Saturday 21 September 2013

MENGAPA PERLU MENGAMBIL SUPPLEMENT

alt text 10.60.6

TERBAIK DARI ALAM TERBAIK DARI SAINS

NUTRILITE ialah jenama vitamin, mineral dan suplemen dietari yang menyediakan rangkaian suplemen lengkap untuk pelbagai keperluan termasuk pemakanan am, kesihatan jantung, pengurusan berat badan dan pemakanan kanak-kanak. NUTRILITE mendapatkan pekatan tumbuhan organik semula jadi yang kebanyakannya ditanam di ladang kami sendiri dan vitamin dan mineral yang sangat tulen dari seluruh dunia untuk memenuhi standard kualiti kami yang ketat. Semua bahan yang digunakan dalam produk NUTRILITE telah dikaji, diuji dan dirumus dengan terperinci untuk menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pemakanan masyarakat ke arah mencapai kesihatan optimum.


 Sijil Halal








PROSES PERLADANGAN SEMULA JADI YANG UNIK

NUTRILITE ialah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tanaman di ladang kami sendiri yang disahkan organik. Semua ladang kami iaitu lebih 2590 hektar (6400 ekar) di California, Washington State, Mexico dan Brazil mengembalikan semula kesuburan tanah dan mengelakkan racun perosak, racun rumpai dan baja sintetik. Mereka juga adalah jiran global yang baik serta berdedikasi untuk berbakti kepada masyarakat.
alt text 10.60.6.1

Ladang Penyelidikan Pertanian - California, AS

Ladang Penyelidikan Pertanian kami yang disahkan organik di Lakeview, California merangkumi 45 hektar (111 ekar) di dasar tasik prasejarah mengandungi timbunan enapan yang kaya dengan nutrien dan menyumbang kepada tanah atas yang subur. Ia adalah lokasi utama tempat penyelidik kami mengkaji bahan tumbuhan dari seluruh dunia untuk memberikan nilai pemakanan tertinggi kepada produk kami dan sumber amalan perladangan organik yang baharu dan dipertingkatkan yang digunakan di semua ladang Nutrilite.   Dengan membuat kompos dan menggunakan amalan perladangan yang diuji dengan teliti, NUTRILITE mencipta struktur tanah yang lebih baik seterusnya membekalkan tanaman dengan rangkaian nutrien yang luas. Tanaman utama: alfalfa, lobak merah, buah delima dan banyak tanaman penyelidikan. Ladang NUTRILITE: Jiran Global yang Baik Di Ladang Penyelidikan Pertanian kami di Lakeview, komuniti tempatan membantu menanam sayur-sayuran organik untuk kegunaan sendiri secara sukarela. Ladang Penyelidikan Pertanian Nutrilite menganjurkan program dengan sekolah tempatan, membawa pelajar setempat ke ladang untuk menanam tanaman sebagai projek sekolah setiap tahun.

alt text 10.60.6.1



LADANG TROUT LAKE - WASHINGTON STATE, AS

Ladang Trout Lake seluas 283 hektar (700 ekar) dan terletak di kaki gunung Cascade Mountain adalah ladang herba disahkan organik yang terbesar di Amerika Utara. Pengairan dibekalkan oleh Sungai White Salmon dengan glasier dari pergunungan. Lembah Trout Lake, tempat ladang itu terletak adalah organik sepenuhnya, tiada perladangan konvensional di lembah itu dan pergunungan di sekitarnya membantu mencegah pencemaran. Tanaman utama: beri biru, Echinacea purpurea, Echinacea angustifolia, oregano, pudina, netel, valerian, kacang white kidney, dandelion, balm lemon, black cohosh. Ladang NUTRILITE: Jiran Global yang Baik Ladang Trout Lake komited untuk menyumbang kepada komuniti tempatan dan aktif menyokong bandar Trout Lake dengan sumbangan tahunan yang besar kepada Dana Biasiswa Trout Lake dan menderma kepada program komuniti.

alt text 10.60.6.1

RANCHO EL PETACAL - JALISCO, MEXICO

Rancho El Petacal ialah ladang yang disahkan organik seluas 566 hektar (1400 ekar) yang terletak di barat daya Mexico. Ia mempunyai iklim yang ideal untuk pertumbuhan dengan cahaya matahari dan hujan yang banyak, sangat sesuai untuk menanam tumbuhan yang kaya nutrien untuk produk NUTRILITE kami dan untuk menanam plot ujian bagi penyelidikan. Ladang itu juga adalah sumber pekerjaan utama untuk komuniti tempatan. Program penghutanan semula kami di kawasan itu telah membantu meningkatkan biodiversiti dan mengekalkan keseimbangan semula jadi kawasan tersebut. Tanaman utama: bayam, kubis daun, brokoli, selada air, pasli, limau gedang, oren, lemon, oregano, sej dan asparagus. Ladang Nutrilite: Jiran Global yang Baik Ladang Nutrilite di Rancho El Petacal mempunyai Pusat Sokongan Kebudayaan dan Pendidikan. Di sini kami memberikan pendidikan asas tentang pemakanan dan ekologi serta membantu projek tempatan seperti pembinaan gereja baru untuk komuniti di sana.

alt text 10.60.6.1


FAZENDA NUTRIORGANICA, UBAJARA, BRAZIL

Fazenda Nutriorganica adalah ladang NUTRILITE yang terbesar. Seluruh 1660 hektar (4100 ekar) disahkan 100% organik. Sepanjang tahun, ladang itu menghasilkan ceri aserola yang memberikan 100% keperluan asid askorbik (Vitamin C) semula jadi yang digunakan dalam produk NUTRILITE. Kebanyakan masalah haiwan perosak dan penyakit yang memusnahkan tanaman dielakkan dengan memberikan nutrien organik yang seimbang seperti baja semula jadi daripada 300 ekor lembu di ladang itu untuk memastikan pertumbuhan yang sihat dan kuat. Tanaman utama: aserola; picão preto yang juga dipanggil jarum Sepanyol dan buah markisah. Ladang Nutrilite: Jiran Global yang Baik Fazenda Nutriorganica sebelum ini adalah tanah terbiar yang tidak dibangunkan. Kini, ia adalah inspirasi kerja dan pembelajaran yang produktif serta pembangunan diri dan profesional. Projek penghutanan semula di sepanjang tebing Sungai Jaburu yang berdekatan yang dianjurkan oleh NUTRILITE, kini sedang dijalankan.

alt text 10.60.6.1






No comments:

Post a Comment