5 SIKAP POSITIF YANG PERLU ADA....
1. Berhenti mengomplen.
Hentikan
sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap kali
Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi
negatif seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan
rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya
tak maju-maju. JIka Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.
2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.
Elak
untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda lebih bagus,
lebih pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih
berjaya. Ini akan menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego,
Anda tak ada dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat
kemajuan orang lain. Anda tak ada dorongan nak berusaha, sebab Anda
sakit hati.
3. Banyak berfikir memperbaguskan diri
Sebaik-baik
kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga tepi
kain orang lain. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu
menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan pencapaian mereka.
Dari Anda sibuk memikir hal orang, lebih baik sibuk berfikir
kelemahan diri lalu berusaha memperbaikinya.
4. Hormati, kagumi, sanjungi.
Hormati
sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan yang
Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi
pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan
membuat Anda bermotivasi. Jangan pandang orang berdasarkan
jawatan,kerja,pangkat, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja,walau
siapapun dia. Ini menjadikan Anda sentiasa bermotivasi lantas menjadikan
apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya sebab
kesenangan hati orang yang selesa bergaul dengan Anda akan menjadi doa
kejayaan Anda. Kebencian orang pada Anda akan menjadi doa juga, iaitu
doa untuk menjatuhkan Anda. Buat baik di balas baik, buat jahat di
balas jahat.
5. Doakan orang lain supaya jadi berjaya.
Anda
bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda
lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Bantu orang lain
untuk berjaya, pandanglah dia sebagai orang ada potensi untuk
berjaya. Doakan kejayaan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali
Anda bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi
positif yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang
akan membuat Anda bersemangat sentiasa.
No comments:
Post a Comment