Wednesday 9 April 2014

Masuk Amway Kena Maintain Bulanan kee....

paying-high-feesApabila saya bercakap dengan beberapa orang lama dalam industri ini, saya diberitahu bahawa apabila anda masuk Amway, anda perlu melakukan pembelian ‘maintain’ atau ada komitmen setiap bulan. Mereka berkata ia agak mahal, ada yang kata beratus-ratus dan ada yang kata beribu-ribu!
Kenyataan kedua yang sering saya dengar adalah anda tidak akan mendapat komisyen jika anda sendiri tidak membeli barangan seperti mana kadar pembelian ‘maintain’ yang telah ditetapkan.
Saya jadi pelik dengan kenyataan-kenyataan sebegini. Ini kerana ia tidak logik. Kalau kedua-dua kenyataan itu betul, saya rasa Amway tidak akan berkembang menjadi gergasi sebegini besar. Kalau kenyataan-kenyataan itu benar-benar betul, ia juga bermakna Amway ada ‘senjata rahsia’ tersangat luarbiasa hebat sehingga berjuta-juta orang tak serik-serik, tak henti-henti menyertainya sejak 54 tahun yang lepas.
Maka saya semak segalanya di Amway. Jawapannya.. TIDAK ADA!. Tiada pembelian maintain yang mesti dibuat untuk kekal menjadi ahli Amway atau membeli produk barangan mereka dan juga tiada kadar pembelian peribadi tertentu yang diwajibkan untuk mendapat komisyen.
Apa yang saya tahu, hanya RM90 sahaja wajib dibayar untuk menjadi ahli pada tahun pertama dan tahun-tahun berikutnya anda akan diberikan pilihan untuk terus menjadi ahli Amway dengan membayar RM45 yang digunakan untuk membiayai majalah bulanan Amagram.
Soal beli atau tidak barangan Amway tidak jadi persoalan. Anda boleh jadi ahli walaupun tidak membeli sebarang produk. Anda boleh beli seberapa banyak anda mahu atau seberapa sedikit anda mahu. Tiada tekanan! Mudah!
Dari mana pula timbulnya cakap-cakap tentang kena bayar mahal setiap bulan dan kena ‘maintain’ setiap bulan dan anda tak akan dapat komisyen jika tak maintain pembelian pada kadar tertentu yang tinggi ?
Okay, perkara sebegini timbul apabila terdapat ahli-ahli pengedar yang mengadakan program-program untuk kumpulan mereka sendiri. Program-program ini bersifat tertutup yang dibuat oleh pengedar dalam proses membina kejayaan untuk rangkaian perniagaan mereka. Ia tidak bersalahan dengan polisi Amway selagi tiada paksaan dilakukan!
Kumpulan pengedar ini akan mempromosi program-program dengan tarikan-tarikan tersendiri yang bertujuan untuk menarik keahlian baru ke dalam rangkaian perniagaan mereka. Pembelian produk untuk menyertai program-program tersebut mungkin berharga agak tinggi sedikit namun ia adalah berbaloi jika anda inginkan keputusan hasil dari penyertaan dalam program tersebut.
Atas sebab-sebab tertentu, terdapat ahli-ahli yang ‘merasa tertekan’ atau ‘tidak mampu’ meneruskan penyertaan dalam program tersebut dan ingin berhenti, namun ahli-ahli tersebut gagal memahami bahawa mereka sebenarnya boleh berhenti dari program-program tersebut pada bila-bila masa sahaja.
Sebenarnya, jika mereka berhenti dari program-program tersebut, keahlian Amway mereka tidak terbatal dan mereka boleh membeli dan menggunakan produk seperti biasa atau mengembangkan perniagaan mengikut kesesuaian mereka. Tiada masalah!
Tentang pembayaran komisyen, Amway telah menetapkan bahawa anda akan mula menerima komisyen sebanyak 3% apabila pembelian peribadi anda dan kumpulan anda mencapai 250 PV. Ini bermakna jika kumpulan anda mencapai pembelian 250 PV, maka anda mula layak dapat komisyen 3% walaupun anda sendiri membeli barangan 1 PV (lebih kurang RM3). Itu sahaja! Mudah!
what-do-u-want2Salah faham ini perlu diperbetulkan. Tiada paksaan dalam Amway! Anda boleh mengikut rentak anda sendiri. Nak jadi ahli biasa dan guna produk pun boleh, nak berniaga cara anda sendiri pun boleh. Asalkan anda menjaga dan mengikut etika-etika perniagaan yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Walaubagaimanapun, ada pendapat mengatakan bahawa jika anda ingin berjaya, anda perlu mengikut cara yang telah diuji dan teruji oleh mereka yang telah berpengalaman melaluinya dan telah berjaya melakukannya. Dengan cara itu, anda tidak akan membazirkan masa dan tenaga untuk mengejar kejayaan dengan cara yang salah. Pendapat ini sangat benar. Jadi, sila berbincang dengan mentor anda dan beritahu dia apa yang anda cari dan mahukan dalam Amway.
Sebenarnya pilihan adalah ditangan anda. Gunakan hak anda! 

No comments:

Post a Comment