Thursday 21 November 2013

NUTRILITE Calcium Magnesium 

Dibuat daripada bentuk-bentuk semula jadi kalsium karbonat dan magnesium oksida 
3 Tablet sehari memberi 600 mg kalsium dan 400 mg magnesium, serta Pekatan Alfalfa NUTRILITE yang eksklusif. 

Kalsium adalah komponen utama tulang dan gigi, ia mempengaruhi pembekuan darah, penghantaran rangsangan saraf, pengekalan selaput sel, tindak balas enzim dan rembesan hormon.
Magnesium penting untuk sel yang sihat, pengeluaran protein dan fungsi buah pinggang yang normal.
 

Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. 
Orang daripada semua peringkat umur perlu mengganti kalsium yang secara berterusan dikumuh terutama kanak-kanak, remaja, wanita hamil dan yang menyusukan bayi. 
Keperluan tubuh terhadap kalsium tidak berkurangan dengan umur dan pada usia lanjut mungkin agak sukar untuk menggantikan kalsium tulang. 
Jaminan pemakanan yang baik ialah untuk mempastikan diet harian ditambah dengan kalsium. 


Osteoporosis

Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jumlah kalsium di dalam tulang menjadi berkurangan. Ini menyebabkan tulang mudah patah berbanding biasa.

Wanita lebih terdedah kepada keadaan ini kerana jisim tulang mereka yang lebih ringan berbanding orang lelaki. Secara puratanya kaum wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki.

Antara penyebab utama berlakunya keadaan ini ialah :

kurangnya senaman. Senaman membina jisim tulang yang kuat untuk mencegah osteoporosis semasa usia meningkat 

kurang pengambilan kalsium

pengurangan hormon oestrogen pada wanita yang telah menopause 


risiko lain termasuklah pengambilan alkohol dan merokok 

Waktu anda berusia remaja sehingga usia 35 tahun adalah masa pembentukan tulang yang paling banyak dan terpenting. Untuk mengelakkan proses osteoporosis pada usia lanjut, pengambilan kalsium yang secukupnya adalah diperlukan semasa usia ini. 

Kehilangan tisu tulang berlaku perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda awal. Tetapi apabila kepadatan tulang makin menurun, melakukan aktiviti biasa dan ringan boleh menyebabkan keretakan tulang. Keretakan osteoporosis yang teruk akan menyebabkan sakit tulang belakang dan kehilangan ketinggian. 

Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.


Sumber-sumber kalsium

Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.

Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.

Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :

3 gelas susu,

4.6kg daging,

15 biji telur,

70g cheese,

400g ais krim, atau

2 cawan yoghurt.




  • Dibuat daripada bentuk-bentuk semula jadi kalsium karbonat dan magnesium oksida
  • 3 Tablet sehari memberi 600 mg kalsium dan 400 mg magnesium, serta Pekatan Alfalfa NUTRILITE yang eksklusif.
  • Kalsium adalah komponen utama tulang dan gigi.
  • Magnesium penting untuk sel yang sihat, pengeluaran protein dan fungsi tubuh badan yang normal.
  • Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium.
  • Orang daripada semua peringkat umur perlu mengganti kalsium yang secara berterusan dikumuh terutama kanak-kanak, remaja, wanita hamil dan yang menyusukan bayi.
  • Keperluan tubuh terhadap kalsium tidak berkurangan dengan umur dan pada usia lanjut mungkin agak sukar untuk menggantikan kalsium tulang.



No comments:

Post a Comment