Monday 30 September 2013

Perkongsian kebaikan Sabun mADU Dan Pemakanan Madu dari Amway

Perkongsian pengalaman dari blog aku cerita aku.. Tqvm.~~

Khasiat Madu Asli


Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optimum. Sepertimana kandungan-kandungan yang dihasilkan oleh lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen serta propolis, terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenalpasti. Lebih menarik lagi bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan sendiri oleh kepintaran manusia atau dengan kecanggihan teknologi kimia yang ada kerana hanya Allah yang maha mengetahui setiap sesuatu kejadian dimuka bumi ini.

Pernahkan anda terfikir bahawa di dalam madu terdapat banyak sekali vitamin yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita? Bukti yang sangat kuat ada dinyatakan oleh Allah di dalam surah Al-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud, 

"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan".

Bukan sahaja pengikut ajaran Islam yang mengamalkan dan percaya bahawa madu mampu menyembuhkan 1001 penyakit, bahkan semua pengikut agama yang ada di dunia ini tahu dan percaya akan khasiat yang terdapat di dalam madu.

Antara fungsi madu dan peranannya :-
1) Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan.
2) Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
3) Campurkan sedikit cuka untuk merawat arthirik sendi.
4) Sapu pada muka (masker) untuk merawat jerawat mahupun melembutkan kulit.
5) Sapukan pada luka sama ada kemalangan, lecur, terbakar atau apa sahaja kecederaan luaran.
6) Menjadi sumber tenaga dalaman yang sangat berkesan dan hebat tidak seperti gula pasir.
7) Boleh merawat ulcer dalam perut akibat sistem penghadaman yang tidak teratur.
8) Kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi.
9) Memulihkan sel-sel urat besar.
10) Meransang tenaga batin.
11) Membersih dan menambah darah.
12) Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
13) Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

KELEBIHAN
A. BAYI / KANAK-KANAK
1) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
2) Menyembuhkan dengan segera cirit birit.
3) Mengelak dari serangan cacing perosak dalam perut.
4) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

B. REMAJA
1) Membantu menghilangkan masalah jerawat (sapu sebagai masker serta amalkan minum).
2) Membantu menyempurnakan kesihatan yang berkekalan.

C. WANITA
1) Menambahkan kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
2) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
3) Melambatkan penuaan.
4) Membekalkan tenaga yang optimum kepada wanita khususnya suri rumah tangga akibat penat bekerja seharian di rumah selain menjaga anak-anak dan suami.

D. LELAKI
1) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
2) Menguatkan tenaga batin.
3) Bersemangat dan penuh yakin apabila melakukan kerja seharian.

E. PENGHIDAP DIABETES
1) Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula dengan madu untuk minuman dan makanan)
2) Mengeringkan dan memperbaiki tisu-tisu kulit akibat luka yang dialami.

F. UNTUK SEMUA
1) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
2) Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air.
3) Memulihkan penyakit berpanjangan.
4) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
5) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
6) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
7) Memulihkan batuk dan lelah (semput).
8) Menghindarkan badan dari letih dan lesu.
9) Mengurangkan kesakitan bila datang haid (senggugut).
10) Baik untuk wanita bersalin.
11) Membantu untuk menyembuhkan sakit mata dan menerangkan penglihatan dengan cara menitiskan sedikit madu ke dalam mata.

G. IBU MENGANDUNG
1) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa hendak melahirkan.
2) Mencegah kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

H. ANAK DALAM KANDUNGAN
1) Kandungan antibiotik dalam madu akan membunuh pelbagai kuman.
2) Zat galian membantu menguatkan janin.
3) Kulit akan bersih dan sihat kerana terdapat vitamin C.
4) Pertumbuhan fizikal dan mental.
5) Terhindar Hepatitis B.

I. BAYI BARU DILAHIRKAN
1) Membuang lendir yang terminum oleh bayi yang akan menyebabkan lelah.
2) Membersihkan perut bayi dari najis atau kekotoran di dalam perutnya.
3) Membesar dengan sempurna dan sihat.
4) Terhindar dari kembung perut.

J. IBU SELEPAS BERSALIN
1) Amalkan madu bersama set jamu untuk membina darah bagi menyembuhan luka dalam perut dan rahim.
2) Membantu proses penghadaman dan pelawasan pembuangan air.

* Amalkan makan dan menggunakan madu dengan membaca bismillah, selawat ke atas Rasul 3x serta yakin atas musibah yang menimpa diri pasti ada penawarnya kecuali mati.......

PERKONGSIAN PENGALAMAN

PERTAMA:

Pengalaman ini datangnya dari diri saya sendiri. Saya pernah mengalami masalah kulit yang sangat teruk iaitu di muka. Senang cakap jerawat. Tapi jerawat saya bukan macam orang lain. Sekali tumbuh, lama sangat nak baik. Bernanah je. Malu saya nak berjumpa dengan kawan-kawan dan juga guru-guru. Walaupun saya dulu seorang pengawas dan sering ke mana sahaja yang diarahkan guru untuk menghantar laporan serta menjalankan tugas. Sehinggalah saya ke tingkatan 6. Masa itu muka saya sangat teruk sehinggakan kalau saya tengok dalam gambar, muka saya yang putih ini menjadi hitam akibat jerawat tersebut. Saya pun tak tahu nak bagitahu macam mana. Tapi itulah hakikatnya apabila saya mengalami jerawat yang sangat teruk. Kadang kala kawan-kawan saya yang perasan ada darah di muka saya sedangkan saya tidak rasa apa-apa dan perasan apa-apa pun. Mungkin juga dah sebati dengan luka di muka akibat jerawat sebab itulah saya tidak berasa apa-apa. Dahsyatkan...

Sampailah satu ketika, mak saya mengesyorkan saya membuat masker dengan madu manuka yang dikeluarkan oleh syarikat Amway di mana madu tersebut banyak kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri. Saya juga dah putus asa dengan produk lain kerana mak saya dah banyak berhabis duit semata-mata untuk memulihkan masalah yang saya hadapi. Mak saya pengamal set madu daripada syarikat Amway di mana terdapat madu maduka, bee pollen dan royal jelly. Selepas mak saya makan ubat tersebut, mak saya menyarankan supaya saya menggunakan baki madu bersama royal jelly dan bee pollen yang mak saya campurkan sekali untuk saya sapukan ke muka. Mak saya juga memberikan saya botol madu manuka yang telah habis digunakan (masih ada baki madu lagi di dalamnya tetapi tidak banyak) untuk saya gunakan sebagai masker.

Bukan kerana tidak mampu, akan tetapi mak saya ingin melihat sejauh mana perubahan yang saya alami selepas menggunakan madu tersebut. Alhamdulillah, berkah kesungguhan dan kesabaran serta keyakinan saya, hasil yang diperoleh sangat memuaskan. Muka saya kembali bersih. Bersih sebersihnya. Kawan-kawan semua terkejut kerana tidak menyangka muka saya tidak seperti dulu. Saya juga turut menggunakan sabun madu untuk dijadikan sebagai pencuci muka. Amalkan makan sesudu pagi dan sesudu malam madu manuka pada awalnya dan mengamalkan sapu madu di muka sebelum tidur. Jangan bimbang kerana madu manuka adalah madu asli. Tidak akan ada semut yang hinggap di muka pada keesokan harinya.

Buat sesuatu hendaklah yakin dan tawaduk. Saya bersyukur sangat kerana saya tidak perlu berhabis ribuan ribu ringgit semata-mata mahu membuat rawatan muka. Saya akan pastikan saya mengamalkan pemakanan madu diusia sekarang sehinggalah saya menjangkau usia emas kelak. Saya memegang pada kata-kata bahawa firaun tidak reput-reput jasadnya kerana beliau turut mengamalkan madu asli semasa hayat beliau. Begitu juga dengan ratu lebah. Ratu lebah sahaja yang diberikan kuasa untuk memakan Royal Jelly yang ada di dalam sarang lebah. Lebah pekerja tidak dibenarkan sama sekali untuk memakan makanan tersebut. Begitulah ketahanan diri yang ada pada ratu lebah yang mampu bertahan untuk menghasilkan 2000 biji telur setiap hari untuk meneruskan kelangsungan hidup. Saya akan pastikan diri saya juga mampu bertahan seperti itu serta penuh keyakinan dalam melakukan sesuatu perkara.

Seorang mentor saya ada memberitahu bahawa, jika kita sebagai orang Islam tidak mempercayai khasiat madu, maka di manakah akidah kita? Sedangkan Allah telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa Madu adalah penawar segala macam penyakit. Maka terpulanglah pada diri kita masing-masing.


Sebelum

Selepas

KEDUA:

Kisah ini saya baru sahaja peroleh dari seorang kenalan yang mana beliau telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seorang mak cik. Beliau mengalami lelah atau semput yang sangat teruk sehinggakan hendak bercakap pun beliau memegang dada dan berkata, "tolonglah akak. Akak tak tahu nak makan ubat apa lagi". Anda percaya atau tidak, sekarang masalah mak cik tersebut hilang di sebabkan beliau mengamalkan set madu manuka. Perkembangan terbaru, mak cik tersebut beraya bersama anak dan cucu di Kuala Lumpur tanpa ada sebarang masalah.

KETIGA:

Kisah anak mentor saya yang terkena bucu dinding dan dahi anaknya terkoyak. Beliau menyapukan madu pada luka. Agak pedih sedikit akan tetapi kesan selepas itu memang mujarab. Darah berhenti dan perkara yang paling penting adalah, luka tersebut tidak perlu dijahit.

KEEMPAT:

Masalah jantung sering mengganggu pesakit yang mengalaminya. Duit banyak dihabiskan semata-mata untuk membuat rawatan susulan dan membeli ubat. Terbaru, ada pesakit jantung menggunakan set madu dan mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh. Beliau sanggup berhabis beribu-ribu ringgit untuk membeli beberapa ubat lain dan juga beberapa botol lagi set madu sebagai simpanan. Beliau menyatakan bahawa, "apalah sangat dengan RM3000 ni jika nak dibandingkan dengan RM8000 yang saya habiskan untuk rawatan berjumpa pakar". Kesannya sekarang, beliau telah pergi ke tanah suci Mekah untuk menjalankan dan mengerjakan ibadah haji di sana. Tahniah kepada beliau!

No comments:

Post a Comment