Tuesday 6 May 2014

Makanan tambahan mengurangkan Gaout

Macamana penyakit gout terjadi?

Penyakit gout biasanya dikaitkan dengan faktor usia, obesiti, kencing manis & darah tinggi kronik, kerosakan ginjal, hipertensi dan karang ginjal. Pesakit gout mengalami peningkatan aras asid urik atau pun masalah untuk menyingkirkan asid urik dari tubuh. Vitamin Shaklee boleh bantu kawal penyakit gout.


Orang-orang yang pernah alaminya je lah yang tahu betapa sakitnya bila gout menyerang. Kita tengok pun dah tau kan, betapa seksanya pesakit-pesakit gout bila mana mereka nak bergerak, bangun tidur, nak solat dan sebagainya. Ada yang jenis gout akut iaitu hanya menyerang satu sendi sahaja dalam satu masa, ada juga yang kronik iaitu menyerang beberapa sendi-sendi tubuh..Aduh, akak memang tak nak bayangkan betapa ia menyakitkan..

Ia terjadi apabila kandungan asid urik yang tinggi dalam darah lalu membentuk kristal dan seterusnya berkumpul dibahagian-bahagian sendi. Pada kebanyakan kes ia terjadi pada sendi ibu jari kaki namun, ada juga yang terjadi pada bahagian-bahagian lain seperti jari-jemari tangan.


Mana datangnya asid urik ni?

Asid urik merupakan bahan kumuh dari protin jenis purina. Protin ni ada dalam kebanyakan jenis makanan harian kita, cuma bezanya adalah tahap ketinggian kandungan purina tersebut. Makanan yang tinggi purina adalah seperti organ (hati), daging merah, kekacang dan alkohol.

vitamin shaklee untuk penyakit gout


Amalan diet sihat untuk pesakit gout ialah;

  1. Buah-buahan segar. Amat disarankan pengambilan buah ceri dan strawberi yang mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas.
  2. Sayur-sayuran segar.
  3. Pengambilan air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh kekurangan air. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu merendahkan paras asid urik melalui pembuangan air kecil.
  4. Mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C dan B complex.
  5. Elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi tinggi purina iaitu daging, kekacang, cendawan, bayam, asparagus dan kubis bunga.

Jika anda merupakan pesakit gout, kat sini ada beberapa tip yang mungkin boleh membantu;
  1. Dapatkan ubat-ubatan mengikut saranan doktor.
  2. Elak dari menggunakan aspirin dan diuretik kerana ubat-ubat ini membantu menyingkirkan air dari badan sedangkan pesakit gout amat memerlukan air dalam tubuh untuk memastikan kadar asid urik sentiasa rendah.
  3. Kekalkan berat badan yang sihat.
  4. Tidur yang mencukupi bagi mengelakkan tekanan.
  5. Elak dihidrasi. Pastikan air dalam tubuh anda sentiasa mencukupi.

Selain ubat-ubatan dari klinik anda juga disarankan untuk mengambil suplemen semulajadi bagi membantu tubuh mendapatkan nutrisi-nutrisi yang lengkap dan mencukupi. Ia juga bertindak lebih lembut terhadap tubuh dan mampu memberi kesan positif untuk jangka masa panjang malah membantu tubuh untuk lebih sihat.


TANDA-TANDA GOUT

○ Sendi tiba-tiba sakit
○ Membengkak
○ Menjadi kaku
○ Seakan-akan rasa panas
○ Sendi menjadi kemerah-merahan
○ Sakit apabila disentuh
○ Demam
○ Bonjolan terbentuk di sendi dan cuping telinga

MENGESAN PENYAKIT GOUT

Ujian darah boleh dilakukan untuk menentukan tahap asid urik dalam darah. Selain itu, pemeriksaan sendi atau pemeriksaan cecair sendi juga boleh dilakukan untuk mengesan sebarang kristal asid urik dalam badan.

SUPLEMEN YANG MEMBANTU MENGURANGKAN ASID URIK DALAM BADAN

♥ ALFALFA COMPLEX
Untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa complex memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

♥ PERFORMANCE DRINK
Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehidrasi.

♥ OMEGA GUARD
Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan radang pada sendi-sendi pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.  


maklumat lanjut sila hubungi 010 715 8422


No comments:

Post a Comment