang sedap nasi ayam ini sehingga Aween makan sebanyak 2 kali.  Katanya nasi ayam ini lebih sedap dari nasi ayam yang pernah saya buat sebelum ini.  Pada saya, semua nasi ayam yang pernah saya masak, semuanya sedap tapi sedap secara tersendiri.  Yang berbeza adalah cara ayamnya diperap dan dimasak sahaja. Tapi saya hanya makan sedikit sahaja kerana ingin mengurangkan makan nasi terutama di waktu malam memandang saya sedang berdiet.  


Jom layan resepinya ...

Nasi Ayam Original

Bahan untuk Nasi 
2 cawan beras 
1 inci kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
2 kuntum buah pelaga 
2 ulas bawang putih dicincang
3 sb mentega 
1 helai daun pandan
Garam (secukup rasa)

Bahan untuk Ayam dan Sup 
500 g Ayam 
2 sb kicap pekat 
1 sb sos cili 
1 sk minyak bijan
1 sb sos tiram 
20 g lobak jeruk 
1 inci halia dihiris memanjang 
1 ulas bawang putih dihiris memanjang 
Garam (secukup rasa)

Bahan untuk Sos Cili 
6 biji cili merah 
3 ulas bawang putih
1 inci halia 
1/2 cawan air rebusan ayam 
1 sk minyak bijan 
1 sk cuka 
2 sk gula 
Garam (secukup rasa)


Bahan untuk Kicap
Cili padi
Kicap manis cap kipas udang
Gula
Air rebusan ayam

Rebus ayam bersama sedikit garam, halia dan bawang putih hingga ayam masak dan empuk.




Keluarkan ayam dan ambil 2 cawan air rebusan untuk memasak nasi.

Air rebusan selebihnya direnih lagi bersama lobak jeruk, hirisan halia, dan bawang putih untuk dihidang sebagai sup. Taburkan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Seterusnya, campurkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan minyak bijan. Curah ke atas ayam dan gaul sebati.





Goreng ayam tanpa minyak hingga kering bersama sos. (Boleh juga jika mahu digoreng dengan minyak seperti biasa, tapi goreng sekejap sahaja secara touch n go)





Untuk nasinya, cairkan mentega dan tumis bawang putih, bunga lawang,  buah pelaga, kulit kayu manis dan daun pandan hingga wangi.




Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga rata.  Tuang 2 cawan air rebusan ayam, garam dan sedikit pewarna kuning, jika suka.






Untuk sos cili, kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam dan air rebusan ayam.





Untuk kicap, tumbuk cili padi. Masukkan kicap, gula dan air rebusan ayam. Kacau sebati.


Hidangkan nasi bersama ayam, sos cili dan juga kicap.





Bahan Perap utk Ayam Madu (option):
3 sb madu
3 sb kicap
3 sb sos tiram


Selamat Mencuba.

 Sedap Nyer Nasi Beriani Pakistan


T.KASIH ZIE KITCHEN.. MEMANG SEDAP SEHINGGA MENJILAT JARI.. izin simpan resepi dalam blog sendiri takut hilang plak..  




Yaa ampuun sedap nyer Nasi Beriani Pakistan. Sungguh tak tahan, tak boleh tahan. Saya minta juga untuk makan walaupun hubby tak membenarkan saya makan. huhuhu tak kan lah nak tengok saja depa anak beranak makan depan mata. Sedap ... tak boleh makan sikit, tambah sikit lagi dan lagi. Hancuish lah diet malam ni.


Saya belajar resepi nasi beriani Pakistan ini dari sahabat saya Oznaini yang memang lama tinggal di Arab dan Pakistan. Walaupun banyak resepi nasi beriani Pakistan di internet tetapi saya mahukan resepi yang memang telah dicuba, diuji dan terbukti kesedapannya. Berdasarkan apa yang diterangkan, saya menyalin dan menaip resepi dan meminta beliau mengesahkannya semula. Kot kot lah ada apa apa yang tertinggal. Walaupun ada rempah segera untuk membuat beriani ini tetapi untuk kali pertama, saya ingin cuba memasak sendiri dari awal. Hajat hati nak buat beriani daging atau kambing tapi mana nak cari daging fresh waktu petang gini, jadi terpaksalah settle dengan ayam sahaja.

Terima kasih kepada sahabat saya yang telah berkongsi resepi dan semoga perkongsian ini mendapat ganjaran pahala ilmu bermanafaat. Ameen. Cuba lah memang berbaloi baloi memasak sendiri nasi beriani.  Dengan kos tak begitu mahal, kita boleh makan 6 orang dengan menambah nambah. Ye la, kalau kat kedai beriani Pakistan tu, RM5
 hanya dapat 1 paha ayam jer.  Mana cukup kan? Nasi banyak tapi lauk kecil gitu. UPDATE: Klik di SINI untuk resepi Briyani Kambing pulak. Jom layan resepi di bawah.






Nasi Beriani Pakistan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit

3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave 
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas rebus  
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.





Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.




Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 




Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.






Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.




Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.


Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.




Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.




Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.


Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.





Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 




Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.




Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.





Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.


Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 





Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.







Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar 
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar


Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.






Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam


Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.





Selamat menjamu selera. Telur yang dikelar bagi menyerap perasa kuah telah menjadi rebutan.