Saturday 21 September 2013

Setiap Pekerjaan Perlu Ada Matlamat




Perkongsian Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah, Tiada Tuhan selain Allah, hanya dia penentu segalanya setelah kita berusaha. Hari ini saya nak berkongsi mengenai matlamat kita bekerja.

Apakah matlamat setiap hari kita bekerja? Bekerja adalah ibadah, suri rumah pon termasuk sebagai bekerja, maka semua orang setiap hari di kira beribadah kepada Allah. Selain matlamat kita bekerja kerana Allah. Kita bekerja untuk kehidupan yang lebih indah.

Saya rasa ramai orang pada hari ini bekerja tetapi tidak ada matlamat. Apa yang penting bagi mereka setiap bulan gaji mesti masuk. Pendapatan yang diterima dibelanjakan habis kesemuanya dan berulang lagi penantian setiap bulan. 

Apa yang kita akan buat setiap kali dapat gaji? Ya semestinya untuk belanja keperluan rumah, keluarga dan bayar hutang. Jika ada yang membuat simpanan Alhamdulillah kerana anda dalam proses merancang masa hadapan.

Ramai yang mengeluh macam mana nak ada simpanan kalau gaji yang diterima hanya untuk cukup makan.Kita risau hari ini jika kita tak cukup makan dan kurang mewah kerana kita selalu belanja berlebihan.

Kawan-kawan jika hari ini kita cakap duit gaji yang kita terima hanya cukup makan, iaitu pendapatan hamper menyamai perbelanjaan. Cuba bayangkan bagaimana agaknya perbelanjaan kita untuk 5 tahun yang akan datang? 

Hari ini anak-anak kita masih belum pandai minta yang bukan-bukan. Contohnya dia akan terima sahaja baju atau apa sahaja yang kita belikan.

Bagaimana apabila usia dia menginjak dewasa, pelbagai benda yang dia akan minta. Masa itu kita mungkin akan sangat tertekan. apa yang di minta mungkin mengalahkan gaji kita. Bagaimana kita nak pahamkan mereka?

Hari ini kita lihat, pelbagai isu gejala yang tidak sihat melanda anak-anak kita. Apakah perancangan kita untuk anak-anak kita?

Sebenarnya Allah hanya menguji kita, kita berhak untuk hidup bahagia. Allah bagi kita kesusahan hari ini supaya kita sentiasa berfikir dan mencari jalan untuk kita terus berusaha. Kita jangan salahkan takdir hanya ini rezeki untuk kita. Kita terus berusaha dan berdoa. Allah itu Maha Kaya.

Walau macam mana kita rasa susah sebenarnya..ada penyelesaian nya. Mulai hari ini kita tetapkan apa matlamat hidup kita. Kita tulis, kita cari gambar dan kita tampal, hari - hari kita pandang dan minta pada Yang Maha Kaya.

Terima kasih Ya Allah, Allah menjawab doa saya dengan menemukan saya dengan Amway. Amway membuka jalan dan membolehkan saya mencapai impian saya. AMin......

No comments:

Post a Comment