Sembelit berlaku bila :
anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras
anda jarang membuang air besar
Ramai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sembelit bolehlah dikatakan terjadi sekiranya anda pergi ke tandas kurang daripada tiga kali seminggu.
Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ia hanyalah satu tanda penyakit (symptom). Orang yang sembelit juga selalunya merasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut).
Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.
Sebab-sebab berlakunya sembelit
kurang fibre tetapi lebih makanan berlemak dan gula
kurang minum air
selalu menahan diri daripada membuang air besar
kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan
sebab-sebab emosional seperti tekanan perasaan
berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang mengandung - hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan berlakunya sembelit. Di samping itu, janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit
penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit endocrine (kencing manis, hypothyroidism)
ubat-ubatan seperti ubat narcotik seperti ubat batuk yang mengandungi codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium
makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement)
irritable bowel syndrome / spastic colon (selalunya orang yang menghadapi masalah ini juga mengalami cirit-birit)
penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan bisacodyl (Dulcolax)
penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis. Selalunya ia berlaku bersama-sama dengan demam dan sakit perut (bahagian bawah)
untuk bayi - terdapat susu formula yang agak kuat. Ini menyebabkan berlakunya sembelit
untuk orang tua - otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah bila usia meningkat. Di samping itu, orang tua juga selalunya kurang melakukan aktiviti seperti senaman
Apa yang boleh anda lakukan
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenalpasti sebab-sebab berlakunya sembelit. Antara perkara-perkara yang boleh anda lakukan ialah :
minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ambil air lemon suam sebelum makan
makan banyak buah-buahan (prune, epal, nanas, pisang dsb), sayur-sayuran dan essential fatty acids seperti kekacang dan ikan
kurangkan kopi, teh, susu, makanan dari sumber susu dan makanan berlemak dari haiwan (saturated fats).
tukar gaya hidup dengan melebihkan senaman. Senaman atau pergerakan badan akan menyebabkan pergerakan otot-otot usus anda
Ambil ubat : Stimulant laxative seperti senna dan bisacodyl (Dulcolax). Pengambilannya tidak boleh diamalkan (sila lihat di atas). Ada ubat ini jenis yang dimakan dan ada juga yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil suppository)
Bulk fibre / osmotic laxative. Fiber atau serat akan menarik air ke dalam usus dan melembutkan najis anda.Penggunaan yang banyak adalah tidak digalakkan sekiranya anda mengalami sakit jantung atau sakit buah pinggang. Pengambilan ubatan yang mengandungi macrogol seperti Forlax adalah lebih digalakkan.
Pelincir glycerine seperti enema yang dimasukkan ke dalam dubur. Ia memudahkan pembuangan air besar
Penggunaan mineral oil telah banyak berkurangan sekarang ini kerana kesan-kesan sampingannya
ambil vitamin C sekurang-kurangnya 1,000mg
ambil mineral magnesium
ambil bawang putih
ambil acidophilus dan bakteria baik lain sebelum makan (bakteria baik - probiotik- yang banyak terdapat di dalam yogurt atau persediaan kapsul / tablet yang dijual di farmasi)
antara herba yang digunakan selain daripada senna (lihat di atas) ialah cascara sagrada, sliperry elm, marshmellow dan peppermint
Untuk mereka yang mengandung, jangan ambil ubat-ubatan termasuk ubat herba. Ada ubat-ubat herba ini menyebabkan kontraksi (contraction).
109746 | |
PV: | 30.50 |
BV: | 107.00 |
DP: | RM 107.00 |
RP: | RM 134.00 |
NUTRILITE Bio-C Plus
NUTRILITE Fruit & Vegetable Fibre
104402 PV: 28.00 BV: 95.00 DP: RM 95.00 RP: RM 118.00
592300 PV: 28.00 BV: 78.00 DP: RM 78.00 RP: RM 98.00
425300 PV: 19.50 BV: 68.00 DP: RM 68.00 RP: RM 85.00
Alhamdulillah, dah setahun tak pernah kena sembelit sejak
amalkan supplement ni.
Whatsapp 010 715 8422
No comments:
Post a Comment