Monday 5 May 2014

Kenapa mereka pilih industri MLM???

Kenapa mereka pilih industri MLM???
Ramai yang memilih untuk menyertai industri MLM kerana banyak sebab..antara nya:
Perniagaan MLM adalah sah dan diperakui
Sejak mula diperkenalkan didunia ini pada sekitar tahun 40-an, MLM telah menghasilkan kejayaan untuk orang2 yang menceburinya dengan kepercayaan dan kesungguhan. Juga sejak MLM diperkenlakan di Malaysia sekitar awal 70-an, MLM semakin diakui kerana berjaya menghasilkan individu2 yang berjaya. Kepercayaan orang ramai terhadap MLM adalh hasil usaha beberapa perintis awal perniagaan MLM dinegara ini. Namun masih ramai juga yang masih anti-MLM. Dah menjadi kebiasaan sebagai seorang manusia mahu melihat hasil sebelum menyertainya ibarat mahu memetik hasil tanpa ada usaha. dan apabila sudah ramai yang mulai berjaya dalam MLM semakin ramai yang mula menceburi bidang ini. Anda sekarang sudah beruntung kerana kesusahan menjlnkn MLM sudah dilalui oelh perintis2 awl MLM dinegara ini. Anda boleh bayangkan bgmn mereka memperkenalkan MLM pd ketika itu yag dianggap ganjil dan pelik. sekaraang anda lebih mudah untuk melakukan MLM kerana sebahagian sudah mengenali MLM wlwpn sekadar kulitnya shj.
*Sertai MLM sebagai penuhi aktiviti/kegiatan sosial
MLM adalah(antara) tempat yang paling sesuai untuk bertemu dan bersenang-senang dengan pelbagai orang tidak kira lapisan masyarakat tak kira umur, agama, bangsa dan tempat asal. Ada pertemuan perniagaan, latihan industri, perbincangan / mesyuarat kumpulan atau aktiviti2 luar seperti perkelehan majlis2 keraian dll kita boleh bertemu dengan teman2 baru. Perbualan kebiasaannya berkaitan perniagaan dan perkembangan2 baru. Malah saya juga pasti ramai yang turut bertemu pasangan hidup ketika menyertai MLM. Selalunya menjadi tradisi syarikat untuk mengadakan perhimpunan tahunan secara besar-besaran dengan mengumpulkan semua ahlinya di satu tempat dan peluang ini dapat digunakan oleh ahli2 untuk meluaskan lagi jaringan mereka dengan ahli2 lain disamping dapat mengeratkan lagi hubungan dengan ahli / partner terdekat. Kalau nak dibandingkan dengan perniagaan bukan MLM. jarang sekali mereka akan mengadakan perhimpunan atau perjumpaan besar-besaran seperti yg dilakukan oleh syarikat MLM. Kita juga dapat lihat ramai pasangan yang ingin bekerjasama dalam perniagaan mereka-MLM membuka&memberi peluang kepada mereka.
Sertai untuk membantu orang lain
Misalkan syarikat MLM yang anda sertai membantu orang dengan pengurusan berat badan. Ketika anda mendapatkan latihan dalam cara menjual produk/perkhidmatan mereka, anda juga turut belajar banyak tentang subjek pengurusan berat badan dengan terperinci. Pengetahuan ini membolehkan anda membantu orang lain seperti kawan/ahli keluarga dengan isu-isu pengurusan berat badan. Wangkreatif juga kenali orang yang sangat kaya dan mereka menyertai MLM kerana mereka ingin membantu orang mendapatkan wang lebih banyak dan mencapai gaya hidup sepertimana yang mereka telah nikmati. Malah mereka sanggup turun padang sama untuk membantu melatih ahli2 baru walaupun bukan rangkaian mereka. Jarang sekali seseorang yang telah menjadi kaya dalam perniagaan tradisional dapat membantu rakan-rakan mereka juga menjadi kaya dan dapat menikmati seperti mereka seperti yang dilakukan oleh ahli MLM. Berbalik pada masalah berat badan tadi. Apabila anda dapat membantu seseorang mengatasi masalah berat badan yang selama ini menjadi maslah mereka, atau membantu seseorang memperbaiki keadaan kulit mereka, atau membantu  kebebasan kewangan. Ianya menjadi sangat bermanfaat kepada mereka dan diri anda sendiri kerana anda tahu bahawa anda telah membuat hidup mereka lebih baik.
*Sertai MLM sebagai alternatif waktu bersara @ sumber pendapatan tambahan
Kalau kita lihat, umur untuk persaraan adalah 58tahun menurut dasar persaraan yang dibuat dan pernah juga kita lihat mereka yang sudah pencen masih bekerja (ada yg jadi pengawal kelamatan, pemandu teksi dan mcm2 lagi). Mereka terpaksa bekerja berpuluhan tahun namun diakhirnya msih perlu bekerja walaupun sudah bersara akibat tekanan kewangan yg terpaksa mereka tanggung. Dengan MLM, mereka mampu menyediakan satu rancang alternatif lain untuk menyokong dan membantu persaraan mereka nanti.
* Sertai MLM kerana masih boleh jalankan perniagaan/pekerjaan sendiri
Kebanyakan orang bekerja keras dalam apa jua pekerjaan yang mereka dapat demi menampung kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat. Mereka merasa terjebak kerana mereka HARUS pergi bekerja untuk membayar bil atau menampung lain2 perbelanjaan. Kebanyakannya mereka yang menyertai MLM dan sudah mempunyai pekerjaan adlh sebab gaji yg tidak cukup. MLM menawarkan jalan keluar dari perangkap pekerjaan khas kerana seseorang boleh bekerja melakukan perniagaan MLM secara sambilan sehingga mereka memperoleh pendapatan yang cukup untuk berhenti dari pekerjaan sepenuh masa mereka ( jika mereka ingin melakukannya)..tiada halangan dan paksaan. Wangkreatif pernah bertemu seorang profesional yang telah menggantikan pendapatan mereka melalui MLM, tapi cinta mereka yang kuat terhadap profesion lama dan mereka masih melakukannya sehingga sekarang. Secara peribadi, wangkreatif sudah melihat doktor, seniman, guru sekolah dan arkitek melakukan perkara yang sama dan mereka masih dapt menikmati kedua-duanya. Jika MLM tidak dipercayai tentulah mereka tidak menceburinya.
* Sertai MLM untuk mencapai impian mereka
Kebanyakan orang mempunyai impian tetapi pelbagai kekangan yang meghalang mereka mencapai cita2 mereka.”wang tak ada, waktu cukup, atau tak tahu bagaimana untuk mencapainya. Oleh itu  MLM untuk memberi peluang perniagaan yang membolehkan mereka  berasa bebas dan fleksibel untuk mengejar impian mereka yang sebenarnya dengan hanya bermodalkn modal yang kecil mereka sudah mampu membina impian mereka sendiri. tetapi tidak ada suatu pun yg mudah didunia ini..Dlm MLM, kejayaan/kekayaan bukan datang dgn sekelip mata tapi harus dibina secara berperingkat. kejayaan menghasilkan kekayaan, satu ungkapan yang selalu anda dengar. ungkapan itu benar dan menjadi kenyataan di dalam MLM. Tetapi dlm MLM kenyataan itu menjadi “Kejayaan yang kecil menghasilkan kejayaan yang besar. Dengan MLM anda dapat memastikan impian anda terlaksana.
*Kerjasama yang kuat dalam MLM
Menurut Profesor  Harvard ,Charles King beliau mengakui semua perniagaan, gereja, ahli politik, sekolah, dsb tahu bahawa “word-of-mouth” adalah bentuk iklan paling cekap dan berkesan. Cara ini berkesan kerana iklan tersebut berasal dari sumber yang dipercayai -seperti rakan, ahli keluarga, kenalan, selain cekap syarikat juga tidak perlu membayar untuk iklan yang tidak mencapai pelanggan. Dengan kerjasama yang kuat dalam MLM, mereka tidak perlu membayar untuk iklan sehinggan produk tersebut dijual.
Syarikat MLM membayar untuk pengeluaran, bukan untuk datang ke tempat kerja
Maksud pengeluaran disini ialah produk yang berjaya dijual. Jika sebuah syarikat biasa, mereka perlu mengupah pegawai pemasaran dan tenaga jualan dan perlu membayar gaji mereka setiap bulan wlwpn sekiranya tiada produk yang berjaya dijual. Dan kita boleh cakap yang pekerja tersebut hnya menerima gaji buta sahaja. Adakah ini dianggap beretika?? Tetapi dlm MLM, syarikat hanya membayar kerana produk benar2 dijual dan bukannya membayar kerana orang masuk kerja wlwpun mereka tidak menghasilkan ape2..(klw  ade yg mcm ni almtnya memg xlama akn kena buang kerja)
Sebaliknya jika anda memang orang jenis sebegini..suka mkn ats sesuatu yang bukan ats usaha atau sumbgn anda sendiri.
* MLM menjanjikan kebebasan dalam waktu bekerja
Jika anda adalah seseorang yg sgt produktif pastinya anda mahukan apa yang MLM tawarkan kepada anda. Anda bebas untuk menaikkan gaji anda sesuka hati (ats usaha sendiri) pada bila2 masa shj yang anda semua inginkan. selain itu hampir tiada langsung batasan/had kenaikan gaji anda. segalanya bergantung kepada usaha.
Tapi yang paling penting sekali ialah anda mampu mengendalikan masa bekerja anda sesuka hati, boleh kerja bila2 masa. Makan gaji, jika anda bekerja selama 8jam. anda hanya akan dibayar untuk 8jam tersebut shj. Dlm MLM, jika anda bekerja selama 8jam dan anda melatih downline anda selama 8jam..anda akn dibayar 16jam dan inilah yang membuatkan MLM sgt kuat dan menjadi pilihan ramai orang. Sayangnya kebanyakan orang tidak mengerti bahagian ini.
MLM anti kemelesetan ekonomi
Kalau kita lihat sejarah, pada tahun 1985 hingga penghujung 1986, bila negara Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi, syarikat2 MLM masih dan terus membuat duit sedangkan banyak perniagaan lain yang gulung tikar dan ramai pekerjanya hilang pekerjaan. Begitu juga dengan pengedar2 (usahawan MLM), masih meneruskan jualan seperti biasa malah ada yang terus meningkat. Diluar negara pun begitu juga, perniagaan MLM tidak terjejas dgn kemelesetan ekonomi.
Ini kerana perniagaan MLM kebanyakannya menyediakan produk keperluan harian, yang mana walau apapun keadaan ekonomi, tetap diperlukan oleh orang ramai.Begitu juga bila berlaku inflasi, selalunya jumlah jualan meningkat. Bil berlaku inflasi, nilai matawang semakin mengecil, ramai org yang menceburkan diri dlm MLM untuk mencari pendapatan tambahan.
Terdapat banyak kelebihan jika kita menyertai MLM..jika anda kata buat MLM kena tgl kerja lama, xd masa, susah, xlaku, dan macam2 lagi..anda sudah silap. Kerana dah terbukti bahawa MLM mampu tangani segalanya.

Apa itu First-Class MLM?

 First-class ->>>pertama, tertinggi atau kumpulan terbaik dalam suatu sistem klasifikasi

First-class = kelas pertama, macam2 jenis kelas pertama yang kita semua tahu..naik kapal terbang ada first-class, pergi menginap kat hotel ada suite first-class, makan kat restoran pn ada juga, kereta first-class, persekitaran first-class, white-colar..(ha!ni pn first class juga tp jgn buat!larang sekerasnya) dan..ada juga tandas first-class..
Penting ke yop nk tahu MLM ni first class ke tak? sama jer..semua MLM tu penipu ler yop..usahlah caya!!
Ya, memang sgt penting untuk kita kenal mane satu first-class MLM supaya kita sendiri xkena scam nt. dan sebab tu jugala blog ni ade, nk bg pnduan yg tepat.
sebagai contoh ; industri restoran tidak kiralah “first-class” atau “second-class” kedua2nya tetap berada dalam industri restoran. Namun apa yang membezakan keduanya ialah dalam kategori restoran “first-class” terdapat seseorang yang mengawal dan menentukan dasar2 & identiti restoran, apa yang perlu dilakukan oleh chef & kakitangan yang lain serta menetapkan suasana untuk mecipta suasana tertentu di restoran mereka.Segala item ini akan membentuk,mendirikan ciri dan status “first-class” restoran tersebut. Dan sebuah restoran “first-class” yang dicipta berdasarkan ciri2 tersebut akan terus dikekalkan oleh seorang atau beberapa orang.  Tapi sebuah restoran “second-class juga turut didirikan tetapi langsung tidak memberi tumpuan kepada perkara berkenaan.
Dalam industri MLM (Network Marketing), xkshla MLM ‘first-class’ ke ‘low-class’ ke..tetapi yg pastinya mereka yang tercebur dan terlibat secara langsung dalam industri ini terdiri dari pelbagai latar belakang dan jenis manusia yang punyai pelbagai cara dan ragam.
Oleh itu, Wangkreatif wujud hari ini supaya dapat memberi panduan dengan mengajar prinsip2 bagaimana membina dan membentuk perniagaan MLM (atau xkisah ape2 perniagaan sekalipun) dengan kaedah “First-Class” yg beretika dan profesional.
Secara peribadinya, Wangkreatif akan jadi yang pertama mengakui bahawa Wangkreatiftelah melihat ramai penggiat industri MLM (Network Marketing) melakukan pelbagai cara yang buruk (yang wangkreatif tidak akan sesekali lakukan) sehingga hampir seluruh industri MLM turut tercalar dan tercemar.
“Dalam setandan pisang, jika sebiji pisang busuk tidak semestinya semuanya busuk”
Dan oleh sebab inilah wangkreatif terpanggil untuk memberi panduan tntang prinsip2 bagaimana membentuk sebuah perniagaan yang beretika dan profesional.  Dan bila anda sudah mengenali MLM “First-Class”, wangkreatif yakin bahawa anda akan bersetuju bahawa tidak ada perniagaan lain yang lebih beretika dimuka Bumi ini melainkan MLM! (yang “First-Class shj!)
SESIAPA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN MLM WAJID MEMATUHI PRINSIP ASAS BERIKUT ;
  • Sentiasa bercakap BENAR.
  • Mereka hanya akan mewakili sebuah syarikat yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang mampu membuat kehidupan masyarakat lebih baik.
  • Mereka BENAR-BENAR tertarik dengan kejayaan calon/pelanggan (prospek) dengan produk/perkhidmatan mereka – bukan semata2 dalam membuat keuntungan sahaja.
  • Mereka harus tahu tentang lini produk syarikat dan perbezaannya dengan produk hampir syarikat lain. Perkara ini membuatkan anda lebih berharga kepada pelanggan.
  • Mereka harus mampu mendapatkan pelanggan-pelanggan untuk produk/perkhidmatan mereka. (bukan jenis duduk goyang kaki tunggu duit masuk)
  • Mereka perlu kenal industri MLM yg sebenarnya dan mampu memberi penjelasan ringkas mengenainya tanpa berselindung.
  • Mereka perlu kenal industri MLM yg sebenarnya dan mampu memberi penjelasan ringkas mengenainya tanpa berselindung.
  • Sedia melatih orang yang ditaja (downline) secara berkesan sehingga mereka mampu menjual. (tapi yg jd downline jgn pula manja dan harus tahu berdikari)
  • Mereka akan memastikan orang yang mereka taja mampu pula melatih downline mereka dengan berkesan.
  • Mereka tidak akan menaja sesiapapun melainkan mereka bersedia untuk melatih mereka.
  • Mereka akan melakukan apa yang mereka janjikan.
  • Mereka hanya akan terlibat dan mengambil bahagian dalam kegiatan yang berfaedah dan mencerminkan kebaikan MLM keseluruhannya.
  • Mereka akan membuat cadangan-cadangan berharga kepada syarikat untuk memastikan lini produk mereka sentiasa menjadi yang terbaik.
*Panduan-panduan asas ini wajid dipatuhi oleh setiap ahli MLM untuk menjadikan industri ini “First-Class”.Siapa kita itu bukan orang lain yang tentukan tapi diri sendiri yang bertanggungjawab.
“SIAPA KITA HARI INI TIDAK PENTING, TAPI SIAPA KITA ESOK HARI HARUS MENJADI MATLAMAT”

Continue reading 

MLM haram! MLM industri tak beretika! MLM semua SCAM!Penipu!

Definisi MLM sah-diurai dgn undang2.. adakah ia menyalahi undang2?
(  hukum dari segi syariah rujuk sini )
senario: Ya! MLM tu HARAM dan menyalahi undang2! semua MLM tu scam =(penipu)
SiaPa Cakap???
Kata U.S Federal Government….(isu AMWAY tu penipu besar>kena saman!!???)
Pada tahun 1975, Federal Trade Commission telah mendakwa dan menggugat Amway Corporation kerana beroperasi menggunakan sistem piramid haram. Setelah 4tahun litigasi / perbicaraan, mahkamah memutuskan bahawa program pemasaran MLM Amway adalah perniagaan yang sah dan bukan skim piramid haram seperti yang didakwa. DAn oleh sebab itulah Amway mampu bertahan dan diterima sehingga ke hari ini, malah merupakan antara syarikat MLM tertua didunia.
Mungkin boleh terima sehingga  tahun 1979 jika ada seseorang berkata,  “MLM scam! Ini adalah skim piramid haram! “Dan mereka mungkin benar kerana MLM belum diuji dan di adili di mahkamah lagi.  Tapi sejak tahun 1979, hanya uneducated man sahaja boleh mendakwa bahawa industri MLM adalah haram.
Ini tidak  bermakna bahawa SEMUA syarikat yang mengaku menjadi “syarikat MLM” adalah sah/scam.Tapi, PERINDUSTRIAN MLM ADALAH SAH.
Sekarang masalah “sah” masalah telah dihuraikan dinyatakan dan dikenali, ada juga masalah logik, beretika dan profesional dah pun dijelaskan..
Apa itu perniagaan yang “baik” atau “beretika”?
Untuk menjawab ini, izinkan saya menjawab pertanyaan pertama, “Apa itu perniagaan?” Jika anda bertanya soalan ini dari seorang ahli akademik (pensyarah atau guru) mereka pasti akan menjawab perniagaan adalah aktiviti jual beli dan ia melibatkan  “tawaran dan permintaan”. Tapi secara peribadi saya tidak setuju dengan pemikiran ini. Bagi saya, perniagaan adalah “membuat hidup seseorang lebih baik”.  Pendapat saya berasaskan logik secara peribadi.
Baiklah? jika saya tanyakan satu soalan.
Kenapa anda sanggup keluarkan wang dari dompet anda dan membayar untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan??
jawapannya: Saya tidak membeli/membayar pada nilai tertentu hanya untuk sesuatu barangan/perkhidmatan kerana ia menjadi bekalan/keperluan (ada banyak yang saya tidak beli), melainkan apa yang saya akan beli akan membuat hidup saya lebih baik dalam beberapa cara.
Saya tidak tahu apa ”Panduan” atau “Peraturan” yang digunakan oleh pembuat dasar dan mereka yang menulis undang-undang ketika mereka menyokong atau menentang suatu perniagaan tertentu. Dengan kata lain, apakah yang hakim dan pembuat dasar menggunakan beberapa prinsip asas seperti “supply & demand” atau  “untuk membuat kehidupan seseorang lebih baik” untuk menentukan perniagaan yang sah atau tidak sah, atau merupakan suatu pendapat sewenang-wenangnya?
atau Adakah dengan berdasarkan kepada berapa banyak pelobi bercakap dengan ahli-ahli Kongres dan senator?
Saya membawa soalan ini untuk perhatian anda sehingga anda boleh berfikir secara logik mengenai perniagaan atau pekerjaan yang anda cari. SAya tidak tahu apa yang anda gunakan (dengar cakap orang jer) sebagai panduan tentang  perniagaan, profesional atau etika yang baik.
Tanyakan kepada diri sendiri apa yang membuatkan sebuah perniagaan itu sesuatu yang baik? Adakah anda memutuskan bahawa “perniagaan profesional” adalah salah satu di mana ahlinya memakai pakaian2 mahal dan berjenama dan punya bangunan yang gah? Adakah “baik” perniagaan tersebut jika ia disahkan oleh undang2? Atau perniagaan yang baik hanya satu yang menguntungkan?  Tidak! Itu tidak logik sama sekali.
Hanya perniagaan yang membuat kehidupan masyarakat lebih baik harus dianggap sebagai “baik, beretika, dan/atau profesional” dalam sesebuah industri perniagaan. Sebagai perbandingan, sebuah perniagaan yang menyakiti/menyusahkan pengguna harus dianggap sebagai perniagaan “buruk” dan “tidak profesional”.
Dengan itu, saya  nak tanya,
“Bagaimana mungkin sebuah perniagaan yang menghasilkan peranti/alat yang direka bentuk untuk menghancurkan ribuan orang  sekaligus (seperti bom nuklear, senjata api, kenderaan perang..dll ) menjadi sebuah perniagaan yang beretika atau profesional???
ATAu
Bagaimana menjual bahan2 yang membunuh 500,000 orang setiap tahun (seperti tembakau=ROKOK) diklasifikasikan sebagai perniagaan yang baik & beretika???
Atau
Bagaimana kita boleh melihat seorang saintis meluluskan sesuatu ubat untuk dijual tetapi menjadi punca kepada 150,000 – 200,000 kematian?? laporan menunjukkan lebih 70%  daripadaa produk farmaseutikal dipasaran dunia adalah tidak perlu dan tidak berfaedah.
Profesional???
 Atau
Kat Amerika sana>> undang2 negara dorang luluskan dan wajibkan setiap keluarga perlu membaya $359 setiap tahun (untuk loteri negara) dengan dakwaan mampu menjana bjuta2 pulangan yang pada hakikatnya peluang hanya 0.0000002605 untuk menang.
Atau
Genting??haha..siapa yang tak tahu aku pn xthu la..tapi tu pn lulus juga..ha,mcm mane dgn kedai2 minuman keras?bukankah dtg keburukan dan semua orang tahu.tapi tu pun sah dan dapat lesen juga..
rata-rata contoh perniagaan diatas semuanya mendapat kelulusan undang2 dan dianggap beretika dan profesional. Saya baru sahaja mempelajari beberapa syarikat MLM yang rancangan perniagaannya untuk membantu para pelajar miskin untuk cemerlang. malah ada syarikat yang sy kaji, mereka memberi sumbangan makanan kepada kanak-kanak yang kebuluran. dan pada saat ini seramai 6600 distributors telah mengedarkan 95,771,944 makanan untuk kanak2 kebuluran serata dunia..bukankah mereka berjasa? mereka tidak beretika??
WOW!!!hanya orang gila sahaja (dengan KAPAK kat tangan) boleh cakap semua MLM tu scam dan tak beretika.
Now! jgn plak anda berfikir laman ini akan mengatakan hanya hal-hal yang baik tentang mereka yang dalam MLM seolah-olah tidak ada seorang pun yg pernah melakukan kesilapan/kesalahan dalam industri ini (orang mcm tu yg aku plg benci-kerana nila setitik rosak susu sebelanga). ya!hakikatnya memang tiada sesiapa yg sempurna. Malah kalau saya tnya pernah tak dengar pasal pak ustaz rogol anak muridnya?(bukan nk bincang isu) pasti ramai yg akan naik angin dan ckp xsmua mcm tu..yg teruk itu orgnya bukan bidangnya..Ha!begitulah mudahnya untuk kita berfikir.
Dan sebab itulah log ni wujud, supaya mampu menjadi panduan kpd mereka kat luar sana bagaimana untuk kita melihat suatu perniagaan itu beretika atau pun tak dan aktiviti2 beretika dalam perniagaan..tak kisahlah perniagaan APAPUN.
“SEBUAH PERNIAGAAN YANG BAIK ADALAH PERNIAGAAN YANG MAMPU MEMBUAT KEHIDUPAN SESEBUAH MASYARAKAT LEBIH BAIK, dan perniagaan yang buruk hanya menjadikan kehidupan anda lebih teruk”
also recommended next page : Apa itu First-Class MLM

Macam-mana MLM berfungsi??

sesuatu program atau pekerjaan yg kita lakukan mst ade sistem dan formula untuk memastikan kelancaran dan keberlangsungannya. untuk memastikan kejayaan kita dalam MLM kita mesti memahami bgaimana MLM bfungsi supaya kita dapat mengembangkan perniagaan dan bidang MLM yg kita ceburi.
kat sini ade beberapa beberapa idea ringkas namun penting untuk menerangkan bagaimana untuk mngembangkan MLM anda dgn berkesan.
pertama: seseorg wakil jualan haruslah membuat jualan yg berkesan tak kisah sama ada menjual produk atau perkhidmatan. dengan membina kredibiliti sebagai wakil penjual yang berkesan anda turut membentuk kepercayaan pelanggan terhadap kemampuan anda. komisyen anda turut dibayar bukan shj bila anda menjual produk / perkhidmatan tetapi anda turut dibayar apbila anda melatih dan merekrut wakil jualan baru
kedua: rekrut seseorang dan latih mereka bagaimana untuk mendapatkan pelanggan..disini amatlah penting Pertama untuk anda berjaya menjual prduk/prkhdmtn anda supaya anda punya pengalaman dan mampu mengajar serta melatih downline anda bagaimana mendapatkan pelanggan.
ketiga: apabila downline anda sudah mampu mendapatkan pelanggan, latihlah pula ia bagaimana menjadi seorg leader kpd bakal downline nya. anda juga harus membantu dan terlibat secara lgsung atau tidak langsung pd prgkat ni..keputusannya..anda bukan shja mampu mengembangkan kumpulan anda malah yang yang plh penting ialah membina hubungan yg baik di antara ahli kumpulan anda.
keempat: pastikan downline anda mampu melatih dowlinenya untuk mencari pelanggan yang baru. Hal ini supaya memastikan bukan anda shj yg bkembang mlah rakan2 niaga anda yang lain juga turut berkembang sama.
kelima: pada saat ini barulah anda sendiri merekrut dan melatih rakan baru dan ulang sahaja lgkh yg anda dh lakukan sebelum ini.

Apa itu MLM?

MLM adalah singkatan perkataan bagi Multi Level Marketing atau dalam bahasa melayunya pemasaran berbilang tingkat, ia juga dikenali dengan network marketing dimana kita memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian perniagaan kita sendiri.
Seperti namanya, ia menunjukkan tahap beberapa orang memasarkan produk kepada pelanggan.
Seorang wakil jualan (juga disebut sebagai,ahli pengedar, rakan kongsi sekutu, atau persatuan) mendapatkan pelanggan dan merekrut serta melatih tenaga jualan lain untuk mendapatkan pelanggan.
Menjadi keinginan semua syarikat (syarikat MLM & bukan MLM) untuk mencapai tahap pemasaran tertinggi dan kaedah MLM merupakan satu kaedah mencapai tahap jualan yang tinggi dalam waktu yang singkat. Tidak kiralah bidang kesihatan, kecantikan, hartanah, telekomunikasi atau industri yang lain terlalu banyak yang menggunakan kaedah pemasaran MLM untuk mengembangkan perniagaan mereka. Bagi mereka yang menggunakan kaedah MLM, hidup mati perniagaan mereka bergantung kepada pelanggan mereka dengan memberitahu orang lain mengenai perniagaan mereka. Cara ini lebih dikenali sebagai kuasa mulut, “power of mouth”. secara ringkasnya kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan pelanggan masa kini untuk mengiklankan dan memasarkan produk / perkhidmatan mereka kepada pelanggan yang berpotensi tinggi.
Apa bezanya syarikat bukan MLM (konvensional) dengan syarikat berteraskan MLM?
Syarikat bukan MLM (konvensional)
Dalam sebuah syarikat bukan MLM, seorang pengurus jualan dan tenaga jualan diupah oleh syarikat. Syarikat selalunya terbatas dalam mengupah tenaga jualan bergantung kepada sumber kewangan yang dimiliki oleh syarikat. Perkembangan syarikat juga terbatas kerana terpaksa bergantung kepada jumlah jualan yang mampu dihasilkan dan ditangani oleh tenaga jualan. Akibatnya terdapat pelanggan yang diabaikan dalam pemasaran produk. Sekiranya tenaga jualan tidak mencapai target yang ditetapkan atau tidak menepati prestasi yang ditentukan oleh syarikat, syarikat boleh mengupah tenaga jualan lain atau menukar tenaga jualan kepada pengurus. Hal ini disebut pemasaran ”Multi-Width” kerana organisasi diperluaskan secara horizontal berbanding dengan pemasaran “Multi-Level” yang diperluaskan secara menegak.
dengan cara pemasaran tradisional, sesebuah syarikat atau perniagaan sngat bergantung kepada jumlah tenaga jualan yang terhad kerana syarikat terhad mngupah pekerja jualan. sekiranya prestasi tenaga jualan merosot, ianya secara langsung akan mempengaruhi prestasi syarikat.
Syarikat berteraskan MLM
Pada permulaannya, syarikat MLM akan bermula dengan merekrut seorang pengurus jualan yang mendapat pelanggan dan berjaya merekrut tenaga jualan (sama seperti sistem pemasaran tradisional). Tetapi berbeza dalam syarikat MLM, setiap tenaga jualan yang di rekrut juga diberi pilihan untuk merekrut tenaga jualan mereka sendiri. Syarikat tidak perlu membayar gaji kepada pengurus jualan dan tenagan jualan yang direkrut oleh tenaga jualan sebaliknya hanya membayar yuran, tiada had bagi syarikat untuk merekrut pengurus  dan tenaga jualan. Hal ini mendatangkan manfaat kepada syarikat kerana syarikat dapat berkembang dengan cepat disamping memiliki tenaga jualan yang terlatih. Hal ini juga bermanfaat bagi tenaga jualan kerana pendapatan mereka bukan sahaja terhad kepada berapa banyak yang mereka jual tetapi boleh juga mendapatkan komisyen dengan memiliki tenaga jualan terlatih yang lain.
sangat mudah, MLM juga merupakan antara 5 cara pemasaran yang boleh digunakan oleh syarikat untuk menjual dan mengedar produk atau perkhidmatan kepada pelanggan.
Semua syarikat (MLM atau syarikat tradisional) mempunyai satu ciri utama yang sama: mereka menyediakan produk atau perkhidmatan yang diharapkan pelanggan mampu membuat hidup mereka lebih baik. Setelah syarikat mempunyai produk atau perkhidmatan yang mereka perlukan, syarikat hanya perlu membuatnya produk dan perkihdmatannya dikenali secara meluas hanya dengan mendistribusikannya. Mengedar produk melibatkan pencarian pelanggan dan memastikan produk berada ditangan mereka. Ada lima cara utama untuk mengedarkan sesuatu produk atau perkhidmatan:
1. “store front”
2. “direct mail”
3. “tele marketing”
4. “internet”
5. “MLM”
Jadi apa itu MLM (Multi Level Marketing)? Perkara utama untuk difahami adalah bahawa mengedarkan produk dengan pelbagai cara untu kmembuatnya dikenali. MLM dan empat cara utama yang lain untuk mengedarkan produk hanyalah kaedah yang digunakan untuk membuat suatu produk yang dikenali.

No comments:

Post a Comment