Sunday 27 October 2013

KEBAIKAN BAWANG PUTIH ATAU Garlic

Assalamualaikum…


Bawang putih atau dikenali sebagai Garlic dalam bahasa inggeris adalah bahan penting dalam masakan kita. Tidak sah rasanya memasak makanan terutamanya lauk-pauk tanpa bawang putih. Tetapi, tahukah anda bawang putih juga baik untuk kesihatan? Bawang putih kaya dengan khasiat yang berguna dalam kesihatan tubuh.
Bawang putih bukan sahaja sejenis herba yang dicampur dalam masakan. Malah ia juga digunakan sebagai ubatan untuk merawat atau mencegah sebarang penyakit. Kajian makmal menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat dalam bawang putih mempunyai pelbagai manfaat.

Khasiat dan kelebihan Bawang Putih
  • Adalah antibiotik yang semulajadi dan selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkam sistem imun badan dan menghalang penyakit berjangkit seperti selesema.

  • Membantu menghalang alergi seperti sinus dan asthma

  • Mempertingkatkan sistem penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman.

  • Menurut kajian dengan pengambilan 2 – 4 tablet garlic dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

  • Sebagai detoks kerana mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas.

  • Menurunkan kolestrol

  • Melindungi jantung

  • Menghalang strok dan penyakit kolonari

  • Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan 
  • pencetus kejadian kanser – Nitrosamine.

  • Menstabilkan glukos dalam tubuh.



  592300 PV: 28.00 BV: 78.00 DP: RM 78.00 RP: RM 98.00

No comments:

Post a Comment