Sikap
memainkan peranan yang amat penting untuk berjaya. Berdasarkan hasil
kajian terhadap golongan yang berjaya, 85% kejayaan yang dimiliki oleh
individu yang berjaya adalah dipengaruhi oleh sikap, manakala baki 15%
lagi adalah dari segi kepakaran atau teknikal.Jadi sikap yang positif
benar-benar memainkan peranan yang positif untuk berjaya.
Orang
yang berjaya di luar sana sebenarnya bukanlah 100 kali lebih bijak
atau 1000 kali lebih bernasib baik daripada kita, tetapi mereka
mempunyai 1 sahaja kelebihan iaitu bersikap positif. Bercakap
soal positif ini, kita selalu ingat bahawa untuk berjaya mesti
berfikiran positif. Maka dengan itu kita cuba memikirkan semua urusan
secara positif. Malangnya, semakin difikir secara positif semakin
banyak unsur negatif yang hadir. Di manakah silapnya? Menurut kata
pakar motivasi sebut perkataan yang positif setiap hari, ulangi
kata-kata positif setiap waktu, lakukan pekerjaan dengan cara yang
positif. Namun ianya tidaklah semudah yang diucap. Bagaimana
sebenarnya untuk mendapatkan sikap positif ini?
1. Berfikiran Positif Bukan Lakonan.
Berfikiran
positif, bersikap positif berlagak positif bukan boleh dilakonkan. Ia
perlu lahir daripada pemahaman yang betul terhadap keupayaan dan
kehebatan minda. Tiada gunanya berfikir secara positif tetapi
jauh di sudut hati masih ada rasa takut, tidak percaya, tidak yakin,
buntu, malas, risau, gelisah, gundah, kecewa dan sebagainya. Sekiranya
perasaan ini masih timbul jauh di sudut hati, walaubagaimana kita
paksa sekali pun, pemikiran positif itu tidak mampu hadir. Mungkin
kita boleh rasakan tetapi begitu sekejap ia datang dan selebihnya kita
masih diselimuti rasa negatif.
2. Kepentingan Sikap Yakin Diri.
Para
pembaca budiman, untuk berjaya, kita harus memiliki sikap untuk
berjaya. Kita mesti yakin dengan diri kita. Kita mesti percaya dengan
diri kita. Bayangkan andainya kita sendiri tidak mempercayai diri kita, nah, bagaimana kita hendak mendapatkan kepercayaan orang lain.
Pelik bukan. Tuan punya diri tidak percaya pada dirinya, tetapi
mengharapkan agar orang lain memberi kepercayaan kepada dia. Jadi
percaya diri adalah sikap yang paling utama harus dipupuk agar kita
mampu menadapatkan kepercayaan orang lain. Ia penting dalam perniagaan.
Seterusnya sikap yang kita perlu ada atau pupuk adalah sikap tidak
putus asa.
3. Istiqamah dan Tidak Putus Asa
Setelah
kita mempercayai diri kita, kita perlu teruskan usaha tanpa ada rasa
kecewa atau putus asa. Untuk berjaya, istiqamah amat penting. Sayang
seribu kali sayang, ramai diantara kita yang terlalu rakus dalam
mengejar kekayaan. Kekayaan tidak datang dalam sekelip mata dan ia
tidak akan hadir tanpa usaha. Kekayaan segera hanyalah bersifat
sementara waktu. Pembaca mungkin tidak berapa setuju dengan kenyataan
yang saya buat ini. Tetapi percayalah kajian membuktikan kekayaan yang
hadir dalam sekelip mata akan musnah dalam sekelip mata juga.
Usaha
yang berterusan akan mempastikan kejayaan yang berkekalan. Percayalah
kejayaan seperti ini akan melahirkan rasa kepuasan dan keberkatan yang
lebih kepada kita. Fokus pada kerja dan seterusnya lakukan
yang terbaik tanpa alasan. Tingkatkan mutu kerja hari demi hari
sehingga pada suatu ketika nanti apabila kita sedari kita telah pun
berada di puncak kejayaan dan kekayaan. Ketika ini rasa kepuasan dan kesyukuran yang tiada terhingga sahaja yang mampu kita panjatkan pada Illahi.
4. Suka Beralasan
Selain
daripada itu, sikap suka memberi alasan juga bakal menutup potensi
diri kita. Untuk berjaya kita sepatutnya tidak boleh memberi apa-apa
alasan kecuali berusaha. Percayalah sekiranya alasan yang kita bina
itu lebih kuat daripada kehendak untuk berjaya, maka kejayaan masih
jauh daripada kita. Hari ini pelbagai cara manusia boleh mencipta
kekayaan. Kiosk yang menjual selipar yang kita lihat di gedung
pasaraya di sekitar kita itu mampu memberi pulangan yang lumayan
setimpal dengan gaji seorang ‘senior manager’ kepada
pemiliknya. Apa yang pemiliknya perlu buat hanyalah berusaha dengan
memastikan bahawa kedainya sentiasa terbuka. Begitu juga dengan
pendapatan seorang peniaga burger tepi jalan yang saya kenali, mampu
membawa pulang pendapatan bersih antara RM5,000 hingga RM12,000 sebulan.
Kunci kejayaannya juga adalah memastikan perniagaan burgernya
sentiasa dibuka.
5. Suka Pada Kerja
Satu
lagi sikap yang tidak kurang penting bagi memastikan kejayaan adalah
sikap suka pada kerja. Ramai diantara kita yang mempunyai pemahaman
bila mereka bosan untuk bekerja makan gaji mereka mengambil keputusan
untuk berniaga. Tahukah anda untuk berjaya sebenarnya anda mesti suka
kepada bekerja. Bila kita ceburkan diri dalam bidang perniagaan budaya
kerja yang cemerlang itu kita hanya perlu pindahkan kepada perusahaan
kita. Barulah kita akan dapat mecetuskan momentum dan seterusnya
menghasilkan produktiviti untuk syarikat kita. Jangan salah faham,
dengan ideologi, “kami menceburi bidang perniagaan kerana dah bosan kerja, jadi kami ingin berniaga”. Walaupun kita bekerja sendiri tetapi kita perlu fokus dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan perniagaan kita.
Lihatlah
senario yang saya kongsikan di atas, untuk berjaya seseorang itu hanya
perlu mengubah sikapnya terlebih dahulu. Aduhai, adakalanya senak
jiwa saya bila memikirkan sikap bangsa yang terlalu banyak memberi
alasan dan terlalu banyak bercakap perkara yang tiada mendatangkan
faedah. Pada mereka hanya pendapat mereka sahajalah yang betul, semua
orang lain salah. Namun apa yang mereka buat untuk kemajuan diri?
Kehidupan mereka semakin terhimpit dan kesalahan masih terletak dibahu
orang lain. Manusia begini hanya akan kecewa dengan kehidupan mereka
ketika tiba hari tua.
Hari
ini untuk menjadi kaya bukanlah satu mimpi indah di siang hari lagi,
tetapi ianya sudah mampu di miliki oleh sesiapa sahaja. Anak muda yang
mempunyai kesedaran mampu memandu BMW 5 series dalam usia 28 tahun,
dengan berpendapatan RM30,000.00 sebulan. Surirumah juga hari ini
mampu meraih pendapatan RM7,000–8,000.00 sebulan. Peniaga burger mampu
memiliki pendapatan RM12,000.00 sebulan, dan kita hanya melihat sambil
berkata, “ish ish ish, bilalah aku nak dapat pendapatan macam tu”,
tanpa mahu menukar sikap kita. Kini sudah tiba masanya untuk kita
bangun dan menjadi bangsa yang berjaya. Ubahlah pemikiran kita dengan
mengubah sikap kita, kerana Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan.
Mutiara Kata dari Khalifah Ali Bin Abi Talib:
“Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.”
“Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang yang berani.”
No comments:
Post a Comment