Persoalan paling utama ataupun lebih tepat jika disebut alasan paling
utama untuk seseorang untuk tidak memulakan perniagaan adalah MODAL.
Modal yang dimaksudkan adalah duit tunai.
Saya pernah menghadiri banyak seminar dan perjumpaan usahawan dengan wakil rakyat. Persoalan utama yang selalu dibangkitkan.
“Kami tak ada duit, macam mana nak start perniagaan ?”
“Bank kejam kerana tidak mahu beri pinjaman kepada peniaga kecil”
“Kenapa kerajaan tidak meluluskan gran (duit free) untuk perniagaan kami ?”
“Kerajaan patut bantu kami untuk maju, apa guna kami sokong kerajaan ini ?”
Wakil rakyat pula akan dengar rungutan ini dan akan menjawab, “Saya
telah dengar segala rungutan ini dan saya akan panjangkan kepada boss
saya untuk tindakan yang lanjut. Kami faham masalah anda dan akan cuba
sedaya upaya untuk selesaikan”
Ini adalah skrip biasa yang dihalwakan dalam telinga usahawan.
Setelah selepas majlis itu, wakil rakyat dan usahawan ini akan melupakan
perkara ini.
Jawapan dari saya:
1. Untuk meminjam dari bank, anda perlu buktikan yang anda mampu
membayar balik. Ini adalah persoalan asas dari bank. Sama juga jika kita
sendiri yang meminjamkan wang kita kepada orang lain.
2. Jika perniagaan anda mempunyai masa depan dan meyakinkan, dan
rekod perbankan anda cantik, bank pasti akan bagi duit. Memang bisnes
model bank adalah membuat keuntungan dari pinjaman yang diberikan. Ini
adalah peluang perniagaan bagi mereka, kenapa perlu mereka tolak ?
Kerana perancangan anda tidak meyakinkan atau rekod anda buruk.
Jadi anda tidak dapat modal dari pelabur adalah atas beberapa sebab iaitu :-
1. Anda belum pernah buktikan apa-apa. Saya tahu bahawa anda yakin dengan perancangan bisnes anda. Semua orang pun yakin dengan perancangan bisnes mereka.
2. Bisnes yang anda rancang memang tak ada masa depan.
Jika anda masih yakin dengan perancangan bisnes anda. Teruskan dengan
apa yang ada. Jangan la nak mengharapkan kerajaan atau bank untuk
berikan pinjaman atau bantuan gran.
OK. berbalik kepada persoalan asal.
Adakah anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan ?
Sebenarnya anda boleh memulakan perniagaan dengan modal yang kecil atau tanpa sebarang modal.
Sebagai manusia, kesemua kita sudah dikurniakan dengan modal yang sedia ada. Iaitu modal dalam bentuk…
1. Masa 24 jam sehari
2. Otak dengan akal dan fikiran
3. Tubuh badan yang mempunyai tenaga
4. Manusia lain yang mempunyai semua 3 modal di atas.
Fikir dengan 4 modal utama ini, apa yang boleh anda lakukan. Saya akan
sediakan beberapa cara di bawah ini. Jika anda ingin membuat bisnes yang
kecil, mulakan dengan mencari apa
masalah yang anda boleh selesaikan ? dan mendapat wang dari
penyelesaian ini.
a) Menawarkan Khidmat Percuma
Anda boleh menawarkan khidmat membuat website jika anda pandai
membuat website. Jika klien ini tak nak anda buat website. Cakap pada
klien tersebut.
“Jangan risau, saya akan buat website ini secara percuma, jika anda suka nanti baru bayar”
Ini salah satu cara untuk kita membina pelanggan. Jika kerja yang
anda buat itu baik, tidak ada orang yang tidak akan bayar. Jika dia tak
bayar pun, dia akan promosikan kepada rakan-rakannya. Anda kini sudah
mempunyai seorang marketing agent.
b) Mencari Rakan Trading
Trading yang sama maksudkan disini adalah mencari rakan niaga strategik
yang dapat kita bertukar ilmu dan kepakaran. Anda inginkan sebuah
website tetapi anda tidak mempunyai modal. Anda
perhatikan diri anda dan lihat apa yang anda boleh buat. Jika anda mampu
untuk mengajar memasak. Mungkin anda boleh offer dalam mudah.my atau
dalam facebook bahawa anda boleh mengajar memasak kepada student
universiti sebagai trading untuk membuat website.
Bagi anda memasak adalah mudah, bagi student itu membuat website
adalah mudah. Jadi anda dapat website, student itu mendapat ilmu
memasak.
c) Menawarkan Servis
Sebagai seorang manusia, tentu ada kemahiran anda yang anda sudah mahir.
Mengajar ilmu kepada orang lain adalah servis yang mudah yang tidak
memerlukan anda mengeluarkan modal.
Jika anda mampu mengajar pelajar universiti anda boleh menyediakan
tuisyen untuk mereka, jika anda tidak mampu, ajarlah budak sekolah
menengah, jika masih tidak mampu, ajarlah budak sekolah rendah.
Jika masih tidak mampu, adakah anda tahu menulis dan membaca ?
Terdapat orang yang tidak tahu membaca dan menulis. Jadi tawarkan servis
ini kepada mereka. Kepada kanak-kanak di Tadika.
Walaupun ramai parent yang tahu menulis dan membaca, mereka mungkin
tidak mempunyai masa untuk ini. Jadi tawarkan servis ini kepada mereka
untuk mengajar anak-anak mereka membaca dan menulis.
Jika anda tidak tahu membaca dan menulis. Tawarkan apa-apa kemahiran yang anda tahu. Di negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat terdapat kursus seperti Kursus Mengosok Baju,
Kursus Makan Secara Formal, Kursus Memikat Wanita, Kursus Mengajar
Bahasa Isyarat, dan banyak lagi
Bagi saya secara peribadi, alasan modal adalah alasan paling tidak
logik untuk diberikan jika anda ingin bekerja sendiri atau memulakan
perniagaan.
Usahawan adalah seorang yang mengabungkan sumber yang ada untuk
mencapai objektifnya. Sumber ini boleh jadi tanah pertanian, rakan yang
ramai, minat yang mendalam dalam satu-satu bidang atau apa saja yang
anda dapat gunakan untuk mencapai objektif anda.
Adakah anda masih perlukan modal ?
Jika jawapan anda Ya, anda sesuai kekal sebagai seorang pekerja makan gaji sepanjang hidup anda.
Bekerja makan gaji adalah cara terbaik menjadi binatang peliharaan
yang berada di dalam kandang, berkawan dengan rakan-rakan yang terhad,
tiada kebebasan, terpaksa dengar arahan boss, membuat kerja yang tidak
disukai, dipersalahkan atas semua kesalahan dan yang paling utama, makan
gaji adalah kareer yg palingg berisiko. Anda boleh dipecat bila-bila
masa. Tapi masyarakat mengajar kita, kerja makan gaji adalah kerja yang
selamat.
No comments:
Post a Comment