Thursday 19 September 2013

Supplement untuk kesuburan sperma lelaki

Best best dan sangat best......aku tk perlu cerita panjang tentang CoQ10.
just baca jer artikel yg aku petik dari perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad. dia adalah seorang pakar dan aku pon tk susah2 nk cerita kenapa CoQ10 ni hebat.

Ilmu yg doktaor kongsi ni kira baru la bg aku sebab selama ini apa yg aku tahu CoQ10 untuk org yg mementingkan kesihatan jantung nya. 

Aku selalu beli CoQ10 ni untuk ayah tersayang... alhamdulillah ayah nk makan vitamin yg aku bg untuk ayah. Bangga weh, ayah aku ni seorang yg agak degil sikit la.....dia tahu dia ada sakit tapi tknk jumpa doktor....ayah aku ada kencing manis tahap yg membinbangkan....selalunya memeng belas-belas dan pernah cecah sampai 20++++

Mak aku selalu update aku pasal kesihatan ayah.....sampai satu tahap disebabkan ayah yg tknk jaga permakanan, kakinya tetiba bengkak dan keluar nanah setiap 3 hari kena bawak g klinik cuci.....weh la aku memikirkan apa akan jadi seterusnya. Doktor pon dah ingatkan ayah aku kena jaga makan klu tknk potong jari dan akhir nt mungkin akan merebak sampai kaki.

aku yg memang selalu risaukan kesihatan ayah terus rujuk pada yg pakar apa yg patut ayah aku makan untuk kembaili sihat tknk sampai potong kaki nt.

Pakar pemakanan nasihatkan aku untuk bagi ayah aku makan CoQ10, Double X, Vitamin C dan Protein. Aku memang tahu pasal vitamin ini mana nk dapat sebab aku adalah pengedar sah Amway.
So aku beli dan ambik cuti balik kg  untuk hantar vitamin untuk ayah....

Masa kt kampung aku tgk ayah memang rajin mkn ubat sebab dia pon nk sihat..... adik aku yg sediakan keperluan ubat untuk ayah aku.....perghhhh ayah makan ubat dah macam makan kacang jer....berlambak beb... sekali makan mau lebih 10 biji. aku dok bayang apa la akan jadi pada badan dan buah pinggang ayah aku nt, klau shari makn ubat 3 kali bayangkanlah berapa byk ubat dalam badan ayah nt.... terlalu banyak ubat dalam badan boleh ganggu sistem buah pinggang ( aku rasa semua org tahu wlpn tk ambik medic)

memula aku bagi vitamin ni kt ayah, adik aku marah.... dia ckp nk bagi ayah sampai berapa byk ubat? kemudian2 la makn ubat yg hang beli tu.....aku ckp  la yg aku bwk balik ni bukan ubat, tp vitamin jer. no side effect.... pujuk2 demi pujuk akhirnya adik aku bg jugak la....

taklama  lps ayah amalkan vitamin2 yg aku bagi  tu luka ayah yg nanah tu kering dan baik seperti sediakala dgn izin Allah.

Haaaaa apa lg...sejak tu ayah terus tknk g klinik. ayah ckp ayah tkn ubat...ayah nk mkn vitamin yg chah beli jer..... Alhamdulillah. aku sgt gembira....

ni la CoQ10 yg boleh dapat dari Amway.... nk beli kena jadi ahli dulu......tkpon klu tknk jd ahli order melalui aku pon boleh.....

  • Contains 30mg coenzyme Q10.
  • Contains 100mg natural form of l-carnitine fumarate, found in muscle and organ meats in the human diet.
  • Added with 125mg taurine, an essential amino acid.
  • Fortified with 25 mg citrus bioflavonoids for additional nutritional benefits.
  • A supplement to enhance or support your general health.
  • Contains edible bovine gelatin which is certified ‘halal’.

”Doktor, asyik jawab tentang permasalahan wanita saja. Tolonglah kami pesakit fb yang lelaki pula, doktor ”
Rakan FB di kalangan kaum Adam telah bertambah. Dulunya boleh dikira dengan jari. Itu pun terdiri daripada rakan-rakan dari sekolah dahulu. Rakan-rakan baru yang mahu berkongsi info dan ilmu amat sedikit.
Saya bukannya tidak mahu melayan pertanyaan kaum Adam. Lagipun saya juga lelaki. Namun saya dapati majoriti pembaca blog ini dan rakan FB yang sering bertanya tentang masalah kesihatan adalah golongan wanita.

Di mana-mana ceramah yang saya berikan atau perkumpulan ilmu yang saya kunjungi bilangan kaum hawa sangat memberangsangkan. Oleh itu saya amat suka menjawab soalan mereka kerana mereka serius dalam mencari ilmu.

Doktor, berikanlah petua cara membanyakkan sperma saya” soalan yang tiba-tiba muncul di wall FB saya.
Saya tergamam. Lebih-lebih lagi soalan itu di’tampal’ di wall saya berserta dengan gambar profile lelaki yang bertanya.

Saya menasihatkan mana-mana rakan FB jika ingin bertanya mengenai masalah ’dalam kain dan seluar’ seeloknya ajukanlah soalan itu ke dalam inbox FB saya.

Ini kerana apabila saya menjawab soalan yang kedengaran 'pelik', ada yang tidak segan memberi komen negatif. Baru-baru ini saya memberitahu dalam wall FB bahawa ada lelaki yang tidak dapat menghamilkan isterinya kerana air maninya bukan dipancutkan ke vagina isterinya, tetapi terpancut ke dalam pundi kencingnya. Keadaan ini dinamakan sebagai retrograde ejaculation.

Ada rakan FB yang tertawa sinis apabila memberi komen.

Awak tahu kah air mani bagaimana yang dikatakan normal?” saya menjawab dalam chatting box apabila ada yang bertanya tentang air mani.

”Air mani? Air mazi? ...” Semestinya bukan air kencing. Letih melayan loyar buruk.

Air mani atau dinamakan semen ialah campuran air yang keluar dari kelenjar reproduksi lelaki bersama sperma. Sperma pula benih lelaki yang keluar dari testis dan bergerak melalui epididymis.

World Health Organisation (WHO) telah menetapkan beberapa syarat untuk mendiagnosa air mani itu sihat.
  1. Jumlah spermanya tidak kurang 20 juta dalam satu milliliter (ml),
  2. Jumlah air mani sekurang-kurangnya 2 ml
  3. Total sperma yang dikeluarkan sekurang-kurangnya 40 juta.
  4. Sekurang-kurangnya 60 % dalam bentuk yang normal
  5. Sekurang-kurangnya 75% sperma mesti hidup
  6. Sekurang dari 50% sperma yang aktif bergerak (ke depan atau belakang)
  7. Sekurang-kurangnya 25% yang bergerak aktif ke hadapan

Doktor saya malu hendak bertanyakan ini. Saya telah berkahwin selama 5 tahun dan doktor menyatakan bahawa isteri saya normal. Saya yang mengalami masalah sperma yang kurang. Bantulahlah saya” rayu seorang peminat bolg saya.

Saya akui lelaki sememangnya ego dalam isu kesuburan. Lelaki yang tidak subur dianggap dayus, padahal perkataan dayus itu amat berbeza maknanya.

Dewan bahasa dan Pustaka memberi definisi dayus sebagai ”hina dan keji (sifat atau perbuatan):eg hanya laki-laki dayus sahaja yg membenarkan isterinya mencari wang dengan jalan tidak halal; tidak bertanggungjawab”
Lelaki memang bimbang jika gagal memuaskan isteri secara hubungan seksual dan amat terguris egonya jika tidak dapat menghamilkannya. Nasihat saya, jangan cepat membakar ego sendiri. Ini musibah dan ujian yang Allah berikan. Carilah penawarnya.

Bagi lelaki yang mempunyai masalah sperma, banyak cara yang boleh diusahakan. Jika usia masih muda dan mahu merawat secara konsevatif dengan ubat-ubatan dan supplement, saya amat mencadangkan agar mencuba CoQ10.

”Doktor ubat CoQ10 tu macam ubat herba dan direct selling saja..” seorang pesakit bertanya sinis.

https://www.facebook.com/note.php?note_id=127953823905230

Kalau saya berikan ubat perubatan moden, ramai tanyakan kesan sampingan, bila saya cadangkan ubat alternatif, macam tidak percaya pula. Takkan saya mahu berikan nasihat tanpa ada bukti saintifik atau kajian klinikal.
”Walaupun tidak ada doktor yang memberikan cadangan ubat ini, namun ada kajian yang menyokong keberkesanan supplement ini.”

CoQ10 berfungsi sebagai pengeluar tenaga dalam sel yang banyak berada di dalam mitochondrion. Ia menghasilkan ATP, iaitu molekul yang menghasilkan tenaga. Oleh itu, Coenzyme Q-10 (CoQ-10) adalah ibarat vitamin. Ia boleh dijumpai di dalam organ yang mempunyai tenaga yang banyak seperti jantung, hati, ginjal dan pankreas.

Dalam Journal Urology 2009 Jul;182(1):237-48., satu kajian yang dilakukan di  Urology and Nephrology Research Center, Shahid Beheshti University, Tehran, Iran menyatakan keberkesanan Coenzyme Q-10 dalam memperbaiki kualiti sperma kepada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.

Dalam kajian pesakit  idiopathic oligoasthenoteratospermia iaitu masalah bilangan sperma yang kurang sihat, seramai 212 orang telah dibahagikan kepada dua kumpulan.

Satu kumpulan seramai 106 orang menerima sebanyak 300 mg Coenzyme Q10 setiap hari selama 30 minggu, dan seramai 106 orang lagi menerima placebo.

Keputusannya mendapati lelaki yang mengamalkan  Coenzyme Q10 sebanyak 300 mg setiap hari selama 30 minggu, kualiti air maninya iaitu bilangan spermanya bertambah. Bilangan sperma yang mempunyai pergerakan aktif juga bertambah.

Pakar saintis memberikan teori bahawa Coenzyme Q10 menggalakkan penghasilan tenaga bagi sperma untuk bergerak lebih laju menuju ke telur ovum. Namun perkara ini perlu diberikan masa yang lebih untuk kajian yang lebih tepat. Namun tiada kesan sampingan yang merbahaya.

Satu lagi kajian dilakukan di Itali. Menurut Dr Giancarlo Balercia, MD, dari University of Ancona di Itali yang melakukan kajian itu berpendapat ada kesan positif dengan pengambilan CoQ10 yang bertindak sebagai pembekal tenaga di dalam stuktur mitochondrial pada sperma selain dari bertindak sebagai antioxidant.

Kajian ringkas itu yang dilakukan olehnya mendapati bahawa pengambilan CoQ10 telah menyebabkan kehamilan pada 13.6% pasangan yang mengalami masalah kesuburan disebabkan oleh faktor lelaki setelah menggunakannya selama tiga bulan.

Ibarat ‘tiada rotan, akar berguna’, supplement Coenzyme Q10 boleh dicuba bagi yang mempunyai masalah sperma. Walaupun banyak kajian yang perlu dibuat untuk membuktinya, namun ia berbaloi untuk dicuba. Dosnya ialah 300mg selama 30 minggu.

P/S ProXeed Plus mengandungi Q10 dan bahan antioksida yang lain yang berfungngsi merangsangkan pengeluaran sperma .

Allahu a’lam.

No comments:

Post a Comment