Tuesday 19 November 2013

MANUSIA AKAN MATI KALAU KEKURANGAN VITAMIN, TAPI TIADA ORG MATI TERLEBIH VITAMIN


Sebab tu kalau nak amik vitamin, mesti yg cepat larut dan cepat serap...

kalau vitamin yg lambat larut, bila diambil berlebihan akan memudaratkan..

Sebab itu lah kalau nak amalkan calsium, uji dlm gelas (air) dan mesti larut dlm masa 10 saat..jika lambat larut, akan jadi batu karang

Jika rendam multi vitamin mesti larut/hancur dlm masa 10 minit, kalau lebih setengah jam akan memudaratkan juga..

terima kasih jamd - info yg menarik

Sebab tu lah vitamin Shaklee bersifat semulajadi dan cepat larut.

Boleh diuji dgn mana-mana calsium & multi vitamin apa jua..



Perkongisan daripada sahabat yang telah menggunakan:`



30 . Dihantar pada 24hb Ogo 2004 11.44:49 pagi   [Edit]
quote:
Sebab itu lah kalau nak amalkan calsium, uji dlm gelas (air) dan mesti larut dlm masa 10 saat..jika lambat larut, akan jadi batu karang

Tu sebab dalam NUTRILITE Calsium dia bersama magnesium..ini adalah untuk mencegah batu karang...sesetengah produk..hanya kalsium sahaja..kalau yang tak tau..dia tak beli magnesium...instead of nak banyakkan kalsium..terkena pulak batu karang...





31 . Dihantar pada 24hb Ogo 2004 3.39:53 ptg   [Edit]
quote:
Tu sebab dalam NUTRILITE Calsium dia bersama magnesium..ini adalah untuk mencegah batu karang...sesetengah produk..hanya kalsium sahaja..kalau yang tak tau..dia tak beli magnesium...instead of nak banyakkan kalsium..terkena pulak batu karang...

yesss. jawapan yang ringkas dan padat. 

Waktu anda berusia remaja sehingga usia 35 tahun adalah masa pembentukan tulang yang paling banyak dan terpenting. Untuk mengelakkan proses osteoporosis pada usia lanjut, pengambilan kalsium yang secukupnya adalah diperlukan semasa usia ini.

Kehilangan tisu tulang berlaku perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda awal. Tetapi apabila kepadatan tulang makin menurun, melakukan aktiviti biasa dan ringan boleh menyebabkan keretakan tulang. Keretakan osteoporosis yang teruk akan menyebabkan sakit tulang belakang dan kehilangan ketinggian.



Langkah-langkah pencegahan dan pengawalan adalah penting berbanding rawatan dalam mengatasi masalah kereputan tulang.

Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil :

bersama-sama vitamin D

bersama-sama magnesium. Sekiranya pengambilan kaslium banyak tetapi pengambilan magnesium tidak dipertingkatkan selari dengan pengambilan kalsium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang, membentuk batu karang.

selepas makan.


Untuk mempertingkatkan lagi penyerapan kalsium, makanan dan minuman ini hendaklah dijauhkan :

Pengambilan daging, makanan yang tinggi dengan protein dan makanan yang berasid mempercepatkan proses osteoporosis. Oleh itu ia hendaklah dikurangkan terutamanya oleh mereka yang berisiko tinggi mengalami osteoporosis.

Pengambilan air berkaffein dan alkohol mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing.

Pengambilan kalsium bersama-sama produk yang tinggi dengan lemak seperti coklat adalah sangat tidak digalakkan. Oxalic acid yang terdapat di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium dan membentuk batu karang.

Pengambilan cereal bersama-sama kalsium menghalang penyerapan kalsium yang efficien.

Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan kalsium lebih banyak dikeluarkan dari sistem badan kita.

Penggunaan ubat steroid seperti Prednisolone akan menyebabkan struktur tulang menjadi lemah.



Dengan kemajuan sains yang ada sekarang ini, banyak produk canggih di mana penyerapan kalsium adalah maksimum, yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal besar. Antara produk jenama ternama yang ada di pasaran Malaysia ialah Caltrate dan Oscal.

Pesakit kencing manis (insulin-dependent) juga mempunyai struktur tulang yang lebih lemah berbanding orang biasa.

Osteoporosis boleh diubati. Dapatkan keterangan lanjut dari doktor atau ahli farmasi anda.



No comments:

Post a Comment