KAEDAH BERNIAGA IRFAN KHAIRI
"Pelajari bukan 8, bukan 15, bukan 20,
TETAPI 101 Cara Promosi Perniagaan
Internet Anda!"
TETAPI 101 Cara Promosi Perniagaan
Internet Anda!"
94% perniagaan Internet gagal dalam tahun pertama. Sebab utamanya adalah kurangnya promosi. JANGAN jadikan perniagaan Internet anda sebahagian dari statistik ini!
FAKTA:
94% Perniagaan Internet gagal dalam tahun pertama
FAKTA:
Sebab utama kegagalan perniagaan Internet adalah kurangnya PROMOSI
FAKTA:
Usahawan Internet sering didedahkan kepada hanya beberapa cara promosi sahaja seperti Enjin pencari, Direktori, Iklan banner, Email, Blog, Forum, Affiliate dan Pay-Per-Click.
FAKTA:
Jutawan-jutawan Internet dunia mengetahui lebih banyak lagi cara PROMOSI yang tidak diceritakan dalam ebook-ebook perniagaan Internet biasa!
FAKTA:
Teruskan bacaan anda untuk mempelajari 101 Cara Promosi perniagaan Internet anda! |
Lebih
banyak anda mencuba dalam perniagaan, lebih hampir
anda kepada kejayaan. Ini adalah kerana dalam
perniagaan dan kejayaan, segalanya adalah mengikut
kebarangkalian (probability).
Sekiranya
anda mencuba 10 teknik promosi yang berlainan,
kebarangkalian salah satu daripada 10 teknik
tersebut mungkin menghasilkan pelanggan yang ramai
adalah tinggi. Tetapi, sekiranya anda hanya
mencuba 3 teknik promosi, kebarangkalian menjumpa
teknik promosi yang berjaya adalah rendah.
Bayangkan
sekiranya anda mengetahui 101 teknik promosi.
Kebarangkalian anda jumpa dengan teknik promosi
yang ideal dan menghasilkan pelanggan paling ramai
adalah amat tinggi!
Perbanyakkan
cara promosi anda supaya kebarangkalian untuk anda
jumpa teknik promosi yang terbaik untuk perniagaan
anda adalah tinggi. Jangan mengharapkan 2-3
teknik promosi sahaja oleh kerana kebarangkalian
untuk anda jumpa teknik promosi yang terbaik adalah
rendah.
Pemain
baseball yang menghasilkan home-run (pukulan
bola melebihi sempadan arena stadium!)
paling banyak sekali didunia adalah pemain
yang paling banyak sekali terpaksa strike-out
(pemain dikeluarkan oleh kerana pukulan tidak mengena
bola). Bila ditanya mengapa ini terjadi, beliau menjawab… “kebarangkalian saya mendapat home-run adalah tinggi oleh kerana percubaan saya adalah tinggi. Lebih banyak kali saya strike-out, maka saya tahu, lebih hampir saya mendapat satu home-run!" |
Soalan yang saya sering terima daripada mereka yang baru memulakan perniagaan adalah:
"Apakah cara terbaik untuk mempromosikan perniagaan Internet?"
Jawapan yang saya berikan sering menghampakan yang bertanya.
Sebenarnya, tiada satu tempat pun yang terbaik untuk promosi semua jenis perniagaan. Ia
bergantung kepada produk anda, harga, pelanggan
anda dan juga wang yang anda sanggup laburkan dalam promosi.
Sebagai
contoh, medium promosi terbaik menjual suplemen
kesihatan adalah berbeza dengan medium promosi
terbaik menjual buku. Medium promosi terbaik
peralatan komputer adalah berbeza dengan medium
promosi terbaik barang perhiasan.
Oleh
kerana ramai usahawan Internet yang tidak faham
konsep ini, maka timbulnya keadaan "Mengapa
perniagaan saya tidak maju walaupun saya telah
menggunakan strategi promosi mereka yang berjaya?"
Tahukah
anda apakah cara paling efektif untuk anda
mempromosikan produk anda untuk mencapai pelanggan
yang mempunyai kebolehan kewangan membeli dari
anda?
Cuba
pelbagai media untuk memastikan jawapan anda.
Terus cuba dan cuba setiap medium promosi dan
rekodkan jualan anda sehingga anda jumpa medium
promosi yang memberi pulangan terbaik untuk anda.
Dalam mempromosikan perniagaan anda menggunakan beberapa media promosi, tahukah anda bahawa 1 + 1 tidak menjadi 2?
Maksud
ini adalah, sekiranya anda promosi perniagaan anda
menggunakan kad bisnes sahaja, mungkin anda
mendapat 5 pelanggan. Kemudian, anda menggunakan
brochure sahaja untuk mempromosi perniagaan anda,
mungkin anda mendapat 5 pelanggan lagi.
Namun
sekiranya anda gabungkan promosi kad bisnes (dan
mendapat 5 pelanggan) dan brochure (mendapat 5
pelanggan), sebenarnya anda tidak akan dapat 10
pelanggan, tetapi lebih dari itu- mungkin 15,
mungkin 20, mungkin 30… mungkin lebih!
Dalam
promosi, 1 + 1 cara promosi tidak menjadi 2.
Fikirkan apa yang anda akan perolehi dengan
mengetahui 101 cara promosi!
ANTARANYA IALAH :
Mendapatkan pelanggan baru dan menambahkan pelanggan sedia ada
Kebanyakan perniagaan memberi tumpuan untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru. Tahukah
anda, ianya lebih mudah dan murah untuk membuat
jualan kepada pelanggan-pelanggan sedia ada
(pelanggan lepas)?
Ini adalah kerana kos pengiklanan untuk mendapatkan seorang
pelanggan baru adalah jauh lebih mahal berbanding dengan
mendapat pelanggan sedia ada.
Ia dikatakan bahawa 80% keuntungan sesuatu perniagaan datangnya daripada 20% pelanggan anda. Ini
bermakna, pelanggan setia atau pelanggan
berulang adalah punca keuntungan maksimum
perniagaan anda.
Untuk memaksimakan keuntungan sesuatu perniagaan, pelanggan
sedia ada merupakan aset yang amat penting dalam mencipta
pengguna setia.
Selamat mencuba kaedah yang ternyata berkesan ini...
No comments:
Post a Comment