Saturday 21 September 2013

SURI RUMAH JUGA BOLEH MENJANA PENDAPATAN




Cadangan Biz Untuk Suri Rumah

Menjadi suri rumah yang berpendapatan tinggi adalah impian kita semua cuba bagitahu saya siapa yang tak suka kalau duduk rumah bersama anak-anak tetapi masih boleh menjana pendapatan. Pelbagai alasan dan komen positif dan negatif kedengaran apabila kita memilih untuk menjadi suri rumah.

Ada yang memberi komen tidak boleh tinggal dirumah melakukan kerja yang sama setiap hari. Cepat bosan katanya. Terus terang saya ingin kongsikan erti bosan tak pernah hadir dikala saya menguruskan anak-anak sambil jana pendapatan tambahan. Disaat saya menulis blog ini kedengaran celoteh anak-anak menyanyi riang.

Tak kurang juga ada yang menakut-nakutkan kita apa akan jadi apabila kita kehilangan suami, tetapi kita tiada punca pendapatan.Ini la cabaran bagi kita untuk meyakinkan mereka yang tidak tahu bahawa apabila menjadi suri rumah kita ada tersangatlah banyaknya peluang untuk menjana pendapatan tambahan. Banyak perkara yang kita tidak boleh buat semasa bekerja makan gaji dahulu kini kita boleh lakukan mengikut masa sendiri. Apa yang penting kita perlu pandai membahagi masa.

Satu lagi ebook yang bagus untuk menjadi panduan kita semua sebagai suri rumah dan perlu di baca.
https://www.facebook.com/#!/pages/Kedai-Buku-Online

Disini saya ingin kongsikan bahawa Amway adalah antara peluang yang sangat bagus untuk suri rumah seperti kita menjana pendapatan tambahan. 

No comments:

Post a Comment