Friday 28 June 2013

RAHSIA untuk Buat Bisnes Mudah dan Menguntungkan

Ramai yang cari bisnes yang mudah dan menguntungkan. Apakah bisnes yang mudah yang menguntungkan? Adakah yang seperti:

“Saya cuma guna sistem ni, tiap-tiap minggu RM10,000 masuk ke akaun saya”

Atau

“Anda cuma perlu melabur sebanyak RM10,000 untuk mendapat keuntungan RM5,000 setiap bulan”

Sementelah orang kita memang suka benda mudah, senang tapi mendatangkan keuntungan, ramai yang terjebak dalam skim cepat kaya, MLM haram jadah, skim piramid, dan entah apa macam lagi benda yang mendatangkan wang besar dengan mudah, termasuklah terpedaya dengan SMS dan email yang katanya nak pindahkan duit sekian-sekian jumlahnya.
Malah bukan sikit yang terjebak dengan MLM seperti di atas, yang menjanjikan pelbagai kesenangan, akhirnya menyedari diri ‘tertipu’ bila rupanya kena buat begini dan begitu.
Adat manusia barangkali, suka dengan kisah-kisah ‘alam khayalan’. Cinderella kahwin putera raja & live happily ever after. Cik Ela (minta maaf tak merujuk kepada sesiapa, sekadar nama) join bisnes ABC nak beli Mercedez akhirnya tinggal hutang piutang bertompok-tompok.
Salah satu puncanya ialah kurang mengkaji. Kita mudah tertipu dengan tawaran-tawaran yang berbentuk material. Tepat dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi ni:

“Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan”

Bila disogok dengan harta, terus gelap mata.
Kerana harta, anak beranak, adik beradik boleh berparang.
Sedarilah bahawa kebanyakan benda yang – terlalu bagus untuk dipercayai itu – biasanya sukar dipercayai.
Apa yang kita harus percaya ialah pepatan Arab yang menyatakan – man jadda wa jadd. Siapa yang berusaha maka dia yang berjaya.
Bukan tidak ramai mereka yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan, lebih2 lagi kerana ==> 9/10 daripada rezeki adalah dari perniagaan… Namun sayangkan kebanyakkanya habis di tengah jalan, kerana menyangka bisnes adalah mudah dan menguntungkan.
Jadi, jika ditawarkan atau ditemukan dengan sesuatu bisnes, kajilah terlebih dahulu, walaupun katanya untung boleh mencapai hingga 7 angka, selidiki dulu modus operandi, dan fikir secara logik. Kalau duduk di rumah bersenang-senang goyang kaki sambil tengok drama Korea boleh jadi jutawan, pasti dah tiada orang miskin dalam dunia ni. Dan dah tentu ramai peminat drama Korea yang jadi jutawan.
Namun, dalam apa saja bisnes, samada kecil atau besar, perlu ada keazaman dan usaha. Kejayaan tak datang bergolekk. Harus bersedia untuk berkorban. The more you give, the more you get.
Jadi, apakah tiada bisnes yang mudah lagi menguntungkan?
Pasti ada. Namun mudah itu bukanlah sekadar.. ada bisnes, lalu ada untung. Perlu ada usaha, perlu!
Antara bisnes mudah yang boleh dijalankan ialah:-
  • Dropship, mudah kerana tak perlu simpan stok.
  • Consignment, mudah kerana tak perlu modal permulaan.
  • Servis, mudah kerana hanya gunakan sumber yang ada.
  • Produk digital, mudah kerana tidak memerlukan stok yang nyata.
  • Menjadi ejen produk, mudah kerana tidak perlu keluarkan barang sendiri.
Namun, walaupun mudah namun bukan sekadar petik jari.
Selamat berbisnes. Bisnes memang mudah bila kita dah mulakannya :)

Terima kasih dari blog Blog to next level.. perkongsian ilmu..

No comments:

Post a Comment