Saturday 21 September 2013

Pilih Matlamat Kesihatan Anda

Makan makanan yang bagus untuk jantung yang sihat bukanlah mudah. Mencari suplemen yang tepat adalah mudah.

Bagi mengekalkan kesihatan jantung, anda harus makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap warna setiap hari. Terutamanya jika anda adalah antara anggaran 230 juta orang di seluruh dunia yang pilihan gaya hidupnya menjadikan mereka merokok atau mempunyai berat badan berlebihan. Faktor gaya hidup tersebut menjadikan fokus terhadap kesihatan jantung lebih penting lagi. Jadi, makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza menjadi semakin penting.

Otak yang sihat bermula dengan pemakanan yang bijak.

Makanan yang anda makan perlu menyokong fungsi otak yang sihat. Dengan makan buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna, anda memberikan otak anda nutrien yang menggalakkan fungsi kognitif yang sihat dan meningkatkan ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Sebagai contoh, anggur mengandungi resveratrol yang meningkatkan daya ingatan.

Nutrien yang mengekalkan tulang sihat dan kuat akan menjadikan anda lebih sihat dan kuat.

Nutrien yang mengekalkan tulang sihat dan kuat akan menjadikan anda lebih sihat dan kuat. Tulang yang anda ada sekarang perlu menyokong tubuh anda sepanjang hayat. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap warna akan memberikan tubuh anda nutrien yang menggalakkan pertumbuhan sel tulang yang sihat dan meningkatkan penyerapan kalsium. Contohnya, asparagus dan articok mengandungi inulin yang telah ditunjukkan dapat menggalakkan penyerapan kalsium untuk tulang yang kuat.

Berikan diri anda buah-buahan dan sayur-sayuran yang membantu sendi anda.

Sendi yang sihat penting untuk menjalani gaya hidup yang aktif. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap warna akan memberikan anda sendi anda nutrien yang menggalakkan struktur sendi yang kuat. Contohnya, tangerin dan oren mengandungi vitamin C yang telah ditunjukkan dapat meningkatkan penyerapan kalsium iaitu nutrien penting untuk kesihatan fungsi sendi.

Nutrien yang mengekalkan tulang sihat dan kuat membuatkan anda lebih sihat dan kuat.

Bagi mengekalkan sistem imun anda pada tahap tertinggi, makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap warna setiap hari. Ini kerana makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap warna memberikan anda nutrien yang membantu melindungi sel anda dan mengekalkan kesihatan sistem imun anda.

Bekalkan tenaga untuk tubuh badan anda setiap hari. Dengan sumber tenaga berpanjangan yang semula jadi

Antara cara terbaik untuk memastikan anda mempunyai tenaga yang diperlukan untuk menjalani hari yang sibuk ialah dengan makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap warna setiap hari. Ini kerana makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap warna memberikan anda nutrien untuk penghasilan tenaga optimum. Contohnya, kacang kidney ialah makanan berwarna merah dan mengandungi serat untuk menyokong paras gula darah yang sihat.

Jaga penglihatan anda; makan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk mengekalkan penglihatan yang jelas, anda perlu menjaga mata anda dengan baik. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna akan memberikan mata anda nutrien yang membantu mengekalkan kesihatan tisu mata dan meningkatkan perlindungan matahari. Seperti makanan berwarna kuning dan jingga yang lain, lada benggala kuning dan tembikai wangi mengandungi beta karotena yang penting bagi mengekalkan kesihatan tisu mata dan menghalang kerosakan radikal bebas.


No comments:

Post a Comment