Friday 28 June 2013

Revolusi Biznes Online

7 tahun lalu, bila sebut Shaklee, tak ramai orang tahu, terutama golongan muda. Biasanya yang tahu tentang Shaklee ialah orang-orang lama yanng pernah terjebak dengan Shaklee satu ketika dulu.
Maklumlah, produk Shaklee adalah dari pemasaran jaringan (network marketing) yang dijual secara terus kepada pelanggan (direct selling). Dulu-dulu ia dijalankan seperti MLM lain, jumpa orang, buat demo, cari downline dan sebagainya. Biasalah, direct selling macam itulah caranya kan. Memandangkan kos untuk pengiklanan diserahkan kepada pengedarnya, maka pengedarlah yang kena bergerak ke sana sini, buat home party, buka booth dan sebagainya.
Namun revolusi internet dalam perniagaan biz merubah segala-galanya.
Bisnes  yang berasaskan ‘product based’ (berlandaskan produk) tidak lagi memerlukan modal yang banyak, kecuali usaha yang gigih. Tapi, usaha gigih ni, dalam mana2 bisnes pun kena usaha gigih kan..
Meletakkan bisnes sebaris dengan perniagaan lain di internet. Malah ia lebih menjanjikan kerana produknya yang halal dan terbukti berkesan.
Bisnes online menjadi pilihan ramai wanita (dan kini jadi rebutan lelaki) kerana ia hanya dijalankan secara online. Bukan jualan saja secara online, malah coaching dan seminar juga dijalankan secara online. Jadi kami tak perlu kerap keluar, apa lagi ‘lunch meeting’ atau meeting larut malam untuk close deal. Semuanya dilakukan di atas talian, dari jualan hingga mencari wakil di satu Malaysia, Asia dan dunia!
Kami menitikberatkan ilmu dalam berniaga, terutama ilmu tentang produk. Selain dari mengutip ilmu produk secara online, pihak syarikat juga menyediakan bengkel-bengkel nutrisi  dan ceramah2 kesihatan untuk pengedarnya. Pengetahuan tentang produk amatlah penting kerana produk kesihatan tidak seperti produk makanan. Lebih-lebih lagi di negara kita, kesedaran tentang produk kesihatan masih belum jelas. Ramai yang menganggap produk kesihatan (vitamin) seperti ubat – dah sakit baru makan. Dan ada juga yang nak makan 10 biji vitamin C sehari supaya kesannya cepat.

No comments:

Post a Comment